Category Archives: Free Time & Hobbies

Secret Love vs Patahnya Sebelah Sayap

BEst plak drama samarinda kali ni. I bukan ratu drama..layan pun kalau pelakon best je. Kalau citer kul 7pm tu mmg tak layan. Macam tak logik kekadang citer. Habis belajar terus kerja jadi manager dapat duduk rumah siap ada swimming pool bawak kereta BMW. Pastu yang pempuan plak, dah kena rogol…jatuh cinta ngan perogol, kahwin ….Tak best. Citer yang kat bawah ni best.

patahnya-sebelah-sayap

Drama Patahnya sebelah sayap best. rupanya cerita dia ada persamaan dengan citer korrea Korea. Secret Love. NAnti you all tengoklah drama melayu. Walau ada persamaan, macam mana Alisha masuk penjara dah keluar, tapi watak adik takde dalam citer korea. Khuzairi plak kalau versi korea, dia tak cukup gaang lah… dan bukan loser macam Min Hyuk yang jenis anak orang kaya pastu baran macam lost in his world suka mabuk berlagak. KEjahatan Mak Amzar memang hebat lah. Lakonan Normah Damanhuri terbaik. Adik Alisha rasa macam akan ditimpa masalah je kalau ikut jalan cerita korea tu… tah tah mati kena bunuh… Best lah citer dia… Jiran mak Amzar yang kepochi suka jaga tepi kain orang , suka fitnah orang memang bagus lakonan dia, cuma kalau dalam realiti, ada ke manusia macam tu? Janganlah kita perangai macam tu. Tak suka diam , jangan dok ngumpat je…

secret love poster.jpg

Kalau versi Korea, penderitaan  Kang Yoo-jung (Alisha) lagi teruk. Dalam penjara selalu kena dera, pregnat dan beranak dalam penjara. Dah beranak, tetiba Ahn Do-hoon (kalau versi melayu , nama dia Amzar) lagi jahat. Memang gunting lipatan. Dia set up untuk bawak keluar anak  Yoo-Jung. Kononnya dia kata Yoo Jung ni dera anak dia, dengan bekas lebam bagai. Macam nak gila dia bila anak kena ambik. Menitis air mata tengok citer ni. Do-hoon ni set up dengan roomate yoo jung yg dalam jail jugak. Lepas berapa tahun keluar, first dia cari anak dia. Doo Hoon kata anak dia dah mati . Budak tu anak dorang berdua lah. Sebenarnya anak dia hidup lagi, semua orang tak tahu ni mak Doo Hoon yang punya kerja. Padan muka mak dia last sekali masuk Jail. Do Hoon gak lah yang tinggalkan bapak Yoo Jung kat somewhere sampai mati orang tua tu. Orang tu dah lah sakit Dementia, sebabnya bapak dia cakap dia tau sapa yang drive kereta malam tu. Dalam kena uji seksa, MIn Hyuk ni macam ada centa ngan Yoo Jung, lama-lama jatuh cinta dorang berdua. Doo Hoon plakseboleh-boleh nak lari dari kesalahan…last-last masuk jail. Yang Min Hyuk kena kawen dengan kawan dia Shin Seon, tapi kejap je, shin Seon sebenarnya centa sama Doo Hoon… dia tunggu mamat tu keluar jail kot sbb last tu dia dapat poskad. Yang Min Hyuk plak ..finally cinta dia bersatu dengan Yoo Jung.

Hari Sukan Negara -Peringkat Negeri Selangor

Cerita Sabtu lepas… sempena Hari Sukan Negara, MGTF Selangor tidak ketinggalan jugak. Siap masuk Malaysian Book Record lagi. Bangga…bangga…

Pagi lagi dah sampai… pi makan kat IKEA dulu lepas tu baru pi eCurve. Kiterang jadi geng baju Hijau sebab sponsor pun warna hijau.

hsn-5

Ni masa pecah papan…kena pecah 2700 keping papan. Dari pelbagai lapisan umur. NI kat luar. Kat dalam ada anak-anak bawah umur 8 tahun. Awwww semua cute tau.hsn1

NI masa lepas habis event ke, sebelum…tak tau… I takde.. I think selepas, masa tu I tak masuk mana=mana kamera. pergi beratur kat Rock climbing. Si Rayyan  nak panjat batu. Abang  and kakak pun nak join. Tapi lama sangat menunggu, terus lost interest. Dia nak balik dah

hsn2

NI masa tengah bow. I kat atas rasanya. ikut suka mana nak duduk kan. Sebab kena jaga Rayyan. Dia tak suka duduk tengah panas.  Nak aircond.

hsn4

Haaa…. inilah buktinya. Semangat juang, semangat setiakawan, semangat kerjasama…

Oklah…. uolss nak tengok penuh tengok je video kat bawah. I nye…yang atas stage tudung pink… hehehehehe

Halal Steamboat @KoYo

Lagi sekali kami ke sini… sebelum nak ke sini, kereta kena drive bawak naik Feri. MAsa balik kami lalu jambatan plak. Untuk naik Feri, kena pergi ke Jettty lah. Al senang je, Kalau kat Samila Beach, taip je kat GPS tu cakap kat dia Ferry Pier ha … jumpa lah kat situ.Tak pun, baca posting lama, kat situ ada info

Naik Feri, kereta tamnang dia cuma 30BT je. passenger free. Kalau naik basikal rasanya 10BT . Rsanya lupalah… kena tengok tanda harga. Tapi hakikat tambang naik feri adalah sangat murah.

25

Tahun lepas pun kami ke sana jugak, Makan kat tempat sama. Bebudak lah …sebelum pergi lagi cakap nak makan kat Bakar-bakar tu. Nama kedai tak tau sbb kita tak reti baca u, tapi kedai makan dia tepi jalan besar, depan masjid. Kat situ banyak kereta park. Orang memang ramai. Jangan risau halal. Kang ada tanya halal tak makan situ.  Tuan punya kedai cakap kelate je ngan kiterang. Pelanggan dia pun orang tempatan dan banyak cakap kelate.

22

macam-macam ada, ada ayam, daging, seafood, fishball …macam -macam lah, sayur..dessert.

23apa lagi… masak lah kita kalau nak makan. I tukang makan…Ashraff pergi amik kat buffet area, then dia masak.
26

dia cuma guna dapur arang je. steady kan? patutlah makan murah.

20

Yang ni plak, buffet yang dah siap masak. Ada ikan steam, ulam, budu, kerabu kaki ayam terbaik. Masa sampai tu, kerabu tu dulu I cari. Senang  citer terlampau banyak choice of food, ha tengok je lah video ni.

21

Murah makan kat sini.  Tips nak makan tempat murah, Eat where Locals Eat. Tengok lah harga dia. Cuma harga dah naik lah dari tahun lepas, tapi masih murah.

24

Tengok total kiterang makan. berbaloi kan? Takdelah sampai beratus. Boleh refer kat  posting tahun lepas sebab ada GPS info untuk ke sana,