Ini tanda protes tak nak keluar bilik air.

Duduk jelah Rayyan dalam tu
Ini tanda protes tak nak keluar bilik air.

Duduk jelah Rayyan dalam tu
Tajuk dalam huruf besar nampak sangat besar nya masalah problem. I ingatkan kutu ni dah takde kutu zaman sekarang. Memang tak pernah terfikir pun pasal kutu. Mangsa dia Afriena lah, si kecil molek yang berambut tebal yang jadii mangsa. I rasa dia kena kat sekolah. Sebab kutu ni senang berjangkit kalau ada close contact macam kepala atau tidur berdekatan. Kat sekolah dorang ada qailullah aka naptime sebelum zuhur, Mungkin masa tu lah Afriena kena.
Macam mana I tau dia ada kutu? Entah..mula-mula bila I tengok dia tergari-garu kepala, memang tak pikir pun tu kutu I ingat sebab chicken pox dia yang buat dia gatal. Tapi Ahad tu … masa bersembang ngan member dia citer anak dia ada kutu jangkit kat sekolah, terus tergerak hati nak check. Bila check je… mak aihh banyak nya. Mula;ah I jadi geli geleman. Tapi geli macam mana pun kena jugak bersihan. Kesian tau Afriena kena kutu. I noticed kutu pun masa pukul 4 gitu. Terus ajak Kheirul pergi farmasi cari ubat kutu. Masa pi farmasi, Pharmacist tu recommend ubat kutu ni.

Dalam kotak ada ubat yang macam minyak n takde bau dengan satu sikat kutu. Tapi sebab I ni kuno kan, nak gak pi cari sikat kapit yang rapat macam zaman dulu tu . Nasib baik jumpa. Balik tu terus mengerjakan rambut Afriena. Siap cakap kat dia, nanti nak suruh monyet cari kutu atas kepala dia. Pastu Kheirul tambah, ha kalau monyet cari mesti bersungguh sbb selagi tak habis, selagi tu dia dia cari n kalau tak duduk dia monyet marah. Hahahaha menangis dia. Yang mama dia plak terpekik pekik geli dengan kutu yang bapak besar. Geli pun habis kena penyet sampai mati. First da guna sikat kapit tapi tak puas hati, esok tu lepas balik sekolah, I guna sikat yang dalam kotak. Baru puas hati, bukan setak kutu, tapi anak kutu, cucu cicit dan telur sekali dia kaut. Memang lumayan hasil dia. Sebab banyak hasil dia, I tak penyet pun, I rendam dalam air mendidih. Kasi mati terus. So sekarang setiap hari I sikat every after school. Semalam last sikat, jumpa 5 biji telur je. Esok nak buat treatment ubat tu lagi. Rambut dia pun dah nampak macam takde telur kutu. Memang puas hati tengok macam dah clear. Memang habis satu rumah, I kerjakan, vacum carpet almost everyday, cuci cadar dengan air panas, bantal afriena, toys dia. Semua dikerjakan.Bukan tu je, I pergi jumpa guru besar dia, cakap hal kutu supaya semua parents dimaklumkan pasal kutu. Ye lah kalau Afriena je yang clear kepala tapi orang lain ada, tak selesai jugak masalah kutu. Lagipun kutu kutu ni lagi bersih kepala orang tu, lagi suka dia menjadikan mangsa.
Tak tau nak citer apa ek? Minggu ni minggu exam bebudak. Tapi Afriena je pi sekolah sebab Ashraff kena chicken pox. The last member in the house. Kena chicken pastu mulut dok mengomel…gatal lah, takleh tido lah…haih . Dalam 3 orang ni Rayyan paling bagus sbb dia tak banyak komplen. Dia pergi depan cermin tengok muka dia, lepas tu cakap ada chicken pox. Yang lain semua tangan gatal nak garu. Rayyan siap cakap…jangan garu nanti darah.
Since Ashraff kena chicken pox, no school lah, exam pun next week baru amik. Kelas taekwondo pun skip lah cuma I and Afriena je pergi kelas. Saya punya kelas pukul 10.30 and Afriena 9, tapi I join je kelas junior sampailah pukul 12.30. Memang best kalau pergi taekwondo. Baju basah peluh memang tak ingat. Kalau habis kelas tu, balik rumah pastu pergi ngendeng ngan Kheirul mesti dia bising…busuk lah mama. hahahaha Papa macam tulah bau peluh everytime papa balik dari training pastu ngendeng-ngendeng mama tau.

Afriena yang tudung pink tu. Next month dia plak grading
Oh ya…saya sudah amik test grading 3 minggu lepas. Seminggu selepas chicken pox. Baru sembuh kiranya.Ahad tulah grading hari tu jgak pergi training untuk preparation grading . Biasalah baru lepas chicken pox kena berpeluh, menggeletislah gatal badan. Gigih sungguh lah I rasa sebab amik grading sambil babysit 3 orang anak, sebab suami plak kena pergi handle grading kat tempat lain. Bakpo lah buat hari samo? Susah tau nak concentrate. Nasib baik Rayyan tak ngamuk ke apa. Dia cuma tak pakai baju je lah sebab panas. Habis grading pun terus balik takde melepak macam orang lain. Pastu kena pow Mc D dengan dorang.