Monthly Archives: October 2025

Halal Food in Shanghai : Guan Guan Ji Muslim Restaurant

kami ke restoran ni dua hari berturut- turut. First and second day. Senang nak pergi, makan sedap, dia serve cepat,

tempat dia pack, memang kena beratur tunggu meja tapi tak lama sekejap je la. Masa first day pergi hujan lebat, so menunggu 15 minit sebab ramai orang. Tapi okay je.. Boleh bersembang dengan yg menunggu sama. Second day tak ramai orang. Sampai je terms dapat meja.

Cuisine: Local Xinjiang Muslim Cuisine 
Average Cost: CNY 93 per pax
Address: No. 70-2, Zhejiang Mid Road, Huangpu District, Shanghai

How to Get to Guan Guan Ji Muslim Restaurant 
By Bus: Bus 14 get off at Dongxinqiao Station
By Subway: Line 8 and 14 get off at Dashijie Station 
Tell Taxi driver: 贯贯吉穆斯林餐厅(人民广场店); 黄浦区浙江中路70号-2

Nasi ni fav Aqilah. Dua kali datang dua kali dia mintak nasi ni. Rasa dia manis, berlemak. Manis tu datang dari kismis dan carrots.
手抓羊肉 Boiled Lamb served with Sauce, Yang ni mesti order. Sedap. sampai je kena terus makan panas-panas. rasa dia cair di mulut. Makan dengan sos dan serbuk dia.
montok dan gebu pau dia. inti sayur.sedap. entah lah semua sedap hahaha
Ni kambing version goreng plak. Kena makan masa panas berasap supaya bila kita gigit dia, jus dari lemak akan tersembur dalam mulut. Dia bagi effect moist, kunyah secara perlahan kerana daging dia sangat lembut.
ini mee dia. Dia goreng dengan daging, rasa pedas-pedas manja and sedikit masam. Mee ni sedap sebab rasa chewy./2 malam berturut-turut order.
羊肉串 Lamb Kebabs- tak ingat sebatng berapa, 10 yuan rasanya. sebab kami ni peminat kambing, selagi ada menu kambing mesti nak order.

Beef dumpling. juicy dalam, crispy kat luar. bayangkan jrlah

ye,,, menu ayam pun ada. boleh lah..cuma ayam tu macam keras sikit. macam ayam kampung plak. tapi sedap. ayam tu manis-manis daging dia
八宝茶 Eight Treasure Tea , rasanya setiap kali makan kat Shanghai memang akan order air ni. ketagih betul minum air ni.Dia serve panas. KAlau nak ice cakap je nak ice.
ini adalah kali kedua makan kat sini. LEpas habis berjimba kat Disneyland, terus datang makan sini. lapar giler setelah menapak sebanyak 28K-30K steps. Rasa macam dah kurus gila. Dahlah kasut tercabut tapak. LEpas makan kena pi beli kasut emergency. adoii.. what a day.. Tapi semua happy. Takde drama.

Itulah cerita makan kat sini. Next let me share pasal Disneyland and another tempat hala.

Insya Allah

Cuti- cuti ke Shanghai 2025

Jalan-jalan ke Shanghai 2025

alhamdulillah… Sampai gak ke Shanghai. Kali ni ke Shanghai sebab nka pergi Disneyland bagi memenuhi permintaan budak kecik dua orang ni

Kami ke Shanghai 3 hari then ke Xian 4 hari. Tempoh singkat sbb nak sekali kan cuti Ashraff, afriena and budak sekolah.

Afriena tbh cuti sem 4, while Ashraff busy nak konvo and register U.

tapi at least dapat cuti sekeluarga.

flight pukul 2330 tapi rescheduled to 0230 next day. But it’s ok.. Kita lepak je.. Nak ke airport, kami Naik met ke putrajsta then ambik ERL to airport. Jimatlah untuk rombobgan kami. Lunch sesiap lepas hospital appointment Afriena.

Since flight rescheduled, dapat lah free food Dari AA. Oh ya, kami naik AA sebab nak save masa travel and direct flight. We traveled light. Bawak beg sorang Dari baju cuma 4 +2 pasang je. Senang nak masuk autumn, baju pun yg tipis je

ok masuk aja flight terus tidur, bangun dah sampai. Sampai Sana senang, kena daftar finger print, fill out white card then immigration. Immigration pun senang je, cuma dia tak percaya saya ada anak 5. Saya anak, dorang takleh beranak

dah settled…

misi mencari Jalan ke Shanghai city. Kami naik subway ke homestay. Homestay kami Kat South Shaanxi Road. Cara naik train pun senang. Beli guna TnG je. Budak tinggi <130cm free. Tapi beli jugak sbb dorang dia ni kemaruk nak ticket train. Nak masuk train stationemang kena scan beg dan badan. Passport sentiasa kena bawak sbb dia nak check. Tambang train murah je. Dalam 4-5 yuan sorang.

dah bbeli times naik train, 45-55 min dah sampai sampai. Menapak sikit lah…

.

,