Author Archives: Yatie

Aidilfitri 2017

Rasanya masih belum terlambat untuk kami ucapkan Selamat HAri Raya Aidilfirti. Kali ni Raya pertama kat KL. PAgi-pagi pergi solat raya kat masjid depan rumah, then baru ke Tropicana ntuk beraya rumah SIL yang sulong sebab MIL beraya kat KL. Lepas menjamu selera juadah istimewa SIL n MIL, barulah kami berangkat ke KElantan. SIL made best lontong. Sedap. Berapa mangkuk tah makan sampai ke petang tak nak makan. MIL pulak buat nasi minyak, kurma kambing, kuah kacang dan rendang. I only eat kuah kacang je. Takleh nak masuk dah…perut rasa penuh. MEmang perut dah penuh pun. Now nak makan punkena portion kecik tapi kerap.

Pukul 12 baru bertolak ke Kelantan. Jem jugak lah jalan, sapa kata tak jem. Kat Bentong jem, sampai Kuala Krai pun jem.  Last sampai kampung pukul 8 malam tapi kami ada berhenti kat Gua Musang for solat n coffee break.

Inilah Gambar raya kami… tahun ni berlima..Insya Allah tahun depan berenam

Takde tema untuk baju raya. Cuma Ashraff n Papa je beli baju mElayu baru sebab dorang berubah saz kan. Afriena pakai baju tahun lepas yang baru pakai 2 kali kot. Me, Pakai jubah batik, tempah tahun lepah dah pakai 2 kali. Ni kira kali ke tiga lah. Rayyan pakai baju melayu Ashraff yang beli masa tahun 2011 kot. Pun pakai sekali dua. Takkan nak buang. sayang beli mahal-mahal.

Konsep kami senang je…

Jangan mintak duit raya ngan orang….. sebab Raya bukan pasal duit raya. 

Raya tak semestinya beli baju baru, lagipun baru je beli baju jenjalan tuk dorang. So dorang pun talak heran sbb baju raya cuma bertahan selama 2-3 jam je hahaha.

Duit upah puasa juga tidak diamalkan, takut nanti sampai ke tua buat apa pun nak kena upah. Masing-masing dah pandai pergi sekolah, belajar tentang syarat wajib berpuasa. Dos and Don’ts puasa 

Rayyan belum lagi berpuasa sebab dia masih kecil. Lagipun tak nak educate dia tentang puasa cuma tahan lapar dan dahaga.

uadaha puasa kami, ringkas, nasi lauk sayur..kalau rajin ada kuih dan mesti ada jus buah sebab masing-masing tak larat nak makan buah. tahun ni kami tak ke Bazaar. Bebudak pun tak request. Dorang prefer duduk rumah . Bagus untuk didik anak-anak berpuasa kena bersyukur yang kita masih ada rezeki untuk makan. Bila Rayyan yang tak puasa makan depan Ashraf n Afriena, dorang tak puas hati tapi saya cakap… Ashraff, Afriena… macam tu lah rasanya perasaan orang miskin bila tengok kita makan sedap tapi dia tak mampu. Alah Rayyan makan apa je depan dorang..sandwich je ataupun pasta or minum susu. Cuma dua kali je berbuka kat luar.. 2 malam terakhir sebab fridge dah kosong dan masa ni tak ramai orang dah

Malam raya berbuka kat IKEA. Ramai jugak orang masa ni. Suasana raya kat kampung lagi best lah. Hari last puasa, Rayyan cuba berpuasa, dia tak makan sampai pukul 4, lepas naik atas muka pucat..dia kata nak minum je. So minum susu jelah dia… senyap-senyap… good job

Macam tu jelah

Sekian

Resepi Salted Egg Crab

Jumaat lepas dah tak tau masak apa. Oleh kerana Man of the house berbuka kat hotel maka kami kat rumah pun nak makan kurlass sikit. So I pergi pasar beli Ketam dan Sotong. Sotong buat masak tomyam putih campur ketam sikit. Dan ketama dalam sekilo lebih buat Salted Egg Crab.

First time buat, senang je buat nye rupa. Dalam fridge ada telur masin yang siap rebus, kalau simpan lama-lama tak termakan plak. So Masak simple macam ni mesti bebudak suka. Hahahaha

Nak masak senang je

Bahan-bahan

  • Ketam 1kg – gaul dengan tepung jagung atau tepung kentucky dan goreng (saya guna tepung kentucky cap puas)
  • 3-4 biji telur masin yang dah direbus – dihancurkan (saya guna putih dan merah, jangan membazir)
  • 5-6 biji cili padi di racik halus- nak lagi pedas letak lah banyak
  • setangkai daun kari
  • 3 biji bawang putih -cincang halus
  • 2 biji bawang merah – hiris nipis
  • sedikit minyak
  • sesudu mentega
  • 1/2 cawan susu segar – nak guna susu cair takpe tapi kami takleh minum susu cair sakit perut

Cara-cara

  • panaskan minyak, letak mentega
  • bila mentega cair tumis bawang putih dan merah sampai bau harum satu rumah
  • masukkan cili padi dan daun kari
  • kacau samapai bertambah wangi 
  • lepas tu masukkan telur masin
  • kacau sampai berbuih
  • bila dah berbuih masukkan susu, kacau samapi pekat, kalau pekat sangat tambah lagi susu
  • lepas tu masukkan ketam dan kacau rata
  • Siap untuk dihidangkan.

Enak dimakan dengan nasi panas dan digandingkan dengan masakan berkuah seperti tomyam atau sup sayur. Saya tak tampah garam atau gula sbb telur masin tu dah ada rasa, gula tak payh sebab butter dan susu dah ada rasa tersendiri. NExt nak try masak Salted egg chicken plak.

 

Senang je buat kuih cara

First time buat kuih cara. acuan dia pun baru beli. Beli online kat 11 street. Senang je zaman sekarang semua beli online. Jadi puasa yang ke berapa hari eh, rasanya puasa ke tiga kot,Saya buat kuih cara. Resepi cari kat google. Ramuan senang je, ikut cawan. Saya buat cara manis dan cara berlauk. Selalu kalau beli kat PARAM, mesti sakit hati. Apa yang sakit hati? Kuih cara manis, selalu kena tak cukup manis..gula sikit.  Bukan nya nak gula setimbun tapi biarlah ada rasa. Kalau cara berlauk, lauknya sikit je. Dan paling rasa boleh buat puasa kurus adalah…kuih cara kurang masak. Mesti anda sekalian pernah mengalaminya sendiri kan? Harga tak paah cakap lah

Sebenarnya buat cara berlauk bukan nye pakai sekilo daging pun, saya buat secawan tepung dapat dalam 30biji bersamaan 15 pasang  cara berlauk, manakala untuk cara manis tak kira pulak sbb Rayyan kejap-kejap datang amik makan. Rasanya dalam 25 biji kot. Untuk cara berlauk, saya guna daging kisar semangkuk kecil je. Bila nak masukkan dalam cara tu, cuma muat setengah sudu je. SO bila makan, dua kali gigit memang puas hatilah sebab dapat rasa daging dia,dengan alunan rasa cili yang pedas manja dan segar daun sup. Boleh juga olah letak cheese dalam tu. No hal punya. 

Resepi kuih cara senang je. Nisbah gandum-air-santan sama

Bahan-bahan dia adalah

  • 1 cawan gandum
  • 1 cawan  air 
  • 1 cawan santan
  • 1 biji telur
  • 10 helai daun pandan (kalau buat cara manis) – blend dengan air sedikit, dari air secawan tadi
  • 1/2 sk serbuk kunyit (kalau buat cara berlauk
  • garam dalam 1/2 sudu – penting utk menaikkan rasa lemak

Cara 

blend semua bahan dan biarkan dalam 15 minit

Untuk inti daging

  • 1 mangkuk kecil daging
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 2 biji bawang merah – dadu kecil
  • 1 biji bawang putih – dadu kecil
  • 1 hiris halia-cincang lumat

Cara

tumis bawang dan halia..bila dah layu masukkan serbuk kari…tumis sampai pecah minyak dan masukkan daging. KEjap je masaknya. air daging kering , daging dah masak rasakan garam dan gula angkat dan sejukkan

Cara nak masak plak

panaskan acuan, sapukan minyak dalam acuan. Kalau banyak daun pandan, buatlah daun pandan macam berus untuk griskan acuan. Bau dia wangi. Bila dah panas, masukkan adunan dan letak inti (inti gula ataudaging) tutup acuan tu dengan tudung periuk. Nak tau macam mana dia masak, bila dah senang nak angkat tu masak lah dia. KAlau dia melekat maknanya belum masak. LAgi satu tips dia, bila cucuk lidi kat tengah kuih tu, kalau melekat maknanya belum msaak. JAngka masa masak untuk satu proses kejap je dalam 7-8 minit. ulang proses tu sampai habis.

Untuk cara berlauk, inti dia kena tambah lah dengan hirisan daun sup dan hirisan cili merah. Nak pedas, letak cili api. baru kaw. Untuk adunan secawan ni, cili merah saya cuma guna sebiji setengah je. Tak pedas dan anak-anak sangat suka. Kalau yang takde cili tu, saya gantikan dengan cheese khas untuk Rayyan.

So apa lagi cubalah…MAcam kami sekeluarga, tahan sampai ke sahur. Puas hati. Insya Allah nak buat lagi