Category Archives: Makan Time

Ayam Percik dan resepinya

Bulan puasa nikan tekak lain macam sikit. Nak masak mesti yang pelik-pelik or jarang makan. Mula lah menggagau cari idea nak makan apa.  Sekali ting terbayang ayam percik. Ayam percik kalau nak sedap kena cari kat Kelantan, kalau kat sini tak berapa umpph.. jadi sebab cerewet sangat haruslah masak sendiri. Tak susah pun senang je.

Kali ni buat ayam percik letak cili merah. Selalu kuah dia putih kan… Ayam ni I masak dulu dalam kuah berserta daun pandan then bakar dalam oven. Tapi kalau nak sedap ppanggang atas bara, curah kuah sikit baru ada rasa karamel tuh…

Pada yang nak try ayam percik ni boleh lah try resepi ni..

INGREDIENTS

  • 1/2 ekor ayam
  • santan satu kotak
  • 7 ulas bawang merah – kisar
  • 2 ulas bwang putih -kisar
  • 1 inci halia- kisar
  • 1 kunyit -kisar
  • 4 btg serai – 3 dikisar, 1 diketuk
  • 2 biji cili merah – kalau nak pedas letak cili padi (tapi saya takleh makan pedas) -kisar
  •  garam dan gula melaka secukup rasa
  • 2 asam keping
  • 1 helai daun pandan disimpul

METHOD

  • masukkan bahan kisar, santan, daun pandan, serai dan asam keping ke dalam periuk
  • rasakan dgn garam , gula
  • masak  bersama ayam hingga ayam masak 3/4
  • Keluarkan ayam, bakar dalam oven atau atas pemanggang atau grill atas kuali
  • Sementara tu biarkan kuah sampai pecah minyak
  • Bila ayam nampak dah nak masak, percik-percik sikit / curah pun takpa sikit kuah atas ayam, bakar lagi untuk 2-3 minit
  • bila dah masak, hidang dengan kuah percik.

Tujuan letak daun pandan adalah sebab nak kasi bau wangi. Selamat mencuba

Steam Chicken

 

INGREDIENT

  • 1/2 ekor ayam-cuci bersih dan lumur sedikit garam
  • seketul halia muda  (sebesar ibu jari) -hiris nipis
  • 1 tsp sos tiram
  • 1 tbs kicap cair
  • 1 tsp gula
  • 2 biji bawang putih -hiris nipis
  • 1 biji bawang besar -hiris nipis
  • 1 pokok daun bawang – potong  ikut saiz kesukaan anda
  • 1 pokok daun sup –  potong  ikut saiz kesukaan anda

METHOD

  • Panaskan kukusan dan bila mendidih,kukus ayam bersama halia
  • campurkan sos tiram , kicap dan gula, kacau sebati
  • Bila ayam dah  masak, tuang sos ( tiram+kicap+gula) – selalu dalam 20 minit
  • Kukus selama 5 minit,
  • sementara ayam dalam kukusan, goreng bawang merah dan putih dengan api sederhana hingga garing
  • Selepas ayam dah masak tabur daun sup dan bawang, lepas tu  tuang minyak panas bersama bawang-putih ke atas ikan
  • tutup kukusan untuk 1 minit.
  • tadaa siap

kalau nak sedap boleh letak wolfberry and cendawan kering.

 

Restoran Ima, Dataran Patin – Sedap dan Murah

Kan hari tu..pergi Temerloh semata ma-a ikan patin punya pasal, Carik stok untuk bulan puasa nanti. Kalau dah ke Temerloh, haruslah mencari nasi lauk ikan patin masak tempoyak. Kepala dok ingat patin je…Kali ni nak try tempat lain plak, so kita set  kat GPS je, dia tuju ke Dataran Patin. Sampai sana, hati terpikat tengok restoran, sebab, restoran tepi sungai, boleh nampak bot,BEbudak ni suka sakan lah sebab dapat tengok arnab, burung and monyet.

Tu Afriena dok tengok ikan dalam tu…tapi bukan ikan patin ok, ikan kap ….Inilah rupa entrance dia

Boleh nampak ini dari restoran………….macam Beverly Hills tak? Nampak bot lalu lalang..

Masa sampai dah tak ramai orang dah kul 3 , dah lepas makan tengah hari dah…but we just don’t care, we want Patin.Tu dia, patin tempoyak ada batang keladi.

Hamik..dua ketul patin…, Nasi 2, sayur labu, ayam goreng, sayur kacang….

Tau apa benda tu, batang keladi yang dicampur dalam masak tempoyak tu…. sedap mabeles. Batang keladi tu macam sponge tau, sbb dia serap semua kuah, then bila kita gigit, kuah tempoyak tu tersembur dalam mulut… Campur plak rasa ikan yang lemak-lemak…

Anak saya kacukan…tak makan tempoyak…makan pisang, order fresh orange..apa da.. baik Rayyan nak makan nasi kuah tempoyak lepas 5 suap cakap,

Mama…yak yak..

Sabar je lah…. laju je perabihkan semua nasik…, gila sedap sampai hirup kuah dia. Licin semua baru pi toilet. I dah lah jenis tak suka melawat toilet kat restoran kan…eeee geram je,but but nasib baik toilet dia sangat la bersih…

Dah abish makan, Kheirul pi bayar, 2 fresh orange, ice tea, sirap, ikan 2 ketul, ayam seketul, sayur sepiring, labu 2-3 ketul, I budget dalam RM50 dah sebab ikan patin kan mahal..sekilo pun 14 hengget, Tapi masa bayar, tekaan ku salah, sebab harga makanan tu semua tadi cuma RM16. what????? macam tak caya murah gila. Apa-apa pun Ahamdulillah… rezeki. BErkali-kali Kheirul tanya betul ke ni, siap cakap bebudak makan pisang 4 biji..semua, DIa cakap

Nasi 2 orang makan kan?

ye..

Ye ..RM16 je, pisang tu semua free…

For those yang nak pi makan Patin sedap, murah boleh lah pergi, ni alamat dia

 

Dan inilah SawaScore dari kami: