Category Archives: Kids & Family

Ipad dan anak-anak, manfaatkan

Ipad sekarang ni dah macam benda penting dalam setiap rumah kot. Tak tahulah rumah orang lain tapi kalau jiran-jiran sebelah rumah semua ada ipad.  Kat rumah ni tak payah citer lah sorang satu gadjet ada kan. Ada jugak yang takde, I know dan ada jugak yang babysit anak dengan ipad. Tapi ramai yang tak setuju dengan cara asuh anak anak dengan ipad. sebab nak suruh dorang main benda lain. Betul tu apa yang dikata, bukan semua boleh bermain kat luar rumah, atau main toys lain sementara kita sibuk di dapur, sibuk cuci bilik air atau sibuk vakum rumah. I, my self membenarkan anak-anak main ipad …hahaha sebab nak suruh duduk diam. Ada lah time dorang, time main ipad, masa menonton TV (tapi TV time amat sedikit atau tak tengok langsung), swimming time, baking time, reading time.MAcam Ashraff n Afriena dah satu hari kat sekolah, kasi can lah dorang main kejap. lepas buat homework, reading atau revison then main kejap before solat then sleep. Mesti ada break untuk dorang release stress.

Macam Rayyan, dia dgn ipad tak boleh renggan. Ada jugak masa dia main bola dalam rumah, mandikan bola, ikut mama dia cuci toilet, makan, merajuk, mengamuk, sepah mainan…berak mandi, memang terisi masa lapang dia. Tapi time dgn ipad banyak la. Jadi untuk tidak buang masa dia dengan ipad, I download banyak education game. Ada math for kids, Arabic, Chinese picture dictionary,ABC, .. so pandai-pandailah dia main tu semua. Dah boring main, dia search youtube, boring youtube dia main game, boring main game dia suruh mama dia main game plak.

Salah satu education game yang dia suka sekarang adalah math. since dia dah pandai kira sekarang ajar dia kira objek plak and number. tengok je video kat bawah.

see… jangan judge ipad dengan keburukan saja.Kita parent kena pandai memanfaatkan penggunaan dia dengan perkara ilmiah. Sekarang ni banyak education game yang free download. give your child a try.

Macam Ashraff n Afriena, dorang guna ipad untuk main game, search youtube and tah apa-apa lagi. Tapi pantau ye. Jangan kasi dorang tgk tah apa-apa video ye. Mesti pantau bahasa yang digunakan, gambar apa yang ditayangkan. Bagi yang nak tau camner nak mengawasi penggunaan internet oleh anak-anak takut dorang masuk website yang tak sepatutnya..boleh refer kat sini

Ingat! semua ibu bapa ingin nak jadi orang yang berguna, tapi bukan semua cara yang digunakan adalah sama.

 

Awasi Anak Anda Dari Website Lucah

 

 

Pengaruh TV Punya Pasal

TV betul-betul memainkan peranan penting sekarang. Lebih-lebih lagi pasal iklan. Nak nak iklan makanan. Peminta dia ? Rayyan lah. Bila keluar je iklan Oreo..mama ..ogheo..baby nak ogheo. Time tu jugak lah nak oreo. iklan susu nakan susu…Tapi iklan yang betul menambat hati dia adalah iklan McD. Dari dia duduk sampai dia akan bangun. Dok tengok je iklan tu.Rayyan rayyan..kalau pasal makan dia lah hero. makan je lah dia. Ni kalau masuk tadika jangan kena charge double pasal makan banyak dah la.

Semalam I tak masak sebab kiterang kena ke kedai Scholl sebab last Saturday ada beli kasut kat sana, so Selasa lepas masuk dalam Maybank2u masa nak bayar credit card, nampak dorang charge 2 kali. Ish ini tak boleh jadi! boleh mendatangkan kemarahan kalau dibiarkan!. Jadi terus lah I call bank tanya apa patut buat bla bla bla..Tapi sebelum tu kena mengadu dengan suami dulu sbb dia mesti tau procedure kan. Dah lepas mengadu kat bank, malam tu suami balik dia cakap..kalau nak cepat dapat refund call merchant. So I call kedai tu then esoknya (semalam lah) pergi kedai. Kita takde gaduh pun

…sebab ni semua boleh check. Kalau beli kat kedai pakai kredit kad, then kedai akan buat closing sebelum tutup kedai, sebab besoknye kena hantar claim kat bank. Jadi masa check dia akan tau, ada bayar lebih dari stok. Ha itu yang tau dan belajar masa kerja kat kedai Levi’s dulu. First job selepas habis belajar. So semalam dah settle kena amik masa seminggu untuk refund. Ye puan-puan, tuan-tuan semua kalau bayar pakai kredit kad, memang selalu kena check ye kat staement.

Lepas settle kat kedai, kenalah cari makan. Budak bertiga dah bising nak makan. Kiterang sampai depan Pizza Papa John konon nak makan situ tapi Rayyan tak nak masuk. Dia cakap tak nak pizza (bahasa Rayyan :ak nak iza ).. Dia tak pizza sbb dia nak Mc Donald. adeii memang akan skip makanlah mak pak kalau pi Mc D.  Nak tak nak keluar parking kiterang ke Mc D Taman Equine. Pi situ happy je muka dia.

8muka excited nak makan Mc D.yeay Rayyan tak pakai nappy pun keluar, dia tak nak nappy

Kheirul nak pi order tanya dia bebuda nak makan apa… Ashraff and Afriena nak makan Double Cheese.. Rayyan nak makan apa

Mama : Rayyan nak makan apa?

Rayyan : ek o nald (read: Mc Donald)

Mama :Ye lah kita kat Mc Donald la ni.  Rayyan nak Cheese Burger tak

Rayyan : ak nak cheese, ak nak ege , nak ek o nald (tak nak cheese, tak nak burger, nak Mc Donald)

7

Muka macam nak nangis sbb dia tak nak burger dia nak Mc Donald

Kalau ikut hati nak je I guling guling atas lantai Mc D demi menggelakkan Rayyan hahaha…. dia ni paham ke tak apa dia Mc D. So I pi kat Kheirul yang dok beratur, kiterang gelak senyap-senyap then decide beli Happy Meal untuk dia.

45

Abang n Kakak makan Double Cheeseburger. alahai nipisnya burger. Kalau kat singapore Mc Double dia lagi tebal and harga pun $2 je.

Kesian nya anak kecil ku ini .. nak Mc D. Dah sampai meal punyalah happy dia. Rupanya ek o nald dia tu adalah kentang goreng. Dia makan sebekas dia sorang sampai habis. Muka happy giler. Burger je tak makan kena simpan panaskan makan sat lagi.

3

Tengok…. macam cari harta karun. Marah dia kat papa dia makan fries sbb dia ingat papa dia amik dia punya. Siap bawak balik kotak tu…heheheh.

6

Ini yang saya makan. Banana and Walnut Muffin. Sedap la moist tapi kalau buat sendiri rasanya lagi sedap sbb saya boleh kurangkan kurang gula. Yang ni manis. Bila lah nak baking lagi ni. eh ehe jap, ada lagi saya makan, sedikit fries dan 1/2 ayam goreng share dgn Kheirul dan kulitnya telah di pow oleh anak-anak.

Best gak dinner sekali sekala time weekdays. nasib baik kerja sekolah dah siap kan.

Pesta Bunga Api…depan rumah

Raya belum habis…hari tu ada orang main bunga api. Sini memang standard ramai orang kaya yang sanggup bakar duit kan. Tapi bestlah esp Rayyan yang sangat excited dengan bunga api. dengar tak suara dia? hahaha tu belum lagi tengok kat Disneyland kan

Best kan… berlari semua orang tepi tingkap

Ni Rayyan mengira sign language. hehehe I yang ajar.