Author Archives: Yatie

Ginilah gayanya kalau ada baby

Stok nappy mesti ada kat rumah. Tau jelah..harga nappy sekarang melampau mahal so, bila time ada promo je beli banyak-banyak.

Rayyan dah pakai saiz XL. Kitarang beli brand mana yang murah masa shopping.Rayyan ni jenis kulit sensitif, so brand ni jelah yang dia boleh pakai.Takut dah nak kasi brand lain, sbb dia pernah kena rash yang sangat teruk.

 

Baked Macaroni.. nak resepi tak?

 

Baru 2 hari sekolah dah buka. Idea nak masak takde. susahnya  kalau kehabisan idea nak masak. Nak masak apa ni? Nasi? nanti tak laku . bebudak ni tak nak makan. Kalau suap laju lah. Tapi takkan asala makan nasi je kena suap?? So, lepak-lepak pikir-pikir akhirnya, I buat makaroni bakar je lah. Senang. Rebus makaroni, buat sos daging, buat bechamel sos. Kali ni bechamel sos, I letak pinch of nutmeg. Rasa lagi lemak.

 

Ini lah rupa yang belum dibakar. I buat siap, siap simpan dulu kasi dia rest sebab budak-budak sampai rumah  pukul 6.30 kan, so elok dorang sampai, I pop in the makaroni dalam oven. So nanti masak boleh makan panas-panas. Dorang kalau nampak makanan macam ni, sukalah. I love you mama. Makan pun banyak. Masak sebekas ni, cukup 3 beradik makan.Memang senang nak kasi dorang kenyang.Ingatkan boleh simpan sikit untuk esok…hahah yelah dorang dah membesar makan pun banyak. Alasan, makan banyak sebab nak tinggi.

Ini rupa yang dah masak dan dipotong. I buat with less cheese. Rayyan makan bertambah. Macam orang tua punya portion dia makan. Ashraff and Afriena tak yah cakap memang suka sangat makanan ada keju, berlemak macam ni. Yang kaler hijau tu parsley. I tabur before nak bakar.

You all nak resepi ke?

INGREDIENT

  • 1/2 pack of makaroni
  • 300g daging kisar
  • 1 tin tomato kisar/diced
  • 10 biji cherry tomato – potong 4
  • 1/2 biji capsicum
  • 1 biji besar bawang kuning – dadu
  • 2 ulas bawang putih -dadu halus
  • 1 sudu kecil rempah bolognese – oregano, daun parsli,bay leave
  • 3 sudu mentega
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 gelas susu segar
  • 100g mozarella cheese yang telah diparut
  • 2 sudu minyak zaitun/jagung
  • sedikit air
  • garam dan lada hitam

METHOD

Sos Daging

  • panaskan minyak
  • tumiskan bawang putih sehingga layu
  • masukkan bawang besar
  • masak sehingga layu
  • selepas itu masukkan daging kisar, kacau sehingga masak
  • tambahkan tomato kisar , rempah dan sedikit air
  • rasakan dengan garam dan gula, letak tomato ceri dan capsicum
  • bila masak tutupkan api

Sos Putih

  • Cairkan mentega
  • masukan gandum, masak sehingga sedikit berbuih
  • selepas itu, masukkan susu segar, masak sehingga sedikit pekat di atas api yang kecil
  • letak secubit garam dan serbuk buah pala
  • bila pekat tutup api, masukkan sedikit keju

Cara melapis:

  • Lapis secara alternate  pasta, meat sauce, sos putih, pasta, meat sauce, sos putih.
  • Pastikan sos putih adalah yang paling atas.
  • Lepas tu taburkan cheese mozzarella atas sekali.
  • Bakar selama 25 minut atau sehingga perang keemasan

Note: boleh juga tabur cheese dalam setiap lapisan

 

 

KLEENEX HULURKAN BANTUAN PADA HARI PEMBERSIHAN TANGAN SEDUNIA

Sempena *Hari Kebersihan Tangan Sedunia, Kleenex® akan mengingatkan keluarga Malaysia tentang kepentingan  menjaga kebersihan tangan mereka melalui pendidikan, aktiviti dan pada masa yang sama memperkenalkan Tisu Lembab Pembersih  Tangan Nyahkuman multipek Kleenex® bertemakan Disney!

Begitu juga dengan saya, Semenjak dah ada anak ni, kesedaran untuk menjadi lebih bersih sangat menjadi-jadi. Yelah sapa nak anak-anak kita kotor lebih-lebih lagi tangan. Bila tangan kotor, mula lah merebak ke seluruh tubuh badan.Sebab tulah I memang menyediakan Wipes. Sememangnya digalakkan cuci dengan air, tapi kadang-kadang situasi dalam kereta ke takde air, wipes always helping.

Memang akan ada je wipes,

dalam beg,

dalam kereta,

dalam beg sekolah dan dalam bilik. Memang tersedia.

Anak saya 3 orang sangat suka mewarna. masa cuti hari tuh, kiterang buat projek mewarna. Konsep mewarna “MESSY”. Kita pakai pangkal sayur sawi, celup dalam warna dan stamp atas kertas. Selain tu, ada juga apakai tangan.

Biasalah kalau ahli seni yang comel menggunakan warna, habis comot tangan dan meja. Jadi Kleenex wipe adalah yang terbaik. Itu yang kita nampak yang kita tak nampak?

I adalah seorang yang sangat penggeli. So kalau nak pergi toilet awam, sangatlah susah.

Same thing to Afriena. Dia mesti nak bawak wipes sebab nak lap seat kat toilet, nak lap kepala paip… pelik kan Afriena. So kleenex is the best sebab Kleenex adalah tisu pembersih tangan nyah kuman atau Hand Sanitising Moist wipes yang boleh membunuh 99.9% kuman, bacteria dan flu virus.

Selain kat toilet, kuman juga boleh didapati di

  • Alat kawalan jauh TV
  • Telefon
  • Butang lif
  • Troli membeli belah
  • Eskalator
  • Papan kekunci komputer
  • Wang

eeiii seramnya. Nasib baik I bawak wipes. Semua main lap je.

Tisu Lembab Pembersih Tangan Nyahkuman Kleenex® bertemakan Disney (dalam bungkusan tiga pek) berharga RM6.90.  Hanya didapati untuk masa terhad, Kleenex® juga memberikan buku aktiviti dan botol minuman kanak-kanak yang menarik untuk setiap pembelian.

 

Untuk mendapatkan maklumat terkini dan mengetahui lebih lanjut tentang produk dan cara mengekalkan kebersihan tangan kita, sertai perbincangan dan aktiviti  menarik dan jadilah peminat pergerakan perkongsian Kleenex  Malaysia di http://www.facebook.com/Kleenex.Malaysia, atau hubungi  Talian Khidmat Pengguna Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas-tol) pada hari bekerja dari 9 pagi ke 5 petang.