Category Archives: Makan Time

Halal Food Krabi: Kanabnam View Seafood

Halal Food Krabi: Kanabnam View Seafood: Restaurant & Fish Farm

Masa hari kejadian ni, adalah pada 21 March 2017 bersamaan dengan hari jadi Rayyan yang ke 7. Kira celebrate birthday dia lah. Kasi celebrate special sikit sebab Nak pi makan ni kena naik boat. Dia tau birthday dia hari tu, kat luar chalet dah nyanyi lagu birthday kat dia. Dia request tak nak lagu Happy Birthday, dia suruh nyanyi lagu “Allah selamatkan kamu”. Macam-macam sikecik ni tau.

Kiterang keluar dalam pukul 10pagi waktu Malaysia rasanya, hari pun dah panas. Keluar untuk ke Jeti kat bandar Krabi dari Aonang beach kira 30 minit lah untuk ke sana dan jauh jugak kan. Apa nama tah jeti tu tak ingat…

GPS coordinate:

8.062962, 98.919015

Sampai je kat Jeti parking kereta , memang dah ada boatman yang menunggu. Dia tanya nak pi mana, kita cakap nak pi makan nasi halal seafood.. Tambang bot pergi balik untuk ke tempat makan cuma THB300. Kira satu bot tu kiterang je satu family. Muat la dalam 12-15 orang untuk satu bot. Nak gelak ke nak lompat ke takde hal asalkan jangan terjun sungai dah lah. Boleh jugak arrange ngan dia untuk round round kawasan naik boat. Tapi kami tak round pun, yang kami nak makan seafood je

Dari parking ke Jeti. Panas…

Tunggu bot… tengok tu kasih sayang abang dan adik, padahal asyik gaduh.

Sudah naik bot. sapa tak tahan masuk lauyt jangan naik. sia-sia kang..pergi muntah, balik muntah

Pandangan dari tengah sungai ke Jeti.  Untuk ke restoran cuma 15-20 minit je kot

Sampai sana syokk…orang dok tunggu semua. tanya nak makan apa. Dorang tak reti cakap melayu english little little…hahahaha standard lah dorang.

Inilah restorannya. 

Fish farm. Rayyan sambil jalan sambil tengok-tengok kolam. Tapi dia behave sbb dia teringat yang dia pernah jatuh ala-ala terjun dalam kolam kerapu rasanya

Sampai je sana misi pertama kena pi toilet dulu. Toilet dia bersih gila. Memang tak terbanding toilet kat Malaysia. Entahlah kenapa orang kita susah nak jaga toilet  awam kasi bersih kan. Settle hal kat toilet sekali keluar orang tu cakap..woman toilet there…hahahaha salah masuk toilet dah. Rayyan masuk toilet lepas makan dia cakap Mama…toilet bersih gilerrrrr… satu restoran boleh dengar sebab dia pekik kan..

Ok lepas tu order makan. Kiterang amik pakej. Senang ikut birthday boy sebab dia nak makan ketam. Dia pantang nampak tulisan crab. mesti nak makan ketam kan.

 Kiterang pilih set 4

yang ni saja nak share gambar menu lain

menu ikan plak…

ni seafood salad. Sapa tak tahan pedas memang berdesing telinga keluar api dan air hidung. giler pedas. wa talak tahan tapi habis kita ngap ngap. sambil taip ni air liur meleleh

Tomyam dia. Tak payah cakap banyak. tomyam dia memang sedap.Masam ada manis ada masin ada.semua jenis binatang dalam laut dia letak. 

Sudah di isi dalam mangkuk kecil…cuba tengok apa isi dia. Rasanya masa kitarang pergi, macam tengah musim sotong kot. Sotong doa besar dan gebu. Apa apa menu yang di order kat krabi mesti banyak sotong. Musim sotong barangkali.

Dorang served nasi perang. Sedap. Tapi masa kat Tesco sana cari beras perang takde plak.

Udang bakar. Nampak sikit tapi sebenarnya cukup ..sebab lauk banyak. Udang ni dia punya fresh, memang tak payah nak marinate ke apa, angkat dari laut, terus bakar hidup-hidup. Bau dia pun lain, teringat zaman kecik dulu, kalau menyauk udang kat sungai, dapat je terus bakar, rasa dia memang sedap manis je.

Ketam masak dengan rempah kari rasanya sedap. Rayyan lah makan banyak sebab dia nak sangat makan ketam. YAng lain dapat seketul sorang je.

Ni nama dia apa tak tau… tapi dia tulis mussel. Rasanya sedap manis. Bila masak macam ni haih…rasa nak jilat pinggan dia. sedap  sangat

Ada lagi lauk ikan . Ikan jenahak ke ikan merah tak perasan. Masak tiga rasa. I tell you…you just shut up and enjoy it. Sedap. . Rasanya kiterang lupa order sayur hahahah… itu pun meja dah penuh tu. Sambil makan, kasi makan ikan kat tepi tu…not me, Rayyan… dia ni tak serik pernah jatuh dalam kelong tu..nasib baik ada pukat tau. 3 tahun lepas kat Phuket  hahahaha…dia ingat lagi.

Dah habis makan…gaya gambar tu macam aku sorang je makan semua tu kan? Lepas makan, tunggu boat untuk ke darat hehehe

Bayangkan suasana lepas makan, dapat tengok monyet, orang tangkap ikan melompat-lompat, Ashraff kata dia nampak ular kat pokok bakau…

Amacam best tak?

Kot kot kalau ada yang nak roadtrip macam ni dan memerlukan guide ke boleh je email or komen,,,

ok kita bye dulu ye

Pasar Terapung , Khlong Hae Floating Market

Dah lama tak pergi Floating market kat Hat Yai. Last pergi tahun 2013. 4 tahun sudah. Kali ni pergi totally dah berubah. Banyak perbaikpulihan dia. Lagi selesa dan bersih. Walaupun tempat ni dah dibaikpulih, ada tangga meja makan kerusi yang selesa, harga makanan masih murah. . Kalau bandingkan dengan tempat kita, kawasan perlancongan harga dah mahal sini masih mampu beli dan rasa pun masih sedap.. Siap ada live band dan dorang cuba untuk cakap bahasa melayu.

Bersih tempat dia

Hatyai-Krabi-7728

Dulu sungai ni nampak kotor… sekarang dah berubah

Hatyai-Krabi-7718

ni baru nak keluar dari parking

Hatyai-Krabi-7735

kami layan mata banyak. Tak membeli sangat sebab lepas lepak kat sini, kami ke Ko Yo

Rayyan kalau bab membeli memang no satu. Memang pandai membeli barang. NAsib baik tak ajar online shopping lagi

Banyak makanan, tapi masa pergi ni kurang selera makan. Banyak yang keluar dari masuk.

N\Minum air pun nak manja-manja. MEmang time ni banyak mengada-ngada. Bebudak ni dapat kamera habis dorang petik gambar

Masing-masing dah besar..

Ni sapa amik gambar entah, adalah salah sorang ni

Afriena pun dah nak tinggi… ME yang losing few kgs…sekarang naik balik lah berat kot

Tak lama mana kat sini adalah dalam dua jam. Adat berkonvoi kenalah banya menunggu orang :{ . Lepas tu ke Ko Yo plak. TEmpat ni tak payah citerlah dah selalu pi makan kat situ..

Saja nak kenalkan dengan geng konvoi.

Budget Pergi Hadyai & Krabi

This week ada beberapa orang yang whatsapp dan PM kami tanya pasal budget pergi Hadyai dan Krabi. Dalam keadaan ekonomi Malaysia yang merundum, Ringgit Malaysia pun jatuh, memang terasa sangat bila nak travel. Kalau nak ke Singapura tu memang kami kena pendam jelah. Harap takdelah yang mengidam nak makan makanan Singapore tu. Masa kami ke Hadyai dan Krabi banyak lagi kereta orang Malaysia, Tapi tidak sesesak dulu. Mana pergi nampak orang Malaysia. Masa kami ke sanam cuti sekolah, dengan cop passport kurang orang banyak. Mungkin tukaran wang banyak mempengaruhi. Mana taknye, dulu pergi duit RM100 boleh dapat THB1200, lepas tu pergi, RM100 dapat THB1000m sekarang pergi RM100 baru dapat THB783 itu masa kami pergi lah… Banyak ohhh beza duit dia. Nasib baik kat sana makanan masih murah. Beli baju kat Tesco (kat Tesco je mampu sbb baju bersih habis) pun dia buat harga Siam dan Malaysia. Bila convert balik harga Malaysia masih mahal.  Betul lah Malaysia ni ..negara berpendapatan tinggi. Kalau sesapa pergi, pergilah survey harga beras, makanan harian kat sana, you won’t get that their price here. 

Alhamdulillah makanan halal senang kat sana. Sekarang kalau kat 7E, siap ada rak makanan n chiller untuk Halal Food. Jadi kalau pi beli roti ke, even hotdog, tengok kat Halal sections. KAlau you all pergi ke Hadyai atau Krabi, untuk penjimatan makanan (kalau nak save budgetlah, kalau korang kaya, duit makan tak habis tak payah follow tips ni) cari tempat makan away from hotels n tourist area. Contoh kat Krabi pergi ke area masjid, harga makanan boleh jimat 30%-40%. Kalau setakat banana pancake, tepi jalan depan hotel jual THB50-60, kat area luar jual THB30-40. Nasi goreng pun cuma THB50. Tu nasi goreng seafood  tau. Beli 3 bungkus je , dorang punya portion besar.

Hatyai-Krabi-7839

Day 1, BEli 4 bungkus nasi, jenuh nak perabih. Nak buang berdosa membazir. Esok tu beli tinga je. Nasi goreng ayam, Nasi goreng Daging dan Nasi goreng sotong. Harga sebungkus cuma THB50

 

 

Breakfast kami, banyak save sebab kami sekeluarga bukan jenis kena makan nasi lemak, kami just beli roti, butter, jem dan Tuna spread takpun drive jauh sikit cari Pulut ayam goreng. NI semua hantu pulut kan…so bila makan pulut semua senyap

So tengoklah budget kat bawah ni. Harap membantu. Perbelanjaan kita mungkin tak sama sebab mungkin ada yang guna kereta Hybrid atau kereta diesel, 4WD, Macam kami kereta Toyota Wish. Pandai-pandailah bajet dan harap membantulah.

psst… beras kat sana murah weh.. sini beras yang sama harga RM42/5kg, sana baru THB179. ye ye tau, beras dari Siam, import punya. Tapikan (saja nak bakar), Beras paling murah pun THB79/5kg masih good kualiti oooiii. kami tengok jelah..

Budget:

  • Perbelanjaan : +-RM2500 hingga RM3000 bergantung kepada ketebalan poket
  • NOTE: Exchange Rate RM125 = THB1000
    • Tol : +- RM100
    • Petrol : +-RM400 (RM2.30/liter) – Based on Toyota Wish 2009
      • RM100 KL
      • RM80 Changlun
      • RM125 (THB1000) Krabi @THB27.0/l
      • RM80 Changlun
    • Hotel : THB4350 (RM543.75) – Booking.com untuk:
      • Hatyai : (1 malam)
      • Krabi : (3 malam)
    • Makan: +-RM 700
      • Songkhla (buffet utk satu family 5px) = THB700 (RM87.50)
      • Krabi (Seafood Lunch) = THB2000 (RM250)
      • Krabi lunch = THB300 utk sekali makan  satu family
      • Krabi Dinner = THB400 utk sekali makan satu family
    • Island Hopping : THB5100 (RM637.50)
      • Dewasa: THB1100 = 3pax
      • Kanak2: THB900 = 2pax
      • Note: Termasuk tiket National Park
    • Belanja + Shopping : THB6000 (RM750)
      • Hatyai : +-THB200
      • Krabi : +-THB300
      • lain2 : +-THB100