Category Archives: Makan Time

Resepi Badak Berendam

bb

 

Bahan-bahan

  • Untuk tepungnya, guna 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air daun pandan dgn sedikit kapur (secubit je)
  • setengah cawan air
  • inti kacang hijau – rebus kacang hijau sampai empuk dan rasakan dgn gula, bentukkan bebola kecil
  • 1/2 kotak santan KARA
  • 1 sk garam
  • 10 biji halba
  • 1 helai daun pandan

Cara-Cara

  • Uli tepung pulut dengan air sampai tepung tak lekat kat tangan
  • masukkan initi kacang dalam tepung macam buat kuih bom, kuih koci
  • Rebus  “badak” dalam air sampai timbul
  • Sementara tu, masak santan dgn 1.5 cawan air, daun pandan ,halba dan garam hingga mendidih
  • Bila mendidih masukkan semua badak dalam santan dan tutup api
  • sedia untuk dimakan tapi sila tunggu lepas bunyi azan

Badak Berendam, Koay Teow Kerang

Semalam masak simple je. Badak Berendam pastu goreng Koay Teaw dengan kerang. Macam tu jelah kiterang bukak puasa. Simple.

photo

Koay Teow goreng sempoi. Goreng dengan udang kecik dan kerang. Senang je goreng, I tumis, bawang putih dgn cili pastu tumis udang, masukkan kerang then telur dan koay teaw. Pastu rasakan dgn kicap dan tambah sayur. I goreng pukul 7.15 sbb nak hidang panas-panas. Goreng sepeket je, Nasib baik cukup .Selalu kalau goreng mee atau koay teow, memang tak letak garam pun sbb kicap tu dah cukup rasa. Kena elajar masak kurangkan garam dan gula. Tapi kalau Chef Shers rasa, mesti dia cakap tak cukup garam.

 

bb

Ini badak berendam. Yang si Ashraff ingat badak meatball hahahha. Manaah boleh makan badak nak oi. Buat 8 bijik je sbb ngam ngam tepung pulut banyak tu je ada. Hari ni kena pikir nak masak kuih apa plak. Badak berendam ni inti kacang hijau. Kat rumah ni, kalau buat inti kelapa takde sapa nak makan. Disebabkan badak berendam ni terkuraang manis, maka kena standby air gula melaka. Biasalah I ni tak berapa manis masakan nya. Resepi sat lagi ye

Roti Jala untuk potluck!

Sabtu lepas, dalam pukul 12 ke, my sis call. Ajak bukak puasa kat rumah dia. First time ni dia buat event buka puasa rumah dia. Selalu rumah I. hehehe. Ok no hal. Dia cakap tak payah bawak lauk lah sbb dia dah masak. Ada Lemak cili padi ayam, kambing bakar, patin tempoyak, nekbak dan murtabak. Mula-mula ingat nak masak Siakap Stim dengan sayur, tapi bila pikir banyak plak lauk maka kita tukar menu buat roti jala. Tapi sebelum tu call another sister tanya dia masak apa. Dia cakap dia buat sambal ikan bilis petai dan sayur. OK set! aku masak Roti Jala. Roti Jala dengan Kari Ayam. Bersorak lah Afriena dgn Ashraff sbb favourite dorang time buka puasa. DIsebabkan ramai orang time buka puasa, so I buat 1kilo gandum. Pastu buat kari ayam setengah ekor gitu.  Bab menjala, serah kat Kheirul sbb memang dia suka sangat menjala ni. I tolong lipat je. Roti jala ni nama dia roti jala gemuk. My SIL in law cakap

selalu I beli kat gerai, roti jala dia kurus dan minyak, yang ni gemuk dan takde minyak..wah makan 4 sudah kenyang wooo

hahaha tahun ni adalah tahun ke 3 dia berpuasa. Alhamdulillah nampak boleh buat dah puasa.Memang roti jala yang I buat gemuk sebab guna kuali besar maka besar lah dia. Lagi pun gemuk-gemuk pastu celup kari pekat memang sedap. I makan 4 pun dah rasa kenyang, tapi Ashraff n Afriena boleh makan 10, Rayyan sampai 6 je. Sahur pun boleh makan lagi 5 sorang. Puasa ni je dah 2 kali buat roti jala.

roti jala

roti jala, roti jala sapa mau order? mari mari mari… Ok I amik order untuk roti jala . Sapa nak cakap 3 hari awal ye. 50pcs of roti jala gemuk with Kari Ayam (setengah ekor) for RM50. Delivery kat meet point area Seri Kembangan je.:)