Monthly Archives: March 2019

Halal Food Koh Yo Songkla: Musa Hotpot

Dah lebih sebulan belum lagi sempat nak update blog..Nak kongsi rahsia..eh eh bukan nak share pasal tempat makan Halal kat Songkla. kat Pulau Yo. Selalu makan kat sini, tapi Kali ni makan tempat lain plak. Suka lah makan kat sini..pulihan makanan banyak sangat kalahblah hotel. Harga berpatutan. Kami makan buffet seafood. Selain seafood banyak makanan Thai lain. Ada macam- macam. Nanti tengok lah video dia.. Nak sebut Satu Satu labis Satu page plak.

PElbagai jenis pilihan…

Makanan yang dah dimasak, ada salad jugak
kawasan yang boleh berpinar mata…. dwssert corner… huhuhu
fresh seafood… I tak pandang benda lain dah..UDang galah…, kerang ketam…
NI RAyyan punya…dia minat sangat ngan ketam
sekali sekala datang sini..harus coba dong..
banyak betul choise makanan laut. Tak termakan..kalah hotel
kuih ni sedap..pa pong..kalau tak salah orang tu cakap. Ada inti kelapa dan lotus. YAng ni live action cooking style.

Selain daritu ada somtam, ada aiskrim ada macam macam lah.. ada tempat buat ikan bakar yang balut ngan garam tu jugak… terbaik lah. Kat Malaysia tak nak buat xamni ke?

Travelling in Hong Kong : Octopus Card & Itinerary

Assalamualaikum

Adehhh lama betul tak update blog. MAcam mana mau update kalau Michiko tak tidur jangan perasan lah nak pegang segala jenis gadjet. Semua benda dia nak pegang. Kalau nak call mak kat kampung pun kena buat loud speaker sbb dia pun nak akap sama. Sibuk tau nak dengar apa kita cakap. MAcam lah dia paham.

NI dia tengah tidur setelah kenyang susu sebotol dan ditepuk untuk tidur. KAli ni nak kongsi maklumat pasal octopus kad. Kalau ke Hong Kong, yang jenis tak nak naik Taxi, kena lah beli Octopus card. Rakyat Marhaen macam kami ni, anak berderet memang lah kena beli. Takkan nak naik cab kot.

Cara dia senang je… Sampai je HK Airport settlekan passport dan beg, Maka berjalanlah kita kaunter-kaunter di Airport itu. KEbanyakkan kaunter kat situ ada perkhidmatan menjual Octopus card.Cakap je nak beli Octopus Card for adult and for kids, kalau ada anak lah. Bila dah beli tu..boleh lah nak guna untuk naik tren dari airport atau naik bas. Kami pilih bas untuk ke Causeway Bay. Naik tren mahal sikit kos nya, lepas tu kena tukar stesen, penat tau tarik beg sana sini , angkut anak. Kalau naik bas, naik sehala takde nak tukar stesen, konpem dapat tempat duduk, tak besesak dengan orang dan yang best ada wifi dalam tu. Naik bas duduk kat atas, beg tinggal bawah, jangan risau ada cctv, boleh tengok barang kita. Lepas tu setiap perhentian dia tunjuk kat screen.

Best lah pengalaman naik bas. Nak bas dari airpot banyak penjimatan kos dan tenaga. Lagipun bila dah sampai kat Wan Chai Fire Station, jalan cross the road, teus nampak Time Square. Kami stay area situ je…semua walking distance.

Okaylah tak nak cakap banyak, you all boleh tengok itinerary kita.

Simple jekan? Pastu kami add lah sendir. HAri 4 and 5 tu banyak lepak sebab cuaca sejuk then En suami bertugas untuk tournament Taekwondo. KAmi lepak masak maggi, pasti pi 7E, pastu tapau nasi itik…fuhhh best sbb makan je… pastu bila si kecik tido, kami pun join sekali.