Author Archives: Yatie

Ikan percik tanpa santan

DSC_5201

I masak Ikan selar bakar untuk Ashraff berpantang. yelah kalau buat bakar garam kunyit je, dia pun tak selera. So buatlah macam ni. Kiterang yang tak pantang pun join sekali. Sesapa yang tgh jaga badan pun boleh try resepi ni. Kalau dapat dapur arang lagi sedap ni buat percik.

INGREDIENTS

  • 4 ekor ikan selar
  • 7 ulas bawang merah – kisar
  • 2 ulas bwang putih -kisar
  • 1 inci halia- kisar
  • 2 btg serai – kisar
  • 1 tsp serbuk lada hitam
  • sedikit garam dan gula
  • asam keping
  • sedikit air

METHOD

  • masukkan bahan kisar dan asam keping bersama air
  • masak sehingga mendidih
  • rasakan dgn garam , gula dan serbuk lada hitam
  • sementara itu, bakar ikan sehingga 3/4 masak
  • bila 3/4 masak, lumurkan kuah percik semasa membakar, supaya kuah dia meresap dalam isi ikan.
  • bila dah masak, hidang dengan baki kuah percik.

Burger untuk Orang Pantang

Habislah kena basuh kalau orang dengar orang berpantang pun makan burger…. Tak sampai hati tengok Ashraff makan nasi je hari-hari. Dah lah dia jenis tak berapa makan nasikan. So , I cakaplah kat Kheirul…bolehtak kalau kita kasi burger kat dia? Maka, kiterang pun buatlah analysis kat burger tu, apa yang tak boleh makan dalam burger tu. heheheh boleh je..janji burger tu buat sendiri. BErpantang ni sebenarnya mitos je kalau dalam medical term…tapi I senang..janji tak gatal, tak berminyak tak sejuk, boleh je makan.

So 2 hari gak lah dia makan burger.  1 biji setengah for dinner, 1/2 for breakfast (dia cakap nak simpan separuh untuk breakfast) dan tengah hari pun burger. I buat burger tu tak letak pun telur cuma lebihkan bread crumb and black pepper. Cheese boleh makan kan sebab susu, so Cheese burger for him with salad. Dia makan je salad sebab I cakap kena makan banyak sayur kalau nak cepat baik. Nampak tempat berjahit tu pun dah kering. Alhamdulillah.

161220121195

I know some people sangat strict pantang, ada yang cuma kasi makan nasi dengan ikan bakar je, no sayur and all. I tak boleh macam tu, makan kena ada variasi, so baru ada nutrisi untuk cepat sembuh luka.Buah pun dia makan.Tapi masing-masing punya pertimbanganla kan. I buat ikut logik je sambil amik tahu apa yang alegik semua tuh.

161220121197

Ok lah ni resepi cheese buger untuk orang berpantang

INGREDIENTS

  • 500g daging kisar
  • parsley dan oregano
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 1/2 sudu ground mustard
  • lada hitam dan garam secukup rasa

METHOD

  • Campur semua bahan diatas dan gaul sebati.
  • bentukan bahan tadi menjadi leper seperti burger
  • Pastu simpan dalam freezer dalam 1 jam supaya bila bakar dia tak hancur.
  • Grill burger dgn sedikit minyak
  • Sedia untuk dihidang dengan roti burger, cheese dan salad

Jaga Orang Sunat berpantang

Hari ni hari ketiga Ahsraff berpantang. Hari pertama je, baring atas katil, hari kedua dah lepak luar, main main dgn adik-adik. Hari ketiga dia mintak nak mandi  dah. terpaksa lah balut birdy dia dgn plastik sbb dia nak membuang air besar.Pastu mandi siap bersabun. lepas mandi lap kering then I suruh ngadap kipas, sbb bila offer blow dry dia tak nak.

Semalam papa dia check , dia kata nampak dah ok,Macam nak kering kot.I boleh tengokkan tapi jgn lebih 5 minit, pastu mula I rasa hilang selera makan. hahaha. patutlah cikgu suruh masuk kelas arab walaupun I insist nak masuk kelas sains sbb I takut darah rupanya.

Bab makan … kan Ashraff ni susah, memilih makan, so kena tanya nak makan apa.Kat klinik dah tanya doktor , apa yang boleh/tak boleh di makan? dia cakap in medical term, there no such pantang, makan je . ye ke? tapi sbb dah biasa berpantang, so senang la bab makan ni. Dah tau apa yg dia alergic, apa yang tak leh makan, so pantang cara moden la. jangan kasi benda yang gatal, berminyak and sejuk. So far menu untuk Ashraff pantang adalah, sup ikan merah, ikan selar bakar, sup sayur, bubur nasi, sup ayam . Makan pagi mesti toast. Ubat dia senang makan, siap remind jap lagi kena makan ubat.Output

Ni dok tanya lagi bila boleh makan lasagna. pujuk dia dengan sup ikan. penat papa dia pi pasar malam hari cari ikan fresh.