Author Archives: Yatie

Yang penting kerjasama :)

Semalam balik dari sekolah, bebudak tu lepak makan potato chips dulu sementara nak mandi keringkan peluh. Sekali masa makan, Rayyan tumpahkan chip habis crumbs berterabur atas lantai, terus Ashraff laju amik vacuum. Dia kalau kalau mama dia cakap nak vakum rumah,laju je dia amik and tolong vakum. So sekarang I main duduk and tunjuk mana nak kena vakum. hehehe harusla mengambil kesempatan. Rajinkan anak teruna saya. Slowly, dah nampak dia mula untuk bertanggungjawab. Setakat kapur kasut, angkat pinggan letak sinki,vakum rumah, buat air ribena bolehlah while Afriena plak, kalau suruh kemas sikit sikit dia oklah. Budak-budak ni jangan dipaksa nanti dia malas terus. Rayyan plak memang over rajin ..tengoklah

Takpe , vacuum tak bersambung pun boleh vakum… pretending ok. Masa ni kakak dia tengah mandi. Dia sibuk tolong abeng dia (read:ahbeng) . Sat lagi dia join tatak dia mandi plak. busy ok banyak benda nak buat.

gigh dia vacuum rumah…hahahah. Buat papa, sila-sila lah merajinkan diri macam anak-anak kita . sekali sekala kena tunjuk kerajinan ye.

Meet my handsome boy yang manja kededek…yang masih taknak lepas susu walau dah nak masuk dua tahun and yang makan banyak dan suka ikut orang cakap.

 

Exam Week!!!

Semalam baru I tau rupa-rupanya Sekolah Agama ada exam. Apa lah bebudak ni tak cakap ada exam. Ni mesti dorang tak nak mengadap buku kan.Atau apakah mungkin last weekend adalah 2 hari yang busy? Ye lah Sabtu lepas dorang adalah sekolah ganti, pagi tu siapkan homework dulu, pastu lepas sekolah cepat-cepat siap keluar sebab nak amik gambar untuk renew passport sekali ngan dinner . Esok paginya pukul 7.30 dah  keluar sebab nak pi renew passport semua orang. Hari ahad je lah ada masa je pun. PI buat kat Jalan Duta. Ok lah tapikan JAbatan Imegresen kat mana- mana sama je. Tak cukup friendly untuk kanak-kanak. Takde pun kaunter khas untuk kanak-kanak atau family with kids tapi kalau tempat lain tak tau la, pastu takde tempat lepak khas untuk kanak-kanak. mUngkin kalau ada special place macam playground, sure budak-budak  tak bosan terpekik sana-sini, melalak meraung. Ramai budak macam. Nasib baik Rayyan tak meraung cuma dia  suka berlari sana-sini. Tapi cafe dia best semua makanan ada, murah lak tuh

Berbalik pada exam, semalam masuk kereta e, cepat-cepat Ashraff capai buku Arab, cakap tadi ada exam, pastu tanya camana boleh buat ke,  dia konpiden je, yes I can do it, 100%. Hahah itulah Ashraff selalu je yakin boleh buat. I pun memang rasa dia boleh buat sebab dia dah yakin kan. Kalau dia takleh buat sure dia cakap, exam susah lah, ada  salah la…

Afriena plak, cakap macam tak konfiden, I can do it dengan nada yang mengada.Takpe tulisan jawi dan arab still baru untuk dia yang dah biasa dgn tulisan cina dan rumi. ANW, I just good luck to them je…

Singapore Fried Meehoon

Kalau cerita pasal mihun, I paling suka kalau makan mihun goreng. Tak kisah lah letak isi apa pun dalam tu asalkan mihun yang digoreng tak hancur, tak keras dan tak bau hapak. Bukan apa sesetengah mihun kalau digoreng ada yang bau hapak.Selalu kat rumah kalau masak mihun either buat  mihun goreng sempoi tak pun buat mihun goreng singapura. Satu lagi, kalau mihu sedap jugak buat mi siam. Suka sangat but too bad, kat dalam rumah ni takde peminat me siam. Takkan nak masak I sorang je makan. leceh le, masak penat-penat makan sorang sorang. Sedapnya.

Oh yang ni I nak  share resepi mihun singapura. Yang budak-budak suka la makan. Sebab warna-warni. Make sure buat mihun singapura mihun dia jangan kering, mesti lembab -lembab sikit baru rasa tak tercekik.

INGREDIENT

  • Mihun setengah paket – rendam dalam air
  • 10 ekor udang -buang kulit
  • 1 peket bebola ikan – potong 2
  • isi ayam – potong kecil
  • 1 ikat sayur sawi –
  • 1/2 batang carrot – potong panjang
  • 3 ulas bawang putih – cincang
  • sedikit minyak
  • garam dan lada putih secukup rasa
  • 1 sudu sos tiram

METHOD

  • Tumis bawang putih sampai layu
  • Masukkan isi ayam, kacau hingga masak
  • masukkan udang dan sos tiram, kacau hingga udang masak
  • Bila udang dah masak, letak sikit air dalam setengah cawan
  • masukkan bebola ikan dan carrot, kacau rata
  • Masukkan mihun , kacau hingga sebati
  • Masukkan sayur, rasakan garam dan lada putih
  • Kacau rata mihun masak dan sayur cukup layu
  • Dah masak , tutup api makan dengan cili jeruk.

Amacam senang tak???