Category Archives: Kids & Family

Mee Tarik Warisan, Kota Damansara

NI sebelum puasa lagi ni pergi tapi lupa nak buat posting. Hari Sabtu tengah hari kiterang pergi. Beriya Kheirul nak bawak kiterang satu family makan. Sebab dia cerita makan sini sedap. mee dia… Macam tu lah dia. Bila dia makan dulu, sedap mesti dia   bawak satu family pi makan. NI kat area Kota Damansara…

image

Kiterang sampai dalam kul 12… masa tu tak ramai orang, ..so best lah sikit. Masuk je, orang datang kasi  menu dan kita tulis order sendiri.. Kita order je, mamat dalam cermin tu pun buat lah mee.

kita layan gambar dulu

image

sambil tunggu order, Rayyan buat latihan math. Ni buku untuk darjah 1 beli masa pesta buku hari tu. Dia kan suka sangat math. Inilah dia calon 8A…geram je ngan budak ni….asal merajuk, lepas 5 minit datang mintak maaf..salam cakap sorry. Kalau kita maafkan dia kenalah hug n kiss.

image

Ni my dish…tapi RAyyan yang banyak makan sbb dia suka yang kosong rupanya. Mee dia kosong gaul ngan kicap cair sikit. SO I makan sayur je dan Rayyan punya meal

image

NI Kheirul punya …. sedap. Kena makan panas-panas sebelum mee kembang. Ashraff pun order benda yang sama. Sedap katanya

8-4d048c03db

Yang ni Afriena punya…. Jenuh nak perabih. Banyak gak mee dia. Dia amik yang ada mushroom. Ala la macam kuah pasta tapi bukan lahIMG_0220

Ni Rayyan punya. Pedas. Patutlah dia makan mama dia punya. Next time order mee kosong je kat dia. So yang dia punya I makan share ngan papa dia. Lepas tu sampai ke petang perut rasa kenyang sangat.

Boleh pi lagi next time.  Nak try yang lain plak…

Dia banyak kedai lah… ni kes tengok Selera Bajet lah ni…huhuhuhu

ciao

Projek Temosa Raja, 2 jam

Ye dalam masa dua jam siap. Ni semua hasil kerja sama satu family.Sebenarnya kelam kabut jugak lah sebab, pukul 2 kiterang keluar. Keluar pergi beli stok lauk pauk , pastu cari ubi kentang dan keledek untuk temosa. First time buat ni, hahahaha.. nasib baik ada youtube ajar.

Balik rumah pun dah pukul 3.30 dah. Suami siang ikan (memang dia pun yang selalu buat) dan kemas pack lauk sementara, I kupas ubi keledek dan kentang. Kali ni kiterang buat inti campur.sebab takut tak sempat ubi empuk, so I rebus dulu ubi. Sementara ubi i rebus, I tumis dulu bahan untuk inti. Inti  macam karipap je, tapi I tambah daging.  Dah empuk ubi, baru campur dalam bahan tumisan. Hehehe cepat sikit kan.  Dah setel inti, biarkan sejuk , then baru buat doh. Nasib baik kejap je, tapi tulah kelam kabut.

Nasib baik ramai membantu. Kanda suami dan anakanda Ashraff uruskan doh. Dorang gelek doh guna pasta maker. Afriena plak, letak inti dan telur dalam doh. While… I yang klim. Ada jugak Kheirul tolong klim tapi jadi macam lempeng. Afriena klim , pun sama. Pastu Afriena cakap..papa tak pandai lah…Mama sekali buat dah ok.

I cakap, Setiap orang ada kelebihan masing – masing. Maybe mama ..Allah bagi keistimewaan buat benda. Sekali tengok terus tau buat. Mungkin papa pandai benda lain… Apa-apa pun practice makes perfect. So dia pun klim lah dalam 4 biji..ada lah leper-leper semua… takpe….kita freeze je nanti.

image

Actually temoso tu nak bawak untuk berbuka rumah BIL. Tak sangka, semua suka. MIL siap pesan, nanti buat lagi utk berbuka rumah SIL plak… hehehe Alhamdulillah

image

Rasanya temosa tu sedap sebab dibuat dengan kasih sayang. Semua kumpul kat meja, masing-masing tolong mama buat. Tu yang sempat buat dalam 2 jam tu. Siap boleh goreng semua…

Alhamdulillah

Dream Big , Princess

Afriena adalah satu-satunya puteri yang saya ada. Biasalah , kalau dia sorang je puteri, manja tapi penuh cita-cita. Sebenarnya banyak cita-cita dia. Dari kecik lagi katanya nak jadi princess, tapi bila dah besar, nak jadi doktor, lepas tukar plak nak jadi cikgu. Mungkin cita-citanya akan bertukar lagi agaknya. Seperti sekarang, Afriena dah menunjukkan minat dalam bidang sukan. Saya sebagai ibu suka menggalakkan anak-anak dalam bidang yang mereka suka. Dulu Afriena takut air, tapi sekarang berenang pun dah laju dah boleh kalahkan mama dia. Dah pandai buat kuak lentang. Selain dari tu, dia minat dengan Taekwondo. Alhamdulillah sepanjang perlawanan dia masuk, dia mesti menang pingat. Terbaru, minat pingat emas mewakili Selangor dalam acara Kejohanan Taekwondo Kolej Komuniti. Kecil-kecil cili padi… nampak je dia lebut lemah gemalai, tapi kaki dia , tangan dia laju mencari mata dalam pertandingan. Insya Allah… akan saya latih dia betul-betul semoga dia laju dalam sukan minatnya. Ada juga dia bertanya tentang sukan Iron Man… nampaknya kena ada Iron Princess lah kot sebab dia dan Ashraff mula berbasikal dan Afriena kata, dia nak berenang laju macam abang dia, Ashraff. Kiranya Ashraff adalah inspirasi dalam sukan renang.

afriena

Tujuan saya bercerita tentang Afriena, sebenarnya saya ingin berkongsi tentang kempen “Dream Big, Princess”.  Disney telah melancarkan “Dream Big, Princess”, satu gerakan antarabangsa yang mendorong gadis-gadis di mana jua untuk yakin pada diri sendiri dan mengejar impian mereka dengan keberanian, keazaman dan penuh kasih sayang. Kempen 3 tahun ini menonjolkan ciri-ciri murni setiap Disney Princess yang ingin diterapkan dalam gadis-gadis masakini.

Dream Big Princess logo

Disney Channel telah memilih empat gadis berbakat di Asia Tenggara yang menonjolkan kualiti unik ini. Dari Malaysia, Aaliyah Hanifah, juara luncur air berusia 13 tahun akan berkongsi kisah semangat dan kesungguhannya dan bagaimana Disney Princess kegemarannya Ariel (dari filem “The Little Mermaid”) telah memberi inspirasi kepada beliau untuk mencapai impian besarnya. Video ini akan disiarkan di Disney Channel bermula 8 Jun.

MALAYSIA-Aaliyah Hanifah_Dream Big, Princess (6)

“Disney Channel adalah tempat kelahiran filem dan siri televisyen Disney Princess kegemaran ramai dan cerita-cerita yang tak lapuk dek zaman tentang pengembaraan, keberanian dan kebaikan untuk mengajar gadis-gadis erti kecantikan sejati. Kami harap Aaliyah Hanifah, seperti juga Disney Princess kesayangannya Ariel, akan memberi inspirasi dan memperkasakan gadis generasi baru untuk mencapai apa yang mereka impikan,” kata Natasha Malhotra, Pengurus Besar, Media dan Kandungan Berjenama, The Walt Disney Company Asia Tenggara.

MALAYSIA-Aaliyah Hanifah_Dream Big, Princess (7)

Aksi yang hebat dari Aaliyah

 

Siri video yang akan disiarkan di Disney Channel ini juga akan menampilkan kisah penyanyi/artis YouTube Jannine Weigel (Ploychompoo) berusia 16 tahun dari Thailand, peluncur ais bersemangat Sofia Guidote berusia 14 tahun dari Filipina, dan pemenang berbakat Junior MasterChef Indonesia berusia 14 tahun Syifa Hasan (Afaf) dari Indonesia. Mereka berkongi kisah dan puteri yang telah memberi inspirasi kepada mereka untuk berjaya mencapai impian mereka.

Kanak-kanak di Asia Tenggara juga boleh mendapat inspirasi daripada Disney Princess kegemaran mereka melalui pertandingan Disney Channel “Create a Dream”. Dari 1 hingga 30 Jun, mereka boleh melayari www.dreambigprincess.asia untuk mencipta ‘Dream Meme’, cara kreatif untuk mereka meluahkan inspirasi besar mereka menggunakan imej, ikon dan font Disney Princess. Semua ‘Dream Meme’ kemudiannya akan diabadikan ke ‘Dream Wall’ di laman web tersebut. Meme paling kreatif dan penuh inspirasi bakal memenangi koleksi lengkap patung Disney Princess oleh Hasbro setiap minggu dan juga Hadiah Utama – percutian sekeluarga yang menyeronokkan ke negara Jerman untuk 4 orang termasuk lawatan dan penginapan di istana.

BRAVE

#DreamBigPrincessAsia

Peminat juga boleh mendapat rangkaian lengkap produk patung Disney Princess oleh Hasbro di semua pusat membeli-belah di Malaysia. Pada 25 Jun, penonton Malaysia boleh menonton filem Tangled untuk melihat impian Rapunzel menjadi kenyataan di Disney Channel (Astro Ch 615).

TANGLED_