Author Archives: Yatie

Makan dan makan lagi. @ Chili’s Bangsar

Ni Sabtu lepas punya story, baru dapar gambar. Masing-masing Sabtu bangun lambat (tidur balik selepas solat subuh), so perut lapar. Bila tanya nak makan apa, semua jawapan tak sehati sejiwa. Sorang nak makan pizza, sorang nak makan burger, sorang nak makan steak, sorang lagi tak tau nak makan apa. Actually I senang je, Kalau boleh I nak makan nasi dengan gulai kawah and ada budu. So, pikir punya pikir, Chilis la jawabnya. Terus shoot ke BSC. Dah lama tak ke sana. Dah banyak berubah. So sampai je kiterang order …

Ni Kheirul punya menu – LAMB SHOULDER*Grilled lamb shoulder with Chili’s special marinade. Served with mashed potatoes with black pepper gravy, seasonal veggies & garlic toast. Lamb dia sedap. juicy and tak liat.

Yang ni I punya – BIG MOUTH® BITES*Four savory mini beef burgers topped with beef bacon, cheese, sautéed onions and Ranch dressing on sesame seed buns. Served with crispy onion strings and jalapeño ranch dressing.

Ingatkan burger dia, kecik cute cute, rupanya besar gak. Kheirul yang kena tolong abiskan sebab I ada mash potato lagi share dengan Rayyan. Patties dia sedap cuma bab roti dia macam dry.

Mashed Potato yang disukai ramai. Semua makan sebab semua suka. Esp Rayyan and Ashraff

Ashraff all time favourite. Dia makan sorang habis. While Afriena,dia order macaroni n’ cheese. Sepinggan dia sorang makan n licin takde sebiji macaroni pun tinggal. Me and Kheirul minum Ice lemon Tea, Afriena Grape, Ashraff Apple juice. Semua free flow. And Rayyan minum air suam je… Lepas makan , kiterang tak order pun dessert sebab dah ada plan lain. Red Velvet cake beli kat kedai sebelah. Sedap giler RVC dia, lembut, moist and tak dry. Cream dia pun tak manis. Kids plak amik Creampuff. Lepas tu kiterang ke Maluri plak. :)

 

 

Hide n’ Seek

Pernah tak you all masa kekecik dulu main hide n’ seek? Atau dengan kata lain main sorok-sorok atau dalam bahasa kelantan main nnusuk. Dulu masa kekcik dulu I suka la main game ni. Main dengan anak-anak jiran. Selalu lepas asar gitu baru start main. Dalam pukul 5 kot sebab pukul 4.30 selalu ada citer kartun Transformer ,G.I Joe and citer Spiderman and friends. Kalau main sorok-sorok, port main sembunyi pelik-pelik. Ada yang sembunyi dalam jamban la, sembunyi atas pokok, sembunyi dalam semak, sembunyi dalam tong drum pun ada. Siap main tukar baju pun ada sbb bila tukar baju, yang tukang cari tersalah sebut nama, then dia kena stay jadikan.

Tapi dekat nak senja gitu, kena stop sebab orang – orang tua cakap nanti kena sorok ngan hantu kopek. hahahaha tapi sebenarnya betul gak, cuma bukan hantu kopek lah, kena sorok ngan jin. I sebenarnya nak citer pasal my kids. Dorang main Hide n’ Seek semalam.

As far as I remember, I belum ajar lagi main Hide n’ Seek. Tapi semalam budak bertiga ni main. Kelakar sebab yang tukang cari is Ashraff, siap kira sampai 50 ok. Lama tuh nak nak menyorok. Yang paling kelakar, Rayyan yang tak tahu apa, dorang suruh sembunyi, dia main sembunyi kat belakang abang dia je. Yang Afriena lagi best, datang tanya abang dia, nak sembunyi kat mana. Abang dia cakap sembunyi dalam bilik.

Boleh gitu. agaknya dorang tak paham konsep lagi ni or mungkin takde tempat nak sembunyi kot… Kids…

They always make me smile and ANGRY, like an Angry Bird.:)

Review: SKII Facial Treatment

Hi semua… now barula berkesempatan nak review pasal SKII. Punyalah membusy. Ingatkan masa cuti sekolah tak busy rupanya lagi busy. Semua nak kena attend. Tu tak masuk lagi bangun lambat. dah tuh semua tidur lambat. Dah namanya mak kan. selagi anak-anak tak tidur selagi tu mak dok menunggu.

Back to SKII, Saya suka sangat dengan product nih. Dulu kulit muka kalau kering, dia jadi sekering-keringnya and kalau berminyak memang sangat berminyak rasa macam kalau kikis minyak 40 hari 40 malam blh dapat sebotol .heheheh Dah lebih sebulan dah I pakai, rasa sangat beza dia. Kulit muka rasa lebih licin, kurang berkilat, pastu liang roma yang besar-besar (bekas jerawat masa remaja)dah mengecil. Tompok-tompok merah kat muka pun dah kurang. Ni semua rasanya sebab selalu berpanas kot. Tapi yang paling magic, jerawat, Kalau hari ni ada naik jerawatkan, esok jerawat tu kering dan hilang. Syokkkan.

Muka kalau berpanas pun dah kurang perit dah. I pakai cleanser, toner, essence and mask dia. Actually nak beli essence je, tapi masa tu ada promo, beli essence dapat cleanser+toner and mask. Then I beli lagi satu mask @RM47 dapat lagi satu set cleanser+toner and mask. Mask I pakai 2 minggu sekali, sayang you mahal tu nak pakai selalu. Mask dia kalau pakai, after bukak muka rasa fresh giler. Rasa macam segar sangat.

So now my SKII routine is:

Pagi dan malam

  1. cuci muka dengan cleanser
  2. toner
  3. essence
  4. then pakai moisturizer

 

Tapikan bab pagi routine selalu je lupa hehehehe.. Moisturizer still pakai yang lama sebab belum habis. Tengah pikir nak pakai same brand ke tak bila habis.