Author Archives: Yatie

Pemenang Give Away : Sapa Nak Novel Adam & Hawa ?????

Tak ramai yang join ialah cuma novel je kan. sebijik je pun. I hantar kat my sis macam ni je, untuk mengelakan daripada bias.

 

P1
Saya nak Novel Adam & Hawa kerana saya tidak berpeluang utk menonton siri adam dan hawa di astro, dan jika saya dapat novel nie sekurang2 saya tahu jugak jalan ceritanya, bagi saya blog sawanila.com niie sudah cukup menarik, dengan entry2 yang sedia ada, lebih2 lagi mengenai cuti, Entry memasak dan resepi2 yg diberikan.

 

P2

Saya nak Novel Adam & Hawa kerana Kak Yati dah abis baca pun kan..Otherwise..susah benar nak cari kat luar sekarang ni..Kena order online..Dan..penat suda tgk citer tu kat TV..jalan citer mcm 20 minit..lebih 10 minit tu untuk dengar lagu Ct ngan tgk iklan..Lagipun..mesti novel lain benar ngan drama tu kan.

Erm..nak tgk Kak Yati update tentang masak2 dan tempat makan best..TQ

 

P3
saya nonton online je…
marathon untuk seminggu punya…
kuasa nak hadap setengah jam tuh…

 

P4
Saya nak novel Adam & Hawa sebab saya xsempat nk tgk cerita ni kat astro.tv dikonker anak2.n saya mmg suka kalo dpt hadiah a.k. a barang free..hihi

suggestion utk blog sawanila : adakan ruangan tips utk mendidik anak2..petua2 dlm mengekalkan kebahagiaan rumah tangga..i loikeee

 

P5
saya nak menang novel adam & hawa sbb sekarang ni saya memang tgh in love dengan Adam Mukhriz. Tiap2 minggu saya rayu kat husband saya tolong downloadkan cerita ni dari internet sampai husband saya naik menyampah. untuk mengelakkan dia jadi lebih menyampah, tolonglah bagi novel tu kat saya. sekian.

 

P6
Hi I’m your silent reader…Jarang komen..maybe tak pernah kot. But just try my luck for this …he..he..
Saya nak Novel Adam & Hawa kerana teruja dengan jalan cerita yang diwarwarkan tapi tak berkesempatan menonton TV kerana kekangan masa sebagai ibu yang bekerja.

 

Dan pemenangnye adalah …… P2.  iaitu Lynda. Email dah dihantar untuk delivery details since Friday, but no reply yet. Ingatlan boleh hantar on Saturday. Lynda nanti email details kar contact tu ye. Pada yang lain terima kasih, Insya’ Allah, akan ada ada lagi give away (bergantung pada rezeki). And thank you for your suggestion.

Sendiri Kentut, Sendiri Terperanjat

Inilah budak yang setia menemani mama dia menunggu kepulangan papa dia semalam. Biasalah hujung tahun camni, lambat lah balik papa dia dari kerja. Terlebih setia Rayyan menunggu sebab mama dia dah tido, dia tak tido-tido. Papa dia sampai pukul 2 pagi tengok dia dok main-main lagi. Geram betul ngan dia. Kita konyok-konyok dia. I dah tidur, telefon ada bunyi 2-3 kali takde pun dia kejut mama dia. Nasib baik I sedar, kalau tak, tido luar lah Encik Kheirul ye. Memang dia bawak kunci, tapi menjadi kebiasaan, pintu akan di selak dari dalam jugak. Nasib baik I ada mimpi bunyi telefon , mimpi citer kartun rupanya telepon betul bunyi.

Papa dia sampai je, papa dia amik ipad, cakap kat dia tido. I rasa masa nak tido iPad tu dah nyawa-nyawa ikan bateri, rupanya dia pi charge iPad tu. Lepas kena rampas iPad, nangis sambil peluk-peluk mama dia, terus tido. Ni gambar ni masa dia dok main-main atas katil, sekali dia terkentut, pastu dia terperanjat …Sendiri kentut sendiri terperanjat. Macam tu la Rayyan

Give Away : Sapa Nak Novel Adam & Hawa ?????

Sapa nak Novel Adam & Hawa??? cepattt free je. Kan sekarang tengah hangat citer tu? I bukan lah peminat novel, tapi sebab citer dia panjang sangat cam nyampah plak spent 1/2 hour just to dengar lagu la, or just tengok dorang SMS..mengalahkan sinetron indon or citer drama hindi or telenovela. Jalan citer best dah tapi BORING plak. So I beli buku baca, dah.. tgk pun forward je…

Sapa nak?? Kalau sapa nak email je kat SINI, cakap

Saya nak Novel Adam & Hawa kerana ____________________________ . Pastu berikan cadangan,posting apa yang menarik untuk dikongsi disini? pasal masak ke, nak ke? review ke? apa -apa je

Tak pun tulis je kat komen tu. Sapa yang mengayat paling best akan dipilih sebagai pemenang. Satu je pemenang ye. Pertandingan akan diadilli oleh adik saya Sidah.Tarikh tutup adalah pada hari Khamis 11.59pm , 8 Nov.

Ok  bye