Author Archives: Yatie

Weaning Off Process -susahnya :)

Kesimpulannya…memang susah esp bia anak dah besar. dulu masa wean off Afriena, seminggu gak lah kena tahan tak cukup tidur sebab dia nangis malam-malam. Sebab dia cuma minum botol kalau mama dia kerja je. Malam nak direct feed.  Itu masa Afriena, Rayyan is almost nightmare.

Selalu malam tak nangis, now nangis sebab nak directfeed. Kalau siang oklah, boleh  lagi pujuk. Cakap je pedas. Terus tak nak. Cuma malam nak tidur tu mesti peluk-peluk dapat aura baru tidur. Minum susu pakai botol or cawan now. Tapi satu botol 120ml pun tak habis. SO I top up dengan fresh milk yang abang n kakak dia minum. Rayyan ni jenis takkan minum apa yang orang tak minum so, I kena buat-buat minum susu dia gak. Frankly, memang penat layan budak yang baru nak wean off. He is so sensitive.And plus engorge, ouch!!

 

Pau Yik Mun, Tanjung Malim

Sejuknye pagi ni….nak bangun pun rasa malas. Ni kalau dapat pekena ubi kayu rebus dengan kopi O ni syok  gak ni.Tak pun pulut dengan kelapa dan ikan masin. Apa-apa pun itu hanyalah mimpi mana nak cari semua tuh, kalau kat kampung senang la.

Oklah meh nak citer pasal pau yik mun kat Tanjung Malim. Lepas makan mee udang, kiterang set GPS nak pi makan pau plak. Kira dinnerlah kan.Sampai sana dalam kul 8 lebih . ok lah…dinner time

Ni rupa kedai dia

Pergi sana apa lagi..order pau la kan. Pastu  Ashraff pelik sikit, pantang kat menu tulis lamb chop mesti nak order.

Order 3 bijik dulu, amik inti ayam, kaya and daging. Kaya dia sedap.

Ada cop halal… in case ada yang bertanya

lamb chop…kalau you pergi kena try ni sedap. Yang buat sedap adalah gravvy dia, sweet sour gravvy dengan caramelized onion and peas. Memang sedap and big portion. Pastu dia punya mash potato pun very creamy. Siap order mash potato satu bekas. Habis makan apa lagi… balik KL terus. Pena tak yah cakap lah pastu kenyang lagi sebab asyik makan je.

Lasagna, menu wajib

Last Sunday, selepas hari bergotong royong anak beranak, I made lasagna for lunch. Kat rumah ni, Pasta adalah makanan wajib yang kena masak seminggu sekali.Sebab semua suka makan.Kalau tak buat lasagna, kena buat macaroni n Cheese tak pun Bolognese Spaghetti.

 Masak satu bekas tu memang sekali makan. Memang takkan ada leftover.Nak buat lasagna senang je. Buat meat sauce, buat white sauce, ada lasagna dan cheese. Untuk cheese, I pakai mozzarela and cheddar cheese.Yang hijau tu I tabur parsley.One day nak try buat vege lasagna la pulak or mungkin vegetable casserole.

Ini rupa lasagna yang dah dipotong. untuk meats sauce, I lebihkan sayur, ada carrot, celery, mushroom and dice tomato. Memang time nilah nak paksa anak-anak makan sayur.

For those yang nak resepi bolehlah check kat resepi di sini.