Author Archives: Yatie

Mamat Sweater

sweater1

Alkisahnya bermula bila kiterang keluar sahur. Pi McD kat rumah je pun. Sbb bulan ni takde makan luar lagi. So bebudak nak makan McD. So keluar pepagi pukul 3.30 sangat la sejuk. Semua pakai jaket konon. So Rayyan tak ketinggalan. Dia pun nak pakai jaket. Itu takpe lagi. Balik rumah tidobangun tido… nak pakai jugak jaket.

sweater2

Imagine, tengah hari buta dok pakai jaket, sampaikan nak keluar rumah yang panas berdenting pun pakai jaket. Bukan takat tu, pi masjid, dah pakai pyjama pun still sarung jaket. Bila cakap tak payah lah pakai jaket panas… Dia cakap noooo… bb juk (read: baby sejuk) dengan nada yang sangat lemah sbb sejuk sangatkan. Ye sampai dalam masjid, kena aircond terus tido. Balik rumah dah baring atas katil, kasi betul tido nyenyak baru boleh bukak jaket tu. Berpeluh la jugak pakai jaket tu. Tapi itulah Rayyan , kalau dah suka satu benda

Resepi Roti Canai (step by step)

roti canai

Bahan-bahan

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 3 sudu susu tepung
  • secubit garam
  • semangkuk air sejuk (air peti sejuk)
  • Minyak sapi secukupnya

Cara – cara

  • campurkan susu ,telur dan air sejuk bersama garam
  • Masukkan gandum kedalam bekas adunan
  • Masukkan air dan mulakan proses menguli.

uli

 

  • Bila adunan dah tak melekat pada tangan, rehatkan adunan selama 1/2 jam
  • Selepas 1/2 jam, buat 10 biji doh kecil.
  • sapukan doh dengan minyak sapi
  • Rehatkan lagi selama 1/2 jam

canai1

  • Selepas setengah jam bolehlah mula mencanaikan doh dengan menggunakan sedikit minyak sapi atau minyak masak – tebar sama dia

canai2

  • Lepas tebar, buat bualat macam ni sebab bila nak masak kita leperkan dia dan roti canai tu akan berlapis-lapis
  • Selepas siap boleh mula mengoreng dengan sedikit minyak.
  • Bila masak kepuk-kepukkan roti tersebut
  • Siap untuk dihidang bersama kari ayam/ikan atau sambal tumis ikan bilis/sambal sardin

Roti Canai Sambal Sardin

Semalam menu berbuka ringkas. Sekarang ni dah mula dah malas nak masak nasi dan malas makan nasi. So , I buat roti canai makan dengan sambal sardin. Siap amik gambar step by step lagi.

roti canai

 

Ni roti canai saya with less oil. Goreng tanpa minyak guna kuali Tefal. Mencuba untuk hidangan lebih sihat, ginilah kena kurangkan minyak. I uli pukul 12 tgh lagi, Pukul 7 baru goreng. Hasilnya lembut. Kalau kat kedai mamak, berminyak-minyak nanti rasa menyesal plak makan. Buat 1/2 kilo gandum dapat 7 keping roti canai. Nanti I share step by step ye.

sardin

Ha ni sambal sardin untuk lawannya. First time masak guna sardin cap Marina. Not bad rasanya. Sardin cap Ayam dah mahal  Dah jadi makanan orang kaya plak.

pasta

Ni plak Pasta Baked for kids. Ni sebekas ni untuk 3 beradik tu je. Afriena makan pasta pastu makan roti canai seping setengah. Boys makan ni semata.

tembikai

Disebabkan tak masak sayur, maka kami ada tembikai untuk menu semalam. Makan tembikai sebagai dessert. Air plak hidang air kosong je. Bila dah makan tembikai, kenalah remind kat bebudak suoaya tak makan madu.

Apa menu you all semalam?