Kes Dera Lagi

Malas nya nak update dua tiga hari ni. Mana tak nya, sikecik ni yang pakai PC. Macam bagus tau, on pc sendiri, guna mouse sendiri, click sendiri. Dok lah layan tengok mickey mouse. Maybe sebab kat rumah dah takde astro kot. :)

image

Lately banyak plak news la video la… Dok cerita pasal kes dera anak kecil kat Taska. Sebelum tu I ada tengok yang orang dok share gambar baby berapa bulan tah umur dia, pengasuh bengong, mental wayar tercabut ke apa, kasi baby minum susu panas. Bukan setakat melecur mulut, melecur lidah, tapi kerongkong. Ya Allah, mana dorang letak akal fikiran dorang? Dah takde ke rasa kasih dan sayang kat baby yang comel comel ni? Sekarang baby tu kat hospital.

Lepas tu kes yang dok heboh kes, pengasuh taska yang pukul budak lepas mandi tu. Nasib baik , bapak budak tu panjang akal untuk lemak nanny camera. Dapat tau jugak apa jadi kan. i tengok sikit je sebab I terbayangkan, anak sendiri kena pukul. Tak sanggup tengok. kita ni mak mak pukul jugak anak tapi pukulan selalu disertai dengan kasih sayang. Yang ni tak tahu lah, pukul dengan perasaan apa. Perasaan benci ke, menyampah ke?I tengok dua saat je pas, tu tutup. Taknak buat ulasan. Dalam hati rasa bersyukur sangat bila suami suruh berhenti kerja dan memang I pun decide nak jadi housewife, jaga anak. Kerja yang paling tak glamour , takde MC, takde cuti tahunan tapi perks yang bagus. Paid holidays, home cooked meals, tak payah nak punch card, tak payah hadap jam, tak payah cari kawan gossip, boleh buat part time job, nak pakai apa pun tak kisah tapi macam biasa ada baik buruk. Jangan pikir yang buruk pikir yang terbaik. Anak -anak dijaga sendiri, dengan cara sendiri, anak buat salah pun boleh marah dengan cara sendiri.

Dulu masa kerja, Ashraff n Afriena untuk 3 tahun lebih , dorang dijaga oleh maid kat rumah. hati sentiasa gundah gulana bila teringat kan dorang. Baik kah layanan maid ngan anak anak, risau. Balik mesti cek dorang ada lebam ke, ada benjol ke, kena tengok kelakuan anak anak dengan maid, boleh ke dorang bergurau, Alhamdulillah, maid ok, layan anak anak dengan baik, cuma ada few things yang sakit hati. Malas bila dah 2 tahun kerja, banyak kawan lelaki. Banyak kawan perempuan sana sini, bergayut dgn phone,tapi dorang pun manusia jugak perlu sosial life, so bila dah habis kontrak, we decided to send the two kids kat daycare. Pagi ada kindy, petang daycare. So sebulan sebelum start kindy/ daycare, kiterang dah mula contact kindy tu, tanya itu ini, tanya pasal makan minum, halal ke tak, tanya sapa cikgu, tanya sapa owner. Alhamdulillah semua ok, walau bayar almost seribu sebulan for two of them, tapi penyelia kindy tu, ada background early childhood education, cikgu- cikgu nampak mesra dgn anak murid, tapi tegas. Budak budak pun nampak cepat belajar, kat kindy tu jugak lah, di ajar potty train, no milk bottle. Kalau kat pengasuh, susu , botol nappy semua kena bawak. Tp kat situ as early as three dah diaperless. I kan ibu yang sangat cerewet, I tanya menu makanan dorang, cek peti sejuk, cek toilet, cek tempat tidur and have a good relationship dengan cikgu yang rasa comfortable Dan masa tulah, I baru tau yang setiap tadika yang menyediakan makanan untuk kanak kanak, perlu makanan yg berkhasiat, ikan atau ayam mesti boneless.

Bila Ashraff n Afriena dah sekolah rendah, always call cikgu tanya update. Tapi tak selalu sebab cikgu pun sangat busy. Tapi bila dah kat private skool, senanglah, nak tanya itu ini,  boleh tanya perkembangan anak any time, cikgu besar pun boleh ingat setiap orang anak murid yang dianggap seperti anak sendiri. Budak berdua tu pun, setiap kali masuk kereta dorang dah tersedia dengan cerita masing- masing, cerita beljar apa, cerita gosip dengan kawan, cerita pasal makan apa.

I suka cara macam ni, treat them like a friend, sentiasa terbuka dalam pergaulan, tapi ada bataslah. Kalau dorang meninggi suara memang dapat rotan. Yes saya sangat garang kalau bab disiplin. So sekarang with 3 pf them with me at home, biarlah rasa susah tak bekerja tapi hati tenang bila tengok anak terjaga. Tapi I tau ramai tak mampu untuk tidak bekerja, tengoklah barang dengan harga yang dah sangat mengarut, dengan keperluan dan kehendak yang tak terbatas, dengan rumah dan kereta nak kena bayar. So jangan judge. Lain orang lain  cara tapi satu je, semua nak yang terbaik untuk anak. Betul tak?

6 thoughts on “Kes Dera Lagi

  1. mummydearie

    Tak sukalah baca pasal kes dera anak ni. Kita tengok pun tak sampai hati macamana mereka sampai hati nak dera budak-budak yang tak tahu apa-apa. Kita sebagai mak, ada hak nak marah anak atau nak pukul anak, tapi apa hak mereka suka-suka nak dera anak orang? Geram betul. Untung Yatie boleh jaga anak sendiri di rumah. Saya pun pernah terfikir tapi sebab dah terbiasa bekerja, takut gila meroyan pulak kalau dok di rumah aje. Tang jaga anak tu takpa, sukalah cuma tang lain-lain tu…takda perks kan :D

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.