Category Archives: Kids & Family

Phuket: Snorkeling Trip

Masa yang ditunggu-tunggu. Kalau kiterang ni memang lah suka sangat ngan laut kan.Kali ni island hoping, kiterang amik cruise. Cruise memang ssuai untuk orang mabuk laut, yang takut nak naik bot laju atau yang suka ketenangan. Kalau bagi kat kiterang,  memang dok dengarlah soalan dan keluhan bebudak ni…

mama bila nak sampai ni???

Mama boring lah…..

Rayyan plak… mama nak bayekkk

Naib baik ada makan-makan dalam tu.Boring lah sebab cruise slow . Kalau naik speedboat 45min-1 jam dah sampai,cruise lebih 2 jam.

Naik bus ke Jeti

 

Bas rosak plak….so kena turun bas menunggu bas lain setengah jam

 

yeay on board

 

ada jugak lepak kat sini, tapi gerun sangat dengan Rayyan, so duduk kat dalam je

 

lepak kejap

sampai tempat di tuju

Dinasihatkan pakai life jacket. hehehe..penat gak kalau nak berenang takde life jacket. Lagi penat kalau jaga budak. Si Afriena macam biasa lah, takut jaws lah..pastu kena gigit ikan dia naik kejap, pastu terjun balik. Takde makna kiterang turun pakai tangga, sebab ada jugak yang takut  nak duduk dalam air maka bergayut lah kat tangga.Bawak roti sikit kasi ikan makan.  Rayyan last sekali naik… bukan last la sebab I masih dalam air. Semua anak dah selamat naik, Pastu husband naik cek anak-anak..I masih dalam air. Takleh nak naik sebab ramai plak bertenggek kat tangga pasal takut. Yang kelakar ada orang tertinggal anak sampai ke tengah pastu Kheirul pi heret dia. Bapak dia cakap dia tinggal kejap sbb nak amik anak lagi sorang. Hello awak ingat ini playground?? Habis snorkeling, terus ke Phi Phi Island… kita makan plak

sampai Phi Phi…tunggu nak turun dulu

makan time!!! Makanan yang disedakan adalah halal

 

Lepas makan…solat

Tourist guide siap carikan kita surau lagi. Tengah dok solat, Rayyan main air. Habis basah baju dia..Pantang jumpa air. Dah abis solat, naik cruise balik hotel. Tapi sebelum singgah kedai souvenior, kedai t-shirt. Dah maghrib baru sampai hotel. Nasib baiklah kiterang dah solat kat Phi Phi.

Kat kedai jual titbits. Macam cashew nuts , ulat goreng, ikan bilis etc

Balik hotel je, terus mandi and solat. Pastu cari makan. Kiterang just makan Pulut dengan ayam goreng je. Lepas tu I pi urut. Pi sengsorang je. Kheirul pi lepak ngan geng dia and kids with MIL. Balik je tengok bebdak tido ngan wan dorang satu katil 4 orang. Cute je tengok cucu dan nenek yang dipanggil Wan.

 

 

Child Labour

Assalamualakum… dah nak masuk minggu cuti sekolah dah kan? Anw.. nak cakap tahniah kat Pasukan badminton Malaysia, walaupun tak menang semalam tapi semangat juang yang diberikan sangat tinggi. Bangga wei… terpekik -pekik jiran tetangga kat sini. Mesti dengar yeay… takde bunyi goll plak, setiap kali dapat point. Itulah semangat jiran-jiran saya.

NI nak share gambar bebudak yang dipaksa buat kerja rumah. Paksa rela sapa suruh sepah kan. Rayyan si budak spender lah yang sepah. Hari Sabtu dia sepah dia vacuum sendiri semalam dia suruh abang dia kemas lah. Sebab dia kata penat. Dia kan banyak pusing, Bila suruh buat something ada je. Tak boleh penat nani mati, tak boleh nanti tangan cabut, tak boleh nanti darah tengok ni dah darah. Sampai auntie tokey kedai bawah pun cop dia budak banyak pusing…

image

smart tak tukang vakum nih. Ni bukan pretend, mmg dia vacum sendiri

image

sambil di arah vakum sini vakum sana oleh papanya… orang lain duduk atas sofa kang tak pasal dia vakum kiterang plak

image

Ni Ashraff kena buat. Yang si Rayyan melompat ngtan spender. Dia malas nak pakai seluar..

Ashraff dah boleh di suruh dah. Suruh cuci toilet, suruh vakum, suruh tolong masak-masak kat dapur like kacau-kacau ke. Cuma kalau masak yang melibatkan minyak panas atau air panas, tak boleh lah.  Setakat masak guna non stick pan, atau tolong kacau nasi goreng ke, mee goreng ke boleh dah, while I buat benda lain.

Afriena? mmmm suruh masukkan baju dalam washing machine pun susah. Dok bebel lah geli lah busuk lah… Baik Rayyan, datang tolong buatkan.

Mamak On Sunday

Hari Ahad, sarapan and dinner memang kat mamak. Pagi Ahad selalunya sebelum pergi kelas Taekwon-do, memang akan sarapan kat rumah. MAkan roti ke, buat cekodok ke atau cereal, ahad tu benda-benda yang biasa ada kat rumah dah abis stok. Pastu malas plak nak  masak benda lain, maka awal pagi dah keluar 3 beranak. Tujuan nya nak breakfast kat mamak sebelas gym. Dorang nak makan roti canai. Ashraff roti telur Afriena plak roti kosong. I makan tose je.  Sekali sekal makan kat mamak best jugak.

image

Ok ah jugak tose dia.  I paling suka kuah putih dia tu. Memang lawas lah perut

image

Suka lah dapat makan kat luar dgn mama je kan

image

Kena makan cepat-cepat, kang nanti nak tukar baju plak

Tengah hari balik rumah, I goreng mee je. Malam plak..hajat dihati nak makan satay, tapi gerai satay tulang tu tutup plak. So mamak je lah. Oleh kerana 3 hari tak jumpa nasi, so I makan nasi kandar. Ok not bad rasanya but, daku mau Penang mari. Bebudak makan western. Apa kelas makan western kat mamak???

image

makan cheese roll

image

Sup ni share- Rayyan n Afriena

image

Dia suruh amik gambar dia

image

Mamat cerewet makan. Komplen takde gravym Ayam hangus

Mamak lah satu hari. Sekali-sekala ok lah. Kalau selalu tengok muka mamak pun takmo.