Category Archives: Kids & Family

Cukup sebulan, kena inject

Last Saturday, lepas Zohor kiterang pergilah ke klinik. Klinik panel yang selalu pergi untuk inject Hepatitis B 2nd booster kat Rayyan. Budak kecik ni, asal naik kereta sukalah dia, kena pulak ngan aircond tidur je la dia.

Sampai Klinik, dia dah sear dah , apa lagi nak susu .Nasib baik takde orang kat klinik .Tunggu dalam 10 minit Nurse panggil masuk. Yang kelakar berbelit gak lidah nurse nak panggil nama Afique Arrayyan.

Masuk-masuk, doctor check, soal siasat Rayyan tanya sihat ke apa. Siap semua kena get ready inject budak kecik tuh. Mula-mula suruh KHeirul pegang sebab selalu dia yang pegang tapi kali ni I yang kena pegang. Hish bukan yang nak kena inject seram sejuk, mak dia yang gelabah. Maklumlah mak dia adalah orang yang paling takut kena injection. Dengan senangnya doctor inject, tapi suara Rayyan, masaya’ Allah pumyalah kuat. Doctor punterperanjat , dia cakap macam budak 2 bulan punya suara. TApi disebabkan Rayyan ni ala-ala hero yang macho, dia nangis kejap jer. Pastu dia peluk-peluk mama dia, while abang and kakak dia nangis sebab tengok adik dorang kena inject. hahaha

Pastu bawak Rayyan pi timbang. Berat dia sekarang (lepas tolak dgn berat nappy) ialah 4.6kg. Semangat betul kan. Apa taknya minum susu punyalah kuat.

Ha ni gambar latest , hari ni punya. Lena tidur dengar orang mengaji.

Meatball Pasta : Great Menu for kids

Semalam masak pasta for dinner. Actually bebudak ni request nak pasta. FYI, dorang ni susah sangat nak makan nasi. kalau makan nasi pun mesti ada sup je. Kalau Afriena lagi best, nasi sahaja.Kesian tengok dorang,kalau masak nasi mesti makan sikit. So semalam I buatlah Meatball pasta.

Resepi kat bawah

INGREDIENTS

Untuk meat ball

  • daging kisar – I pakai lean meat sebab masih menjaga pantang, no fat ok
  • 2 batang celery – 1 di parut, 1 lagi dihiris
  • 1/2 lobak merah – parut kasar
  • 1 /2 labu bawang kuning besar – parut
  • 1 biji bawang putih di cincang
  • herba bolognese : parsley, basil, parsley dan oregano
  • 3 sudu oat
  • lada hitam dan garam secukup rasa
  • minyak untuk mengoreng – Shallow fry dengan minyak canola

METHOD

  • Campur semua bahan diatas dan gaul sebati.
  • buat bebola kecil
  • pastu goreng separuh masak .

Untuk Sos

  • 1 batang celery- dihiris
  • 1 tin sos pasta prego -original punya
  • 1/2 lobak merah – parut kasar
  • 1 /2 labu bawang kuning besar – parut
  • 1 biji besar tomato di dadu
  • 1 biji bawang putih di cincang
  • herba bolognese : parsley, basil, parsley dan oregano
  • lada hitam dan garam secukup rasa
  • sedikit gula

METHOD

  • Panaskan minyak sesudu minyak
  • tumis bawang putih sehingga layu
  • masukkan bawang kuning, lobak merah dan celery
  • masak hingga layu
  • masukkan tomato puri dan tomato yang didadu
  • tambah sedikit air
  • perasakan dengan herba, lada hitam dan garam
  • masak hingga tomato yang didadu tu macam dah lembik
  • masukkan bebola daging  dan air daging (kalau masak separuh masak ada air daging, jangan di buang)
  • kacau rata, tambah sedikit gula untuk menstabilkan rasa masam tomato
  • Bila bebola daging dah masak bolehlah hidang dengan pasta.

Ashraff dan Afriena suka sangat sampai makan bertambah-tambah. Semua sayur di atas kalau tak nak parut pun takpe, boleh di dadu. Tujuan sayur diparut adalah untuk menyenangkan bebudak tuh makan sayur.

Tips memberi ubat kepada kanak-kanak

Hi semua, I saja nak kongsi tips memberi ubat kepada anak-anak kecil. Bukan apa, I noticed banyak parents ada problem nak beri ubat pada anak-anak. Sampaikan ada yang terpaksa pegang kaki dan tangan budak then paksa anak bukak mulut so that they can feed the medicine.

So, let me share my tips:

  1. Jangan paksa anak makan ubat dengan cara pegang kaki dan tangan anak. Cara ni akan buat dorang fobia sebab bila time ubat jer nak kena pegang kaki dan tangan.
  2. Kalau nak beri ubat, mulakan dengan ubat yang manis dulu and last sekali, ubat yang pahit.
  3. Bila nak suap ubat, guna dispenser ubat yang macam picagari tuh. budak-budak suka sebab menarik. Kalau pakai sudu senang tumpah dan measure dia pun tak berapa betulkan
  4. Ajar anak-anak untuk minum air selepa makan ubat
  5. Educate anak-anak, kalau makan ubat cepat sembuh and bila sembuh boleh pergi jalan-jalan

Ini jelah tips yang dapat I kongsi, kalau berkenan boleh ikut. And so far, Ashraff and Afriena amatlah senang nak makan ubat. Takdelah terjerit-jerit hahaha