Author Archives: Yatie

Resepi Biskut Raya : Cornflakes Dengan Gajus

Semalam..cuba mencari ruang untuk buat cookies. Anak-anak dah besar dah tahu mintak kuih raya. Sebelum ni takdelah serius mana nak buat cookies. Sebab kalau buat memang akan makan terus. Memandangkan cornflakes cereal yang dapat masa AFC Foodie Face-Off 2013 tak habis lagi… maka marilah kita buat cookies. Barang semua ada. Memang cukup lengkap dah. Tapikan dah buat biskut pun cereal banyak lagi. Ingat nak buat cornflakes madu plak. Kena pi cari cup kecik la plak. Malasnya nak pi kedai

cookies2

Biskut yang simple. Dapat 50 keping.  Ada kaler-kaler kat atas tu buatkan bebudak excited nak makan. Rayyan dah berkeping-keping makan. Macam mana nak simpan sampai raya? Afriena dah tanya biskut ni nak makan untuk raya ke makan bulan puasa. Makan je lah nak. Masa raya nanti, banyak makanan nak makan lagi and for sure dia tak pandang cookies dah sebab dia dok pandang pulut jer.

cookies1

Resepi Biskut Cornflakes dengan gajus

Bahan-bahan

  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan butter / marjerin
  • 1/2 cawan gula pasir biasa (yang kasar)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 biji telur
  • 2 cawan cornflake yang belum hancur
  • 1 genggam gajus yang belum hancur
  • rainbow rice secukupnya
  • secubit garam

Cara-cara

  • panaskan oven pada suhu 200 celcius
  • Ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam
  • tumbuk/mesin gajus dan cornflakes
  • pukul butter dengan gula hingga kembang
  • masukkan telur, pukul hingga sebati
  • masukkan tepung dan cornflake
  • uli adunan
  • buat bulat-bulat sebesar guli dan leperkan
  • taburkan rainbow rice dan bakar selama 15 minit
  • sejukkan sebelum masuk dalam bekas kedap udara

Note: sukatan cawan saya adalah cawan IKEA

Akok Kedut Mok Su Yah

IMG_0050

Perasan tak kat sebelah Sekolah Dato” Abu Bakar Baginda yang on the ke Sungai Merab/Bangi/Putrajaya? Kat situ ada satu tempat jual makan orang kelantan yang sedap. Nama dia Kak Mah Nasi Dagang , Gate 1 Putrajaya. Kat sini setiap pagi pebuh je orang beratur beli breakfast. I rasa nasi dagang dia sedap kot. Tapi I tak pernah beli, lalu je. Bersusun kereta berenti.

IMG_0052

Tapi Last week adalah berenti sebab nak mencari kuih kelantan sebab ada majlis berbuka kat rumah BIL with MIL. So kiterang pi cari kuih dda juga kerabu sare. Hari tu try kerabu sare Kelate Corner, so this time wanna try Gate 1 plak. Dan saya buat kesimpulan kerabu sare Kelate Corner lagi sedap, tapi kerabu sare mak kite lagi sedap tau wak, sbb kuah tumis dia dia masak dengan betul.Haa nampak tu banner akok kedut dia? 50 sen sebiji.

akok

Ni rupa akok kedut tu. Beli 20 biji. Rayyan makan 3 setengah kot. Sedap sbb dia takdelah manis sangat. ulasan saya seorang peminat akok

IMG_0056

Tapi brader-brader yang jual kat sini semua peramah. Biasalah orang kelate kalau jumpa orang kelate terus jadi peramah dan yang pastu dapat diskaun. Banyak kuih yang jual kat situ dan yang pasti banyak kerabu . I rasa macam nak beli semua kerabu yang ada tapi kan… MIL kata dah masak banyak. Jadi beli karipap untuk Rayyan yang tak posa tu. Sian dia lapar. Dalam membeli sempat lagi menjeling pada nasi dagang tu. hish geram je nak beli.sabar ..sabar… tunggu lepas bulan posa ye

Pasar Borong Seri Kembangan

Jumaat malam lepas, malam lepas terawih tu, kiterang satu family pergi pasar.  Sebab musabab kena pergi satu family adalah sbb I nak ikut pi pasar sbb nak beli sayur sendiri. Nak cari sayur pelik yang nama dia murangai sbb nak campur dalam kari ikan. Dah lama tak pi pasar. Bebudak pun sama, sampai lupa bau pasar. Sampai je..ayoyo sangat busuk nya. Mungkin dah lupa bau pasar kot. Kitarang, pi beli ikan dulu. Ikan pun dah mahal harganya. Bukan ikan jelah…ayam pun sama. Ni apa kena semua mahal harga ni????

IMG_0038

Sangat suka pergi ke gerai sayur. Tapi I lagi prefer kat Pasar Malam Taman Tun kalau beli sayur. Segar dan takde bau

IMG_0039

Sayur-sayur kampung pun banyak. Cuma yang pelik kenapa ramai warga asing yang meniaga? LEsen alibaba ke semua. Sampaikan dah habis membeli, pi pat kereta, I boleh cakap kat Kheirul..welcome back to Malaysia. So not homely kat pasar tadi. Patutlah pasar borong nampak lagi kotor abb it was handled by foreigner. Senang jer, bila foreigner yang handle, dorang akan set the standard macam tempat dorang. Tak suka tau suasana macam tu

IMG_0044

Ni kawasan ikan. Terubuk ni baru naik kot..RM18 ke RM20 sekilo. Mahal gila babas. Rayyan kat pasar hari mulut terlopong je sebut fish, fish,fish sbb banyak fish

IMG_0049

Gerai Ayam. RM7.50 ke RM7.80 sekilo tak ingat sbb Kheirul yang bayar. Ayam pasar besar sikit dari ayam supermarket.

IMG_0048

Udang ada macam jenis udang. Besar-besar dan duit pun kena besar. Tapi kat rumah udang tak berapa laku kecuali buat rencah masak mee atau sayur.

IMG_0046

Ni plak gerai kambing pastu gerai lembu. Tak beli pun kurang makan daging dorang ni. Kambing tu nampak sedap plak.