Category Archives: Kids & Family

Cerita Raya Pertama

Penat Semalam pun belum habis, pagi raya pukul 6 dah masak kat dapur. I kena jadi tukang masak. Masak untuk hari raya. Pagi Raya tu, dorang request nasi beriani. So malam before dah kena masak beriani daging sbb nak lapis kat nasi. My sis siap-siap tolong goreng ayam, my brother tolong blend . Semua kena tolong la sbb I memang dah penant. Sbb dari pagi bertungkus lumus kerja. Pagi lagi dah keluar cari barang. Keluar bertiga pempuan je. Anak …husband jaga.  Pang pung pang ..Alhamdulillah, lepas solat raya, dah siap masak. I mandi cepat-cepat, dah siapkan anak-anak,siap hidang bagai…Orang pun berderu datang. Alhamdulillah ramai orang datang. I tak expect orang datang ramai. Kalau I tau ramai datang, I will cook more. Mungkin boleh tambah Bolognese ke. Well , I kan suka masak. Kalau masak, Orang makan licin, Ia memberi kepuasan. Insya; Allah next year, raya nak kena tambah menu. Kalau boleh tak nak buat beriani banyak kerja.

Menu raya pertama : Beriani Daging, Dalca, ayam masak merah, acar, ketupat dakap, sup ayam, tapai pulut air sirap.

Tengok gambar raya

image

On the way balik kampung. Jalan teruk bebenor. Banyak lori lalu sbb ada lombong besi. Tapi bukan alasan, YB-YB yang dah menang pilihan raya, sila amik perhatian ye.

image

Aktiviti pagi raya main ipad, sebelum bermula aktiviti menziarah rumah orang

rayaa5Amik gambar raya sambil makan depan TV

image

bergambar dengan Afriena

raya2

Sapa tah amik gambar ni. Ashraff kot

image

Ni second round. Mak sedaras dan sepupus. Dulu kiterang semua main teng-teng la, ballobah la, rebut durian la..sekarang dah besar dah ada anak.

image

Rumah banyak mainan. My sis memang sentiasa standby bawak balik mainan. I takdelah. sbb tak suka sepah kan

image

Kids with their Ucu

rayaa3Gambar Raya kami. Selamat hari raya semua…

Mamat Sweater

sweater1

Alkisahnya bermula bila kiterang keluar sahur. Pi McD kat rumah je pun. Sbb bulan ni takde makan luar lagi. So bebudak nak makan McD. So keluar pepagi pukul 3.30 sangat la sejuk. Semua pakai jaket konon. So Rayyan tak ketinggalan. Dia pun nak pakai jaket. Itu takpe lagi. Balik rumah tidobangun tido… nak pakai jugak jaket.

sweater2

Imagine, tengah hari buta dok pakai jaket, sampaikan nak keluar rumah yang panas berdenting pun pakai jaket. Bukan takat tu, pi masjid, dah pakai pyjama pun still sarung jaket. Bila cakap tak payah lah pakai jaket panas… Dia cakap noooo… bb juk (read: baby sejuk) dengan nada yang sangat lemah sbb sejuk sangatkan. Ye sampai dalam masjid, kena aircond terus tido. Balik rumah dah baring atas katil, kasi betul tido nyenyak baru boleh bukak jaket tu. Berpeluh la jugak pakai jaket tu. Tapi itulah Rayyan , kalau dah suka satu benda

Rayyan puasa tak?

Rayyan puasa tak? Hehehe iyolah tu puasa. Bangun pagi je cakap nak makan…nak cereal dgn susu. Lepak sejam dua dah mintak nasi. Nasi kicap telur. Kalau tak nasi..nak roti, cheese, telur. Itulah Rayyan. Lepas makan, makan. Air nak sirap je. Air kosong kurang. Jadi terpaksa buat sirap cair asal nampak kaler. Kalau nak dia minum air kosong kena kasi air zam zam. Jangan tipu te sebab dia tau kalau tu bukan air zam zam.

selalu time buka, dia dah standby kat meja. Dia dah start makan dah Walaupun org belum buka. i bajet, nanti senang nak makan kalau dia dah kenyang, rupanya tidak. Orang dah habis makan dia dok makan lagi. Potion nasi dia , adalah sebanyak 3 senduk nasi bersamaan potion papa dia. Kalau ikan keli goreng, separuh tu dia punya.makan banyak, tapi badan dia steady je, takde gemuk maybe sbb dia aktif macam gambar kat bawah ni kot. Ni lepas makan …kenyang dia cakap nak tidur kat atas tu.

s d a

 

cute lah tu konon

Afriena dan Ashraff plak, puasa dorang nampak berjalan lancar. Ashraff ada cakap lah haus, tapi I suruh tahan. Biasalah kalau balik sekolahkan. Dia dah 9tahun, kenalah tahan. Ashraff dgn Afriena beza sikit. Ashraff balik sekolah terus buat homework sbb dia nak pergi Terawih. Afriena tak sebab dia akan buat homework malam. Lepas terawih, dorang tido. TV dapat sejam je, petang tu pun kalau tak berebut dengan Rayyan. Bab sahur plak sgt senang kejut compare dgn papa dia. Tu memang biasa. 3 hari sahur, 3 hari dorang makan cheese sandwich, cereal dgn susu. Nasib baik anak anak adalah sgt senang. Tak payah masak nasi lauk bagai.

f

 

To do list Ashraff. Sekolah yang sediakan.

anyway, hari ni hari jumaat, maka hari ni Insya’ Allah dapatlah join Terawih.Oh ya nanti I akan pos resepi mana tahu boleh memberi idea atau ilham memasak you all untuk berbuka. Konsep menu tahun ni mestilah healthy. Kata nak kuruskan!