Author Archives: Yatie

Clever boy!!!

1385776_10151999128731328_1530739404_n

Dah pandai nak makan sendiri. Kalau tak dulu, biskut pun kena suap. Terlampau manja kan. But since, dia makan semeja dengan sorang awek masa kat LUmut, Rayyan dah menunjukkan tanda-tanda nak makan sendiri. Kalau time dinner, dia amik sudu sendiri suap nasi sendiri. Tapi bila dah tinggal sikit, dia cakap cannot..maka I lah kena suapkan dia. Ni dia tengah breakfast. Malan cereal. 4 mangkuk cereal tanpa rasa jemu susu kena lebih. Sebab dia hirup susu. Dia kata sup.

Senang kerja kalau dah pandai makan sendiri, kalau tak I lah kena menyuap pastu dia plak makan lambat, then nak bertambah je makan. Cuma, Nasi, kicap telur tu belum lagi lepas . Asyik lauk tu je dia ulang mintak.adoiii

Jogging lagi

Macam biasa, hari Sabtu hari bersenam sekeluarga. Mesti pergi jogging. Sekarang tempat pilihan adalah Tasik Perdana. Bersih tempat tu takde monyet yang pastinya dan paling penting anak-anak suka sebab ada banyak playground. Pukul 8.30 jogging sampai pukul 10. gilir-gilir jogging sebab nak jaga bebudak main playground.

photo 1

best je..pagi-pagi sejuk nampak air

photo 4

kuat merengek..suruh orang lari slowly 

photo 2

pagi sampai taknak jalan,nak duduk stroller

photo 5

dah start panjat dah,,

Bukan boleh percaya budak bertiga tu, panjat sana-panjat sini, buai laju-laju tinggi- tinggi. Aktiviti macam ni kena buat by weekly lah nampaknya sebab semua suka dan tak payah bayar apa-apa. Tempat parkng pun senang  kat sini. Sementara, bebudak ni main kat playground, Kheirul jogging round  tasik and I pulak buat senaman setempat. Buatlah apa sampai badan lencun. Baru puas hati. Dah habis turn Kheirul I buat satu pusingan je.

photo 6

dah nampak playground terus taknak stroller

photo 7

cheeky face

photo 8

Saja nak tunjuk ketiak lah tu

 Pastukan nak balik satu kerja plak nak memujuk Rayyan. Dia dah tangkap cintun dengan buaian. Bila ajak balik, dia cakap taknak…pastu I pujuk lah dia,

ok mama push 10 only ok

dia cakap ok, bila dah 10 kali push dia cakap tak nak

dia cakap taknak.. dia boleh suruh push 12… main tawar menawar plak

Dah habis 12 push taknak turun dia up kan lagi… dia suruh 20 push.

Habis 20 push taknak balik, dia up lagi 20 20 20

argghhh banyak lah dia. main up up macam tu. letih tau, matahari dah meninggi, last I tanya Baby nak orange tak, terus nak turun. Siap jogging berlari balik ke parking. Jogging ala terkedek-kedek sampai semua orang tengok dia senyum. Ashraff dgn Afriena pun tak larat nak kejar. Nak air orange punya pasal. Last Afriena duduk dalam stroller Ashraff tolak. hahahaha

Gambang Water Park ..Again

Gambang Water Park ..again….Raya kedua tu, kiterang bertolak dah ke Kuantan. Jalan takde jam mana tapi alahai, kenapa la slow sangat orang bawak kereta. Jalan boleh 80 bawak 60. Stress dohhh. I tido je dalam kereta.Bila sampai Kuantan, singgah Parkson dulu. Makan dan beli barang sikit. Pastu terus ke Gambang. We all stayed kat Arabian Bay. Dulu duduk kat Carribean Bay, tapi sbb Carribean tgh baiki ke apa, so dia kasi Arabian. Saa je bilik takde beza. Yang beza Arabian, macam bau cat.

SO tak payah citer panjang, I tunjuk gambar kat waterpark yang sebelum kiterang basah. Pastu dah takde gambar dah sebab malas nak bawak phone . Kang kena air.

image

Muka orang tak sabar. Geram je dengan Rayyan ni. Nak swimming nak swimming

image

Posing lagi , menghabiskan masa menunggu kaunter bukak. Slow lah. Dah pukul 10 dah

image

semua takleh duduk diam

image

Rayyan kena bayar, dah lebih 90cm

image

Senarai harga tiket untuk ke waterpark

image

Kena beli E-Value. Senang untuk beli makanan, floater dan lain-lain lagi

image

Senarai harga barang sewaan

image

Tengok tu, terkedek-kedek berlari

image

Pastu mintak dukung. carry! carry! sebab dia lambat jalan. Bila dah dukung, dia buat muka manja sambil peluk Kheirul

image

signboard dalam park

Off course bebudak happy. Berapa kali ulang naik slide yang kat Kids Area. Mula-mula, I lah yang bawak  Rayyan turun slide. Tapi kalau dah 50 kali kejap cakap nak lagi, nak lagi maka I suruh Abang n Kakak dia yang teman. so pimpin tangan dorang slide bertiga. I tunggu kat bawah. LEpas main slide pergi kat playground plak. Slide kat situ plak. and so on, so on… Pandai Ashraff and Afriena jaga adik. Cuma yagn menjadi kemusykilan, orang tua pun main panjat kat playground budak. Kalau teman anak takpe, naik couple turun. Hoi, sini budak punya la, Orang tua kalu, pergi kat Tree Top Hill Slide la. Baru syiok.  And ada juga mangkuk hayun yang tak faham bahasa. Dah tulis dah, no smoking dalam Taman Tema, tapi  tetap tak paham bahasa. Dah lepas smoke, buang je putung rokok atas jalan. Buat bebudak atau orang tua terpijak, tak ke naya sebab dalam tu mostly orang tak pakai kasut kan.

We stayed dalam tu till pukul 2.47. Dah cukup lama untuk menghitamkan kulit atau memerahkan kuli seperti udang bakar. Kiterang makan dalam tu. Not bad makanan dia. Rayyan n Afriena makan set nugget, licin dorang makan, Ashraff n Kheirul makan set burger and me, Nasi Minyak set. Haih…nasi lagi. Habis makan sambung main air lagi. Bebudak  (anak I lah, anak orang lain tak tahu) kalau nak please dorang, nak kasi dorang happy, bawak je water park ke, pantai ke, taman ke suka lah dorang.Jangan bawak masuk shopping mall, they’ll make your blood go upstairs..hahahah

 Note: Terima Kasih BIL sebab kasi voucher .