Author Archives: Yatie

Coconut Shake Klebang

Sapa pergi Melaka kena rasa …Kiterang beli sorang satu , tak nak share hahaha.

Rasa lemak berkrim. Ada ice vanila kat atas tu. Kacau kasi campur dgn shake tu lagi lemak berkrim

minum plak masa hari panas… minum masa jerebu tak best

Ada nasi lemak cinonet. Afriena makan 2 setengah, lagi setengah tu dia amik mama dia punya. Sedap lemak , sambal dia pun kena dgn nasi. I makan sikit sebab terasa dirini gemuk.pastu makan benda lain

Makan 2 setengah ketul cucur geragau. Oklah tapi I still tak jumpa geragau fresh sbb nak buat cucur geragau kat rumah. Yang berbungkus tu sagu..Cucur tu, Ashraff pun makan sama.

mi goreng kosong… Ashraff punya. Rayyan tak nak makan sbb dia dok fokus ngan coconut shake

Not bad harga dia. Sure tokey coconut shake untung besar hari tu..mana tak nya berpuluh buah kereta pergi..konvoi kata kan. Pastu ada few motor besar plak..

 

River Cruise, Melaka

Hari kedua bebudak tak sekolah. Semalam pukul 10, Cikgu Besar whatsapps tanya setuju tak kalau sekolah tutup? So parents semua setuju maka 2 hari tutup dan exam ditunda.  Pagi tadi baru cakap kat bebudak ni, sambung tido la dorang. Sepatutnya kementerian buat pengumuman, sekolah tutup tak payah nak tunggu pukul berapa. 2-3 hari tak sekolah tak rugi mana pun , tapi amat susah kalau anak sakit 2-3 minggu sebab jerebu.

BTW, meh nak cerita pasal river sruise kat Melaka. Mula-mula macam tak nak lah nak river cruise ni, tapi bebudak nak sangat. So kiterang buat syarat, kena siapkan homework. Tak siap homework no rivercruise. Makanya kat rumah my adik, samapi je, main-main kat luar dgn sepupu,tengok kucing , makan nasi terus buat homework. Sepupu dorang , Airin namanya pun sibuk homework walaupun takde homework. Lepas buat homework baru sambung main. Semangat tu nak naik river cruise. So lepas makan ikan bakar, terus ke river cruise.  Dapat diskaun lagi tuh :)

dalam boat dah. Rayyan taknak dok tengah dia nak dok tepi. Dia kan taiko…

Cantikkan pemandangan dia. Kedalaman air adalah 14 meter. Sapa berani berenang ke seberang boleh. Tapi air dia busuk.

lawa lampu-lampu dia

lagi gambar

Bebudak cakap nak naik ni… malas lah nak beratur. Hari dah malam, jerebu makin tebal, mata makin ngantuk

Apalah yang I terpegun tukan? Rayyan tu bukan ngantuk, dia tgh sakit perut nak melabur hahahah

Kafe Batu Keras…ohh tepi sungai rupanya

Ni kat hujung, boat nak pusing balik

Lawakan…

Harga tiket rasanya RM10 dewasa, RM5 budak. You all cek lah ye. Lama gak dalam tu dalam 30 min kot. Sempatlah Rayyan bisik..mama bb terak (read: Mama, baby berak) . sorrylah diakan pelat. hahaha. Nasib baik tak bau sangat sbb bau air sungai lagi kuat. Nasib lagi baik bila pi toilet, toilet dia bersih. Ashraff dgn Afriena puas hatilah dapat pergi naik ni.Sapa nak pergi cruising, sila pergi malam lawa boleh tengok lampu. Haih teringat masa kat Utrecht :)

Muzium Kapal Selam, Melaka

Kuat betul jerebu kat Melaka semalam. Semalam dan Sabtu kiterang pi Melaka konvoi geng Toyota Wish. Tujuan nye makan ikan bakar, tapi rasa macam banyak plak makan. Coconut Shake Klebang, Kuih Keria Lumbongan, sempat plak merasa naik kapal selam, naik river cruise. Bebudak la yang sangat excited. Meh kite layan gambar

Tengok lah jerebu yang teruk semalam, memang pakai mask je lah. Memang dasar pentingkan diri sendiri indon ni, bakar hutan . Kalau yang tak tahu..ada ayat yang menyatakan Larangan melakukan kerosakan di muka bumi.

Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi  sesudah (Allah) menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan bedoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak  di terima) danjuga perasaan terlalu mengharapkan  (supaya dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang  yang memperbaiki amalanya. Ayat 56, Surah Al -A’raf

Islam bukan setakat solat dan menutup aurat tapi merangkumi cara hidup, akhlak kita. Sekian ceramah saya. Sekadar nak mengingatkan. Kesian kat bebudak bila batuk-batuk, pedih mata. Orang tua pun merasa gak tau.

Oklah back to kapal selam…Tak tau plak ada kapal selam atas darat ni  hahaha..dapat lah masuk dalam tu

Ni rupa kapal selam ye

Kat bawah – information centre

Kena naik tangga

Bilik kawalan

Ingat orang betul dah tadi

Dalam kapal selam – sempit je kan

Bilik tidur

katil untuk tidur, sempit kalau ngigau ni kena beringat takut terhantuk kepala

Lagi tempat tidur

Dapur yang sempit, apa lah yang boleh dimasak. tengok dapur je seram teringat Foodie Face off AFC nanti

Afriena je nak bergambar. Tengok Rayyan mana baju and mask dia?? Rayyan tu dari melaka sampai pagi ni tak berbaju dia. safe duit beli baju kat US . Tak yah beli untuk dia, beli untuk Afriena yang suka tukar baju. Best masuk kapal selam nak nak udara dalam kapal selam tu sangat segar.tu jelah gambar yang mampu sbb nak pegang beg, nak pegang camera, nak pegang walkie talkie lagi..rakit 1 kepada rakit 2 hahaha . Itulah adat orang konvoi.Nasib baik Afriena tolong pegang kasut sbb nak masuk dalam kena bukak kasut. Ha harga tiket ialah RM1 sorang tapi kiterang free :)

Nak cek

STATUS BACAAN INDEK PENCEMARAN UDARA

boleh click sini http://www.nre.gov.my/malay/pages/IPU.aspx