Monthly Archives: October 2016

Secret Love vs Patahnya Sebelah Sayap

BEst plak drama samarinda kali ni. I bukan ratu drama..layan pun kalau pelakon best je. Kalau citer kul 7pm tu mmg tak layan. Macam tak logik kekadang citer. Habis belajar terus kerja jadi manager dapat duduk rumah siap ada swimming pool bawak kereta BMW. Pastu yang pempuan plak, dah kena rogol…jatuh cinta ngan perogol, kahwin ….Tak best. Citer yang kat bawah ni best.

patahnya-sebelah-sayap

Drama Patahnya sebelah sayap best. rupanya cerita dia ada persamaan dengan citer korrea Korea. Secret Love. NAnti you all tengoklah drama melayu. Walau ada persamaan, macam mana Alisha masuk penjara dah keluar, tapi watak adik takde dalam citer korea. Khuzairi plak kalau versi korea, dia tak cukup gaang lah… dan bukan loser macam Min Hyuk yang jenis anak orang kaya pastu baran macam lost in his world suka mabuk berlagak. KEjahatan Mak Amzar memang hebat lah. Lakonan Normah Damanhuri terbaik. Adik Alisha rasa macam akan ditimpa masalah je kalau ikut jalan cerita korea tu… tah tah mati kena bunuh… Best lah citer dia… Jiran mak Amzar yang kepochi suka jaga tepi kain orang , suka fitnah orang memang bagus lakonan dia, cuma kalau dalam realiti, ada ke manusia macam tu? Janganlah kita perangai macam tu. Tak suka diam , jangan dok ngumpat je…

secret love poster.jpg

Kalau versi Korea, penderitaan  Kang Yoo-jung (Alisha) lagi teruk. Dalam penjara selalu kena dera, pregnat dan beranak dalam penjara. Dah beranak, tetiba Ahn Do-hoon (kalau versi melayu , nama dia Amzar) lagi jahat. Memang gunting lipatan. Dia set up untuk bawak keluar anak  Yoo-Jung. Kononnya dia kata Yoo Jung ni dera anak dia, dengan bekas lebam bagai. Macam nak gila dia bila anak kena ambik. Menitis air mata tengok citer ni. Do-hoon ni set up dengan roomate yoo jung yg dalam jail jugak. Lepas berapa tahun keluar, first dia cari anak dia. Doo Hoon kata anak dia dah mati . Budak tu anak dorang berdua lah. Sebenarnya anak dia hidup lagi, semua orang tak tahu ni mak Doo Hoon yang punya kerja. Padan muka mak dia last sekali masuk Jail. Do Hoon gak lah yang tinggalkan bapak Yoo Jung kat somewhere sampai mati orang tua tu. Orang tu dah lah sakit Dementia, sebabnya bapak dia cakap dia tau sapa yang drive kereta malam tu. Dalam kena uji seksa, MIn Hyuk ni macam ada centa ngan Yoo Jung, lama-lama jatuh cinta dorang berdua. Doo Hoon plakseboleh-boleh nak lari dari kesalahan…last-last masuk jail. Yang Min Hyuk kena kawen dengan kawan dia Shin Seon, tapi kejap je, shin Seon sebenarnya centa sama Doo Hoon… dia tunggu mamat tu keluar jail kot sbb last tu dia dapat poskad. Yang Min Hyuk plak ..finally cinta dia bersatu dengan Yoo Jung.

Hari Sukan Negara -Peringkat Negeri Selangor

Cerita Sabtu lepas… sempena Hari Sukan Negara, MGTF Selangor tidak ketinggalan jugak. Siap masuk Malaysian Book Record lagi. Bangga…bangga…

Pagi lagi dah sampai… pi makan kat IKEA dulu lepas tu baru pi eCurve. Kiterang jadi geng baju Hijau sebab sponsor pun warna hijau.

hsn-5

Ni masa pecah papan…kena pecah 2700 keping papan. Dari pelbagai lapisan umur. NI kat luar. Kat dalam ada anak-anak bawah umur 8 tahun. Awwww semua cute tau.hsn1

NI masa lepas habis event ke, sebelum…tak tau… I takde.. I think selepas, masa tu I tak masuk mana=mana kamera. pergi beratur kat Rock climbing. Si Rayyan  nak panjat batu. Abang  and kakak pun nak join. Tapi lama sangat menunggu, terus lost interest. Dia nak balik dah

hsn2

NI masa tengah bow. I kat atas rasanya. ikut suka mana nak duduk kan. Sebab kena jaga Rayyan. Dia tak suka duduk tengah panas.  Nak aircond.

hsn4

Haaa…. inilah buktinya. Semangat juang, semangat setiakawan, semangat kerjasama…

Oklah…. uolss nak tengok penuh tengok je video kat bawah. I nye…yang atas stage tudung pink… hehehehehe

Ngidam nasi lemak

I jarang masak nasi lemak kat rumah. Selalu sandwich , lempeng lah jadi breakfast. Kalau hari sekolah, pagi-pagi mesti ngadap buat sandwich untuk semua orang bawak bekal. NI nasi lemak ni last 2 weekends. Rayyan lah…malam tu tetiba badan dia panas. Dia demam. Siap kasi makan ubat, esok pagi bangun…dah sembuh dah tapi dia mintak nasi lemak.

Pagi-pagi bangun kena masak nasi lemak. Masakk yang simple dah lah ye… Buat nasi lemak, timun takde, so kita goreng kangkong. Buat sambal ikan bilis dan rebus telur. Goreng ayam… Yang bagus buat nasi lemak ni kan…boleh terus buat makan lunch. Kenyang sampai petang. itu yang bagusnya.

NAmpaknya…tahun depan kena rajinkan diri masak nasi lemak so that, Anak-anak boleh bawak bekal pi sekolah.

nasi-lemak