Author Archives: Yatie

FINAL AFC FOODIE FACE-OFF 2013 KUALA LUMPUR!

Date: Saturday, 29th June 2013

Time: 10.30am – 7.00pm

Venue : The Cooking House
CIMG0979
OKay…finally , dapat masa untuk update. Ini kalilah punya event,My beloved photographer not with me. He was with 3 kids at home makan pizza and sleep. Since event ni ada recording, ada baiknya anak-anak dok rumah takut bising and menganggu lagipun event lama sangat nanti boring. So , pagi tu keluar takdelah awal sangat dalam pukul 9, sebab nak pi makan dulu. Sampai je, I pergi register dulu then pergi breakfast. Haih tak suka betul kalau pi makan, tapi orang lambat nak serve. Old Town Coffee,dah tunjuk kat menu apa yang ada but still lambat. Sepatutnya, dorang dah ada plan , since makanan ni jadi menu breakfast makan cepat-cepatlah standbykan.

CIMG0978

 my apron

Lepas makan, naik atas kejap ngan bebudak, ingat boleh lepak ngan suami dulu tapi Ashraff n Afriena dah buat macam rumah sendiri, apa lagi suruh dorang balik je. Bising nanti orang marah. Since I dah register dan dah dapat apron tadi, maka kami lepak je. I cuma kena Falihin, so lepak dgn dia. Tapi ada few finalist yg mula jadi kawan. Rose , Irfan, Shoba ,kak Nazura , Chef Arm dan lagi dan lagi. Selain finalist warganegara Malaysia, ada jugak finalist warganegara luar. Ada dari India, Palestine dan Iraq. Dorang ni permastautin kat Malaysia. Best kawan ngan dorang, banyak yang boleh belajar. Sempat tanya resepi jugak.

CIMG0987

 Sempat bergambar dengan Anis Nabilah..kecik molekje dia. Dia kata kita sama size, yelah tu

Lepas masuk check tengok bahan-bahan resepi, then sambung lepak sebab I dalam group 2. Masa group 1 masak I join contest kat luar dapat hadiah, pen, notebook and Spa soap. Sedap bau sabun tu dah pakai pun untuk mandi. Nasib baik suami memahami, Dalam bilik mandi ada 3-4 jenis sabun mandi samada buku atau cecair.

CIMG0981

 Dorang buat game..tak nak kasi orang boring

CIMG0980

sambil menunggu sambil makan

Tiba turn I masak, ada gak rasa debaran dia tapi the excitement tak sangat memberangsangkan sbb kita dah tau nak masak apa dan ingredient dah disediakan. For me, tidak sangat mencabar compare dgn Masterchef dulu. Lagipun ada jugak finalist yang bawak makanan yang dimasak di rumah… #ehyeke? I pun tak tahu sapa, just dengar orang sok sek sok sek je. And ramai finalist yang ada culinary based. Wow… next time buat event macam ni kena buat mystery box, baru orang puas hati.  So I masak apa? I masak Mee Kari je. Senang malas nak fikir masak apa sebab, dapat email pun dah petang khamis, nak test masak pun tak sempat sebab on that weekend, I pergi Melaka dan on Monday itself dah kena submit ingredient.

CIMG0988

 bahan-bahan untuk masak mee kari

Lepas masak dah present, lega rasanya walaupun Chef Shearson cakap kurang masin. Mak aih.. I dah rasa masin sbb dah letak garam, ada udang kering,ada sambal tumis. Tapi takpe sbb masak-memasak, rasa-merasa sangat subjektif. Setiap orang ada pandangan yang berbeza. Anis kata sedap, tapi kalau ada asam limau lagi sedap. So lepas habis judging, letak je kat luar tu.. memang habis dimakan . Dorang kata ok, ada yang kata, kenapa tak buang kepala udang… well ada kepala udang kat lawa, lagipun dah siap trim dah. Sorang je lah cakap camtu, yang lain kata sedap , cukup garam. :) Itulah lain lidah lain rasa..

CIMG0990

 Ni dish yang orang Palestine masak. menarik kan dan sedap

CIMG0993

Ni dish orang yang menang. cute kan ketupat dia. Dia rebus ketupat kat rumah and bawak ..

Dah habis group 1, group 2 kembali memasak, kali ni guna kellogs cornflakes. Macam-macam resepi yang I jumpa. Kali ni banyak dessert. Ada biskut raya, pavlova, tote, chocolate, hish macam-macam lah..yang buat savoury pun ada. Paling unik dari Iraq, masak campur mashmallow dan sifalihin  yang guna tempe. I kan suka tempe emm apa lagi.Habis group 1, group 2 plak masak… I buat Mac n Cheese with mince beef curry and grape with goat cheese coated with pistachio n cornflakes. Kelam kabut masak nak cepat semua orang dah penant nak balik je kan. Habis masak, present.. Judge kata, sedap Mac n Cheese..memang sedap kena dengan rasa curry and cheese . Shearson cakap,kena ada rasa garam lagi. Mak aih sudah masin sbb kalau I masak Mac n Cheese, I’ll always make sure my Mac n Cheese not undersalt. Anis cakap sedap cukup rasa and she ok with it .. sambil pandang Shearson (dia cakap kat Shearson). And The grape? walaupun susah nak buat, but they like it. unik and good combination manis, rasa goat cheese dan crunchy. ANW, Mac n Cheese habis, rugi I tak bake 4 , at least boleh orang rasa. heheheh #perasan

Dah habis semua, tunggu masa nak annouce je. Yang I ingat dan dengar, Pemenang dia ialah Connie Chew. Yang lain tak berapa dengar sebab bising and I was at the back. Settle bagi hadiah,terus balik. Masa tu sangat lapar so tak sempat nak bye bye semua orang. Tapi walaubagaimanapun, event hari tu best, sebab macam me-time je, lepak-lepak dgn orang-orang yang baru kita kenal tapi macam mesra like Rose, Irfan and kakaks , Falihin, Shoba dan ramai lagi. I am looking forward to this kind of event. Bukan hadiah yang kita mau tapi experience.
CIMG0995

 

Ini goodie bag yang sangat best. Minyak masak tu tahan lah 2-3 bulan, marjerin tu adalah nanti I mengerjakan buat cake and paling best kuali tefal.

Walaupun kat rumah memang guna barangan tefal, tapi kami laki bini tetap jakun menggunakannya :) Anyway, Thank you AFC for the oppurtunity, Thank you to all my friends yang vote , Thank you husband and kids for your support and Thank You The Cooking House yang menyediakan tempat sembahyang and for your friendliness. Mungkin you all tertanya mana dish saya? hahaha rupanya I tak amik pun gambar dia, I dah mintak dengan AFC, so nanti dah dapat I tunjukkan gambar dia and siap resepi sekali ok. Insya’ Allah

 

 

Ikan Bakar Alaa Kasim

Kita tengok gambar je…

Udang Bakar- manis udang dgn rasa bawang putih sedap sangat

Ikan bakar yang rasa manis sbb daging fresh. Walaupun presentation dia out, tapi rasa sedap

Nasi lemak…Afriena makan 2 bungkus, Ashraff makan sotong celup tepung je, Rayyan??? dia tido. Penat, mana tak penat dok main bola je.

Ok lah…benda ni kalau tak fresh cepat je rasa. I rasa tak berapa fresh so makan sikit.

Yang ni paling sedap. Patut banya dia letak atass meja. Ada ikan masak rasa tapi I makan secubit je, sbb rasa kenyang sangat. Overall makan sini sedap. Bab bayar  saya tak tau sbb dah buat collection awal-awal lagi.

Sekian

 

Makan banyak betul kat Melaka

I kan dalam proses nak kurus tapi tak jugak kurus. Cara kurus saya, saya kurangkan makan. Kalau dulu makan bertambah sekarang makan sesenduk nasi. Kalau dulu lauk banyak goreng, sekarang banyak kukus atau bakar. Tapi berat tak jugak turun.Maka kena start workout. Dah beli kasut punya jauh dari US macamkan kat Malaysia takde untuk jogging, sekali jerebu kena cancel. Jadi kena workout kat rumah. Tapi tunggu bebudak sekolah balik. Hari ni still sekolah tutup sebab kalau ramai orang kat rumah peluang untuk bersenam takde. Asyik kat dapur melayan dorang makan je. Patutlah orang tua cakap, pempuan belajar tinggi mana pun, dok kat dapur jugak.

Ok lah ni ha nak cite kat Melaka hari tu ..asyik makan je kerja nya. sampai Melaka je terus ke GErai Laksa Limbungan. Aih sedap jugak laksa dia..tapi kalau nak compare kat Pasar Malam Taman Tun, Yang kat Taman Tun lagi sedap. Kuah pekat Likat. Sapa nak pi, pi awal nanti laksa dia habis. Cari brother yang jual laksa pakai motor. Tapi kat Limbongan ni, kuih keria dia first class. Gemuk, gebu, montel, manis macam ubi keledek je. ohhh kuih nak gemuk gebu, badan nak slim je kan???

50 posen satu..besar dan puas hati makan. Siap tapau. Dia tak macam yang biasa kita makan macam kenyal yang ni macam keledek je. I makan 1 setengah..sbb setengah tu tolong perabih anak punya.

Kuih kasturi..ala inti kacang hijau celup tepung ut. I panggil kui kasturi orang lain tak tahu panggil apa. Itu yang mak kita ajar.Rangup diluar lembut didalam

Yang ni I suka.. lembut je. Inti kacang. Makan setengah je… tengok minyak tu

Tengok budak ni..geram je. Dia tiru memek muka papa dia. Yang Ashraff makan tu bakso. Lately Ashraff makan banyak. Lauk feveret kari yang dulu tu..nampak kari je takut nak makan. Tapi sejak sekolah baru ni, makan dah tak memilih. Alhamdulillah…Afriena pun sama. Nampak dah boleh makan sambal. tapi still kalau tak nak lauk makan nasi dgn sayur je. Sayur pun memilih.brokoli, carrot, cauliflower. Yang Rayyan plak..nampak carrot terus tak nak makan. Satu kerja kena asingkan. Pastu cam mana mama nak masak ni???Pastu pi rumah adik..wife buat kari kepala ikan ..sedap gila. Ada kari kepala ikan, ikan n ayam goreng untuk bebudak, sayur campur, ulam petai celur dgn budu n sirap selasih.  Tengok petai tu berselera je tapi makan..esok terus dok dalam toilet. Memang itulah saya. Makan petai esok bertapa dalam toilet. Lepas makan nasi lepak kejap sambung makan durian plak… adehhh.

Lelaki macho pujaan hati saya tgh kopek durian. Alamak… pakai parang ye bang? tau tak bini awak ni kopek durian pakai kayu pun boleh??Durian ni my bro beli ngan patient dia katanya. Pi rumah beli durian..

Isi takdelah lawa mana tapi boleh buat lepas gian. Thank you Yie belanja makan durian walaupun busy dua dua hari tu. Anak dia lagi suka durian. Dia kata bukan anak je, kucing dia pun suka makan durian.

Irin Afrina.. apa bikin dalam “semak” tuh? Lepas makan durian kiterang keluar untuk ke Medan Ikan Bakar Alai. Makan kat Ikan Bakar Alaa Kasim. Makan lagi adehhh..Nanti kite sambung ye