Tandas ✅ 5/5 ,tandas bersih, cuma berpasir sbb ramai pwngunjung main masuk je tanpa tukar selipar yang tersedia, Masa pergi air kurang, toilet gelap, takde lampu, Kita takut wak. Supply air kurang nak nak time maghrib, Ha apa lagi, pi sungai la…kat tepi Surau pun Ada toilet, tapi jauh untuk Ku tinggalkan khemah dengan budak kecik.
Plugpoint ✅ ada
Kitchen and sink ✅ takde, tapi campers cuci pinggan Kat Sinki cuci tangan tepi toilet. Oleh kerana time lepas makan selalu je takde air, kami cuci sebelah khemah je sebab ada camper shower. Kadang 2 pi bilas Kat sungai. Sisa makan tu bersihkan le siap2 buang dalam tong sampah. Jangan buang kat sungai.
Fire pit ✅ Ada, macam Kat oversea plak gayanya. Crew Kat situ akan pasang api. Boleh lepak sambil petik guitar, minum kopi
best letak suasana malam
Sungai ✅ sungai dia best. Kena cari port bestlah. Kami main Kat atas. Sapa rajin boleh pergi lagi atas cari air terjun. Tanya crew Kat situ. Dorang sangat friendly .
Parking distance to Campsite? Tempat parking disediakan, jangan parking sebelah khemah, dalam 100 meter. harga Parking RM15
Entrance for Normal Car, Jalan agak mencabar sebab Jalan licin kalau lepas hujan dan berbukit. Tapi nampak ada 2-3 buah Alphard, Velfire, BMW..jadi jalan masuk Kira bolehlah untuk dilalui oleh kereta biasa. Kena watch out dengan cyclists
Phone Coverage? Kirim Salam lah..puas ketuk– ketuk phone, Celcom, Digi kejap ada kejap takde, Umoble takde bak kata ore kelate selok teruhhh
Security/safety? ✅(gated n guarded)
Insya Allah lagi dua tahun tempat ni famous lah kot..Bila pokok yang ditanam dah meredupkan tempat, facilities terbaik, bersih, ada crew yang banyak membantu, Ada surau yang cantik. gazebo pun ada,toilet pun banyak dan bersih. kami ni Kira antara yang bertuah sebab Masa ni GG Retreat BTS baru dirasmikan.
malam² ada campfire, boleh lepak sambil layan kopi ke coklat panas ke, bakar marshmallow ke, harap2 cepatlah COVID-19 berakhir supaya kita boleh melepak macam ni.
Bagi saya yang Ada anak2 kecil, Dorang suka sangat dengan sungai. Air Sejuk macam ais. malam memang sejuk, cuma malam pertama tu panas. Tapi bila bangun pagi huhuhu sejuknya. Tengah hari sangat panas, sebab takde pokok untuk teduhan lagi. Jiran camper Saya best.happening. malam2 dorang sembang gelak tak sunyi.Pagi dah dengar dia tumbuk batu lesung buat rencah nàsi goreng. Pastu dengar dia pekik, Ayam celup tepung mana?… Sempoiii.
Oh ya.. Kat GG Retreat BTS boleh sewa khemah. You all boleh tanya camana charge. Internet ada kena beli data ..tapi ambo Tak perlu semua tu. Tak pegang phone pun. Selain camping Ada jugak day trip, piknik, boleh sewa ATV, motor, boleh berbasikal Dan boleh mancing. Bagi saya memang best camping sini. insya Allah akan repeat.
ini port kami..ada plug point Kat situ tapi tak guna pundah siap pasangkalau siang lepas mandi sejuk syok berguling.makan time…budak tu memang suka timun. Makan nàsi ayam bertambah.
Bab makan..
asal camping je mesti lapar. Kerja nak makan je. Macam biasa kami bawa buah-buahan, roti,maggi,titbits Dan air kotak. Air Kotak kami bekukan dulu jadi kat sana, semua sejuk.
supper..bebudak ni layan marshmallow lah apa benda lagi
bbq time…
Day 2 breakfast – big breakfast
lunch – nasi ayam
teatime -Maggi
dinner – mee goreng basah
supper – tak layan dah..malam tu hujan tidur awal
Camping pun boleh masak chicken rice
Day 3
breakfast- mee sedap and french toast
Makanan semuanya dah disediakan, dibasuh, dipotong Dan dibekukan di rumah..senang untuk mengurangkan pelupusan sisa makanan and seperti lebihan sayur, lemak ayam. buat macam ni senang untuk suruh anak-anak masak..Ajar dorang masak, common sense
Okay..next nak camping mana plak???
untuk campsite ni, kami bagi 4.75⭐ sebab lagi 0.25⭐ tu, masalah air Kat toilet je. yang lain..memang best no complaint. crews sangat membantu. Siap tolong encik suami lipat khemah kecik lagi. Heheheh…Satu lagi, masa kat sana hujan, crew semua sibuk suruh pengunjung keluar Dari sungai. Siap dengan announcement..Terbaik lah
Sewa Tapak : RM 38 satu malam , untuk kanak² ada tambahan sedikit.
Jenis Khemah : Khemah Unta saiz L
Bilangan Ahli : 4 dewasa , 2 kanak2 , 1 bayi comel
Kemudahan:
Parking dalam kawasan, macam kami 10 langkah je dari khemah
power source : boleh tarik cable .. caj tak pasti sebab kami bawa power box hasil ciptaan encik suami yang sangat berbakat.
tandas Dan bilik Mandi 3/5 . Kena Kasi sental sikit dinding sebab berlumut, pintu toilet perlu baikpulih, sbb susah nak kunci, nak termenung Tak tenang.
Sinki ada dua, memang kena Kasi sental..berlumut. tong sampah ada tersedia
Pantai: 4/5 boleh Mandi, anak2 kecil boleh main air Dan pasir. Selain dari tu malam boleh tangkap ketam Dan boleh jugak cari kulit siput masa air surut. Boleh memancing, mancing depan khemah je time air pasang,
Pemandangan? Sangat priceless… boleh layan sunset, sunrise .
Suasana, panas berdenting di tengah Hari, tapi berangin, kadang hujan, kadang berangin kuat. Waktu air pasang, angin kuat,ombak cantik, boleh layan ombak, time ombak tinggi sikit, percikan air laut boleh sampai depan khemah ( kami pacak khemah tepi tebing) Time panas bedenting tengah hari, kami masuk kereta pusing PD, singgah bungkus cendol kat Famous Cendol Port Dickson.. bawak balik minum kat khemah. Bayangkan sejuk je cendol lalu dalam tekak.
Overall kami bagi ⭐⭐⭐⭐
Pemandangan waktu semua Pemandangan waktu pagi pemandangan dalam khemah khemah siap pasang by a man n 2 boys
Menu untuk perkhemahan kali ni
Day 1
Lunch -Sampai je, masak maggi.. sepatutnya bungkus tapi malas nak keluar, malas nak masak sbb baru settle pasang khemah.
Dinner – Sup Ayam, nasi putih, telur dadar dan ulam
Supper… makan biskut ciak air milo. tak kuasa nak makan, best tidur awal dalam khemah
Lunch -BBQ – chicken, lamb and salad and cut fruits
Tea time – Tapau cendol pulut, makan sate
Dinner – Percik Ayam, Nasi putih, telur dadar dan salad
Day 3
Sarapan – maggi kari, french toast, milo
Seriously, masa camping memang kena bawak banyak makanan sebab perut asyik lapar je. Kami juga bawa sikit titbits, air kotak, fruits . Maggi kalau makan masa camping serious sedap dia lain macam, padahal kat rumah , I tak pandang maggi pun.
Semua makanan yang nak dimasak, kami rancang awal, siap cuci, perap dan pack. Sayur cuci sesiap sbb senang jimat masa. Rencah untuk masak pun , I blend sesiap. Masa camping nilah boleh ajar anak masak. Okey letak itu letak ini, masak nasi..ok tengok keluar wap tak.. Tak suka leceh leceh masak time vacation.
Looking forward to next camping vacay
Insya Allah, semoga apa yang kita buat sentiasa dirahmatiNya.