Author Archives: Yatie

Sarapan Best @ Kelate Corner

Dah dua har dok makan makan nasi pepagi ni… haih makin naiklah badan ni. Semalam I makan nasi dagang, hari ni plak nasi kerabu. Kheirul plak, Nasi lemak. Dia cakap lagi sedap dari tempat biasa makan. Selama ni I dok hantar anak pergi sekolah selalu on the balik mesti nampak kereta banyak berhenti beli breakfast. Semalam lah terbuka pintu hati untuk beli breakfast kat situ. Sekali singgah walawei…banyaknye makanan..dan semuanye kelate mari. Ada nasi dagang, nasi kerabu, nasi berlauk, laksam, nasi lemak, kuih muih kelate. Haih telan air tengok dengan bau dia yang menyelerakan. Semalam masa pergi cakap orang KL, tapi rasa macam tak mesra terus tukar lidah kecek kelate… terus layanan vip. Automatically… terus mesra. Biasalah orang kelate… kalau jumpa kat mana-mana memang akan jadi mesra.

240520131373

Inilah gerai Kelate Corner tu. Location dia kat Kg Dato’ Abu Bakar Baginda. Tepi jalan je… kalau dari bandar baru bangi nak ke Silk Highway mesti nampak.

240520131376

Ni antara kuih yang dijual. macam-macam akok pun ada tapi sebab ni kuih Rayyan yang suka, kena beli. Nampak tak kuih yang warna perang dan putih tu? Itulah Pulut Sekaya Telor. Dia macam Seri Muka tapi atas dia adalah dari telur semata-mata. Selalu kalau beli kat pasar malam ke, orang banyak guna telur ayam, tapi yang ni telur itik. Itu yang buat special. Kalau pakai telur itik tekstur kaya dia kenyal sikit.Kena plak manis nnisey (gula melaka/gula kabung what ever you call). Harga dia RM2 satu. Memang acceptable harga dia sbb telur itik mahal

240520131378

Ni gulai ayam. Kheirul cakap sedap giler. Gulai Ayam kelate style memang cair sikit tapi memang sedap. cukup rempah. Ni kalau lauk ni boleh dipadankan dgn nasi dagang, nasi belauk, nasi lemak… you name it !


240520131380

 

Kheirul memang takleh lari nasi lemak. Bila nak start kurus bang oi!!!. Set ni harga dia RM4.50. Ada tengkuk ayam, kepak dan kaki. Cakap je nok kopeh aye…Tengok cara dorang bungkuks, memang bukan jenis kedekut

240520131379Ni nasi kerabu. Ada kuah tumis, budu, sambal , sambal nyo (kelapa) telur masin , lada solok dan kerabu yang banyak. Alhamdulillah kenyang. Rasanya sampai ke petang dah ni. Penuh bekas. Harga dia RM4. For me , murah lah harga dia. Lada solok tu kalau guna cili yang biasa kat kelantan.. lada albino tu lagi sedap. Ni nak kena belajar buat solok lada dari Mak atau MIL ni. I memang, kalau nampak nasi dagang, nasi kerabu memang nak kena beli.  hehehe. Semalam nasi dagang dia sedap kena plak dengan gulai ikan tongkol perghhhhh terangkat babe.

Location Kelate Corner

kelate corner

 

Nak jugak pergi camping, and ipod?

Next week dah nak start cuti, tapi kiterang tak kemana  sebab Ashraff dan Afriena ada aktiviti. Sekolah dorang ada buat Kem Motivasi dan Jati Diri. Ashraff excited sangat sebab dia ingat dapat tido dalam khemah. Ialah tu, cikgu nak kasi khemah. Dorang kena tido dalam chalet. Weekend ni kena lah mencari sikit barang keperluan, seluar Pj , kain pelikat. Afriena plak tetiba buat pengumuman, darjah dua boleh pergi.

Heheheh, tengok kat buku memo, takde plak cakap boleh pergi… semalam masa jumpa cikgu cikgu dia cakap Afriena boleh pergi… oh patutlah dia cakap boleh pergi. Sembang ngan cikgu dia, boleh ke cikgu dia pergi? bangun pagi pun leladang nangis, nak berak pun kena cakap, nak makan pun boleh nak nangis. Cikgu dia cakap takpe. Papa dia plak..takpe biarlah dia berdikari. Nanti kita pergi la melawat. Ashraff nampak steady tapi Afriena lah.

Excited punya pasal…dia ajak mama dia pergi beli tudung. Nak kena pakai tudung kat sana. Nampaknya kena pi Jalan TAR lah nanti. haih mesti serabut dengan orang ni.Next week tinggal bertiga je lah kiterang. sure masak pun macam malas nanti.

ipod

 

terjumpa ipod lama. Ni kira my first ipod la ni. Company kasi. Masa kerja dulu memang every end of year, kiterang akan dapat hadiah. Ada ipod, e-photo album, samsonite bag, vouchers and so on. Best kan? Ipod ni masa tahun 2006 rasanya, sbb 2005 company baru bukak kat SEA, and I was one of them yang set up the company. Masa tu penat, stress tak yah citer lah..Ipod ni takleh pakai dah kot ke kena tukar baterry…banyak lagu dalam ni. Ashraff yang banyak pakai masa kecik dulu dengan lagu nak suruh dia diam :)

 

Nasi ,Kicap, Telur, Sirap…….

Menu wajib time belajar dulu. Masa tu, kalau mampu masak lauk sedap… sedaplah lauk dia. Tapi time takde duit, Nasi telur dan kicap jelah. Tapi kalau dah kering tu, mungkin maggi atau roti canai je lah.Makan roti canai sekeping untuk malam boleh kenyang tau. Anyway bukan nak citer pasal zaman study, ni nak citer pasal Rayyan.

Lauk kegemaran Rayyan ialah telur. Telur goreng mata kerbau. Hari-hari nak lauk ni sampai I rasa muak sangat. Nak makan telur pun tak lalu dah.  Selalu I, kalau telur goreng, yang putih je I makan. Yang kuning kasi Ashraff, takpun Kheirul. Sekarang tak payah kasi orang lain, kasi Rayyan je. Masaklah lauk apa pun, nak jugak Nasi kicap telur..pastu kat belakang tu ada sambungan…air sirap.  Kalau I cakap telur habis terus nangis, sambil tunjuk peti sejuk. Kena jugak oreng telur. Orang lain takleh goreng telur… mesti mama dia jugak. Siap cakap papa no.. mama asyak eyur… (read:mama masak telur). Sabar je lah… naik bosan hari-hari suap nasi lauk telur dengan kicap. Risau sbb dia tak makan sayur, so I ganti sayur dengan buah like buah oren, epal, mango.. Nasib baik dia pecinta buah-buahan. Tak kisah buah tu masam ke tak dia akan makan.Bilalah nak habis demam Nasi kicap telur…sirap ni

Dulu suka sangat makan telur mata kerbau dgn tomyam tapi sekarang takleh dah…muak dah. Kalau nak makan telur mesti telur dadar, letak bawang, letak cili yummy… Yang tu I ngan Kheirul la kot. Ashraff sejak sekolah baru ni, dah pandai makan kari. Afriena still macam dulu. Nasi sayur je. kurus je tengok dia. Dah kasi makan vitamin camtu gak makan tetap memilih. Dia banyak makan roti, biskut je. Tapi kalu kena burger tak pn suap banyak plak dia makan.