Category Archives: Kids & Family

The Boys

The 2 boys yang nampak tak sama….Kereta bersepah. Ni masa nak balik KL from Krabi kot. Huhuhu kereta merah dah takde dah….Sayang sangat masa nak let go kereta merah. Sapa yang beli my Red Citra mesti bertuah sebab lengkap dgn GPS, TV, tayar baru, engine tip top and paling best nombor 3 digit lawa.

 

HAPPY TEACHER’S DAY !!!!!!!!!!!

Saya sayang anak saya…Auntie

Tetiba je.. tajuk macam ni. Actually ada ceritanya. Tadi pi kedai, am biasalah..Rayyan mesti nak jumpa wai kong dia kat kedai tapi wai kong takde yang ada popo. So kat kedai tadi auntie kedai tu tanya lah…

Auntie: hari-hari saya tengok awak turun naik amik anak hantar, jaga anak yang kecik ini lagi, masak kemas rumah, you tak penat ke?

Saya: Penat jugak auntie, tapi kalau saya tak buat sapa mau buat? Lagipun saya susah nak trust jaga anak saya.

Auntie: Yalor, sikalang orang hati manyak busuk, semalam saya tengok itu pelempuan pukul baby, sakit hati saya, kalau tak nak itu anak kasi olang sajalah

Saya: Ye saya ada tengok jugak dalam internet n TV, tapi tak tengok habis sebab saya sedih n mau nangis….

Auntie: Satu lagi dalam sulat kabar cina ada tunjuk itu pelempuan letak anak dalam plastik, lepas anjing jumpa kasi gigit. Ini olang ha, hati manyak jahat…

Betul auntie tu cakap…. jahat manusia sekarang . dah macam takde perikemanusian. Semalam tengok video tu, sikit je, I dah tak sanggup. terus peluk Rayyan and kiss kiss dia, and doa supaya I tak jadi macam tu and anak kecil tu sentiasa selamat. Sikit sebanyak video semalam selain buat kita marah, tapi memberi kesan kepada kita supaya lebih sayangkan anak.I don’t care hilang kawan just because i dah tak berduit macam dulu, I don’t care bila orang kata I made stupid decision just because to jaga anak….for me as long as I always with them, I know what they eating, what they doing, how do they feeling I rasa I dah cukup berharta. For those orang yang dera anak-anak tu…please …kalau tak nak anak sila jangan beranak.. pandai-pandailah .

Takpelah jaga anak sendiri lagi puas hati, tak payah maid or nursery. My kids are happy. Ashraff and Afriena siap cakap  tak kasi mama dia kerja.