Category Archives: Kids & Family

Sepuluh kali timbang

timbang

Inilah hobi baru Rayyan. timbang. lepas makan timbang, lepas mandi timbang. kejap dia cakap berat dia 13.5, kejap 13.7, kejap 14.1…. mana satu berat dia. Pasti suruh amik gambar. Ha ni lepas mandi, bogel -bogel gitu dia naik penimbang. My little kepochi. Takdelah semangat mana badan dia tapi kalau makan masya’ allah ..karipap IKEA 6 biji pun takde hal. Tah betul ke berat dia 13.5 ni sbb kalau dukung berat … I pun dah jarang dukung sbb terasa sakit  belakang nanti.

Afriena yang kurus kering tu berat dia 20kg. Ashraff plak 25-28 kg. Lupa plak. KEcik dulu dorang semangat je, bila dah besar kurus je. Makan banyak jugak.

Resepi Shepherd’s Pie

Kat umah ni tak leh makan nasi hari-hari nanti ada yang mengomel. Ala boring lah nasi.  Mesti ada pasta, mee, roti atai sebagainya. Kali ni I buat shepherd’s pie. Ni bukan first time lah dah berapa kali buat. Bebudak sukalah dengan rasa creamy potato dan daging tu. I tak berapa. So Isnin hari tu masak shepherd’s pie kat dorang while we the parent makan ketupat and rendang. I masak rendang banyak hari tu so yang lebih tu I freeze senang nanti nak makan panaskan. Bukan panaskan pakai microwave tau, panaskan pakai kuali. Tambah air sikit, masak sampai kering. I buat rendang daging and paru. Rendang makin lama simpan makin rasa rempah ratus dia.

Oklah …back to the shepherd’s pie. I guna resepi dari buku masakan Ashraff. Tiru sebijik. Senang kan bahan semua dah ada..masak je lah. Masak satu tray tu tinggal lagi sepotong tak habis 3 beradik tu makan. Lagi sepotong simpan n panaskan untuk Rayyan makan esoknya. Masa nak bakar…I cuma tambahkan mozarella cheese saja nak habiskan cheese. So you alll try lah

image

Yang gelap tu cheese terlebih bakar. Ok je budak makan.

image

Inilah resepi nya.

 Selamat Mencuba

Cerita Raya Kedua – Merisik ke Meminang ni?

Raya kedua, bangun tido je, I dah pikir nak masak apa. Beginilah nasib chef of the house. Sangat penat bila kena masak untuk ramai orang tapi sangat happy. Cuma tak happy kalau yang makan tu tak reti cuci pinggan. I kerah je yang lelaki, cuci pinggan sendiri. Korang nanti kahwin jangan malas tolong bini cuci pinggan. Tak jatuhnya martabat kelakian korang kalau cuci pinggan.

So raya kedua, pagi tu I goreng bihun , pastu my sis buat sandwich sardin dan french toast. Abuden, anak-anak I kan anak mat salleh celup, mesti nak french toast lah pa la. Air pulak, kita buat teh o’. Favorite semua orang. Saja buat breakfast berat sikit sebab tengah hari tak payah masak sbb nak pi rumah bakal menantu hahaha. Dorang dah masak siap-siap dah. Habis makan breakfast, Bebudak lepak kat atas, sementara Rayyan sambung makan ketupat plak. Biasalah sikecik ni. Badan je kecik, tapi makan Masya’ Allah. Lepas tu, kiterang bertungkus lumus buat barang hantaran. Takdelah banyak pun cuma 3 bekas. Pihak perempuan  cakap tak payah bawak, cincin pun tak nak, tapi takkan kite pi rumah orang nak pi tangan kosong kan. So buat 3 bekas. Satu bekas buah-buahan, Satu bekas persalinan, satu bekas manisan. Seronok je buat hantaran. Semua menyebok yang lelaki lah menyebok. My bro yang kahwin dgn chinese tak merasa antaran ni semua sbb dia main kasi ang pow. Yang laki lagi sorang plak dia tempah je. So kali ni merasa lah buat hantaran. Tak sabar nunggu untuk buat hantaran kahwin plak. Harus buat bunga telur, bekas hantaran ni. Excited kakak nya..habis tu nak tunggu anak sendiri lambat lagi kan hahahaha.

Tengah hari plak.. lelaki-lelaki macho pi solat jemaah. Yang tak pi tak macho tau. Sementara nunggu dorang balik yang perempuan jelita semua siap-siap. Sampai je dorang terus bertolak ke destinasi. Pergi anak-beranak je, pastu bawak atuk kiterang. Sedih nengok atuk saya. Dah tua dah tak larat. hari tu jatuh motor, patah bahu. Takde plak sapa nak cerita kat I. Atuk I ni sangat baik tau sbb dia selalu ajar solat masa kecik dulu,selalu tazkirah bila lepas solat. Ye lah masa tu dia dok sama ngan kiterang. Bila dia re-married dia pun dok rumah sendiri.

image

Susah nak ngambik gambar dengan anak yang nak dok atas riba, Nampak Ashraff tu? Ustaz muda . siap dengan songkok bagai. Afriena je belum bertudung. Insya’ Allah next year sebab dia nak mintak nak bertudung nak tutup aurat katanya. Next year kita mulakan. Alhamdulillah, Afriena bila diajar pasal aurat dia dah paham. slowly akan berhijab next year.

image

Lauk yang simple, tapi menjilat jari makan. Ada budu, sambal dan nyelor.

image

Jurucakap yang baju hijau tu..my BIL. Yang tudung biru tu my sis. Yang berkopiah is my atuk. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat atuk (ayoh).

image

Afriena. Siap mintak pakai lip balm tu. Itulah anak pempuan..heheheh. Tarikh kahwin tak tahu lagi bila tapi katanya next year.Tapi sebelah pempuan suruh cepat sikit sbb memasing dok jauh. I dulu bertunang 4 bulan je. bayangkan persiapan perkahwinan 4 bulan je.