Esoknya……
macam biasa pukul 3.30 semua dah siap. Senang semua bangun tidur. I macam biasalah kalau sejuk sejuk macam ni, hidung dok berdarah je. Ada kawan yang duduk Qatar cakap.. Try minum Laban. Dia macam minuman yogurt tapi dia punya pekat perghhh bukan setakat menyejukkan badan, tapi melancarkan proses pencernaan Hahaha sedap. Ada perisa mango, ada perisa strawberi ada takde perisa. Tu belum lagi pekena jus mangga. Memang real jus lah
ok…meh citer bangun pagi. bangun pagi kat sini senang sangat. Cuma yang paling susah nak bangunalah Afriena lah. Tapi kalau kejut bangun gak. Dia tu kan, pantang lepa tidur jela. Sambil berjalan pun boleh tidur.jadi pagi tu pergi ke masjid ngan MIL and cik we ye…. Kiterang tunjuk pintu terdekat untuk ke Raudah. pintu 25. Nanti masuk pintu tu jalan lurus je. Kalau kat dalam masjid tu insya allah tak sesat sebab, setiap pintu ada nombor, setiap blok parking ada nombor. Masuk pintu 25, cari port nak solat subuh. Sampai situ buatlah apa yang patut ya. Dah habis subuh, cakap kat mak mertua, I balik dulu lah nanti masuk Raudhah sendiri sebab Afriena lapar . Jadi lepas subuh, singgah kedai beli yogurt, balik hotel makan dulu pastu dalam 7.30 setelah selesai uruskan anak-anak baru ke sana.
I masuk pintu sama, tapi ikut group orang arab. Kali ni takde plak mak guard suruh masuk group Melayu, mungkin sbb berpakaian serba hitam kot. Jadi bila masuk group arab ni, lajulah sikit langkah dia. Alhamdulillah rezeki dan aturan Allah. Dalam group arab ada juga orang Malaysia menyelit, dan ada juga indonseian 2-3 orang. Adalah boleh buat teman. Bila dah beratur, bukan beratur sebenarnya bertolak berasak, tapi semangat dia macam nak pergi perang.Rasanya kalau berperang macam ni lari musUh. Dalam dok berasak ada sorang perempuan tengah dok meraung-raung panggil ya Rasulullah. Dah berapa kali Mak guard pesan jangan buat macam tu. Tak di layan nya. Biarlah dia….. Yang kelakar bila berasak, mak guard cakap…
Hajah, hajah, sobar sobar….
pastu tolak lagi…ya hajah hajah sobar…Innallah ma’assobirin
lailahaillallah… Pastu bersahutan…muhammaddarasululah…
nak tergelak dengan perangai orang arab ni. Heee memang terjal dorang…degil pun ye kalau kena orang tua memang takleh lah berasak. Macam kita muda belia boleh lah nak berasak. Dari 7.45….8.15 I dah sampai lagi sepuluh langkah nak masuk Raudhah. Fuhhhh… Boleh nampak dah tiang…karpet hijau tak nampaklah sbb penuh umat. Takpe sabar, Bila lepas je dapat masuk terus berlari kedepan…dapat pijak karpet hijau…ohhh sebaknya…I terus lagi ke depan, dapatlah bahagian tengah. Dapat je port baik solat lah kat situ. Solat tahiyatul masjid. Hajat di hati nak ke depan tapi tak kesampaian. Takpelah… dah dapat masuk ke sini pun dah Alhamdulillah.
Apa yang saya perhatikan, masuk dalam Raudhah, you angkat je takbir, secara automatik, jemaah wanita dalam tu buat pagar. Tujuan nya adalah untuk melindungi kita dari di tolak di asak. Insya Allah boleh solat dengan tenang. Itu semua kuasa Allah. Dan bila dah habis salam je..khuruj khuruj lah..suruh keluar. Dalam perjalanan nak keluar tu, ada orang angkat takbir, secara automatik, kita (saya lah) tangan dipegang dan bagai disuruh untuk buat pagar kecil untuk jaga orang tengah solat. Masya’ Allah..sesuatu yang tak pernah terlintas untuk difikirkan, macam mana jemaah yang berjalan tak tengok kiri kanan,tiba-tiba tangan berpegangan buat pagar. Habis solat dengan sendiri pagar “roboh”. Kuasa Allah
So habis kat Raudhah, saya terus balik bilik je lah. Ingatkan MIL dah habis…belum rupanya. Kesian dia tak breakafast sbb I tengok ada lagi mihun goreng atas meja bilik kiterang. Dia cakap dia dapat masuk pukul 10. Ye lah…dia masuk laluan orang Malaysia. Takpe better that way.
Dah balik…petang tu lepas asar , giliran Kheirul plak. Orang laki senang je. Dia pergi ngan Ashraff. So dorang lepak sana sampai Maghrib. Kiterang jumpa sana masa Maghrib, solat kat luar sebelah-belah saf rasanya. Lepas solat, kiterang keliling masjid pergi makam lagi, sebab malam tu kira malam last kat Madinah. Sedih rasa hati, Rindu plak …teringat dengan keramahan jemaah, Kesibukan penjual. Best duduk Madinah. Cakap kat Ashraff nanti, nak hantar dia belajar kat sini. Dia diam je. Takpe banyak masa lagi. Dia pun ada cita-cita dia sendiri. Biar dia pilih.