Yearly Archives: 2018

AirBNB yang best kat Hong Kong

Kami baru balik Hong Kong heheheh..Kira fresh lagi ni. Anak-anak pun masih lagi demam. Mana tak nya, kat Hong Kong sana sejuk kadang sampai 12°C . Sejuk lah gak bagi kami yang biaas dok berpanas kan, Pengalaman yang bagus untuk anak-anak. Cuma Afriena lah kena Eczema teruk. Nasib baik bila balik sini nampak dah berkurangngan.

Kali ni travel, kami amik AirBNB. Sebab utama dia adalah nak washing machine dan Kalau boleh dapatlah kira nya masak maggi atau buat mac n cheese kat sana. Pergi sana 6H 5M. Ada dua Hari kami lepak di bilik je kebab Kheirul ada kerja berkaitan Taekwondo. So masa Hari free tu dapatlah masak dan mendobi baju.

AirBNB yang kami duduk ni best sebab lokasi dia. unit ni kat Causeway Bay. Sebelah je dengan Times Square, Hysan Place dan Sogo. TAk sempat la plak aasuk Sogo, rempat masuk TS dan HP je. Lepas tu, kat bawah -bawah tu ada banyak kedai. Ha SaSa berlambak kat bawah, Manning, 7E, Circle K, kedai chocolate, kedai ubat, macam-macam lah

nampak tak Times Square kat sebelah. MAlam-malam memang cantik

Tapi yang paling best sebab makanan halal senang dapat. Kat AirBNB tu, semua jalan kaki je.

Wai Kee Food Centre – Jalan kaki 5 minit seberang jalan, dapat lah beli Roasted Duck yang halal. Situ area pasar. Kat pasar pun boleh cari maggi halal, makanan halal sebab ada Indonesian yang menage. Janji you all sediakan HKD nya. Saya memang Suka lah pi pasar. Beli telur, beli buah untuk setiap hari supaya anak-anak cukup nutrisi.

Aladin Mess – 3 minit je jalan kaki.. KEdai dia atas SaSa. Boleh lah makan Nasi beriani sedap . Janji Halal

Islamic Centre Canteen – NI mesti makan Dimsum halal Kalau sampai Hong Kong. Dimsum dia sedap. 15 minit jalan kaki heheheh

Pasar Bowrington Road seberabg jalan je, Kalau Pergi situ ..mesti jumpa muslim kat sana.Lepas tu , Train Causeway Bay Station sobolah jo ha. Jalan kaki 1 minit sampailah station dia, tambah lagi 5 minit sampailah ke train. Tram pun senang, Bas pun depan tu je.

Oh ya Air BNB ni muat untuk 6 orang. Dapatlah Aqilah lari sana-sini, sambil mama cuci baju. Ada 1 katil besar , 1 tilam besar, 1 single bed.. Kira selesalah. Bantal empuk, selimut tebal, Pemandangan yang best.

Ha tu keluasan rumah kami kat sana.

Pada yang mencari AirBNB tu ha ni link dia. Korang click je link ni https://abnb.me/e/nGNCmhsZNS sbb nanti dapatlah RM180 untuk first trip bila korang sign up kat AirBNB.

Pastu unit yang kami duduk tu..yang ni


Baked Egg

Susah berul nak update blog lately. Si Michiko ni memang memenuhi jadual harian saya. Kalau kita dok dalam toulet pun dia ketuk pintu dang gung gang sambil panggil mama mama mama

apatah lagi nak update blog. Pegang henpon dia amik henpon pastu campak then dia suruh tgk muka dia.

hari ni bak share menu sarapan yang simple tapi berkhasiat dan kenyang. Our breakfast menu normally jarang makan nasi lemak. Kids love egg, so kena pelbagaikan resepi. Yang ni kita panggil baked egg.

bahan bahan

bahan A 

1 biji bawang besar kuning – dadu  

1 biji tonato – dadu

1 cawan bayam 

3 keping salami

2 biji kentang putih – dadu

1 as bawang putih cincang

sedikit minyak

 

bahan B

4 biji telur

2 cawan susu segar

salt n pepper

Keju parut secukupnya

caranya

Bahan A: tumis bawang kuning n bawang putih sampai layu, masukkan kentang, kacau goreng sampai empuk, masukkan salami , kacau . Masukkan bayam dan tomato, rasakan garam dan lada hitam.

Bahan B- pecahkan telur 4 biji, pukul telur dan masukkan susu. Pukul hingga sebati dan rasakan garam dan lada hitam.

Datukan bahan A dan Bahan B dalam bekas pembakar, taburkan keju parut dan bakar selam 20 minit atau set. Sedia dihidang bersama roti bakar.

Sebelum bakar

Selepas dibakar