Kem UPSR untuk Ashraff

Lagi sebulan je nak UPSR. MAsih tengok AShraff relax je… Minggu ni busy dengan PSRA trial. Pening gak jadi budak sekolah…every week ada exam. Apa nak buat. Zaman mama dia dulu relax je. BAlik sekolah, makan, tukar baju, buat homework siap pergi kebun, pastu main sungai or main bola…. Sekarang, balik sekolah buat homework berlambak, siap homework, kena sambung study belum kira lagi tusyen .

Last week, Ashraff pergi kem UPSR anjuran KK5 UM. Saja je hantar Ashraff pergi kem, jauh dari environment sekolah. At least bila keluar dari bangunan sekolah, Insya Allah fikiran nya terbuka untuk idea idea baru. Bagus jugak perkongsian semasa kem. Buat plak kat UM. Masuk je UM, I cakap kat Ashraff n Afriena, Mama dulu nak belajar sini, mintak belajar sini tapi tak dapat. Ambik course Ekonomi tapi dapat masuk ITM buat course statistik.  Dorang tanya kenapa tak dapat masuk UM, jawapan I was… mungkin Allah dah tetapkan belajar kat ITM dan jumpa papa kat sana? Steady tak jawapan…

upsr

betul tak I cakap dia relax… relax je while orang lain struggle jawab soalan

Kem AShraff was 3 hari 2 malam. Masa  pagi sebelum ke sekolah dia tanya… mama sampai hati ke nak tinggal Ashraff  kat kem tu mama? hahahaha ayat poyo kan? Anak laki kena kuat.. kena belajar berdikari. Tengah hari lepas jumaat I pergi amik dia kat sekolah then terus ke UM. Dalam kereta senyap je… masuk dalam UM terus cakap… hebat lah tempat ni.. macam best je… Mama nanti hostel dia macam hotel tak? adehhhh

71b65102-a47c-49a7-ade3-efdb98b5345a

baru check in bilik

Bila sampai buat pembayaran terus dapat bilik. Dia dapat bilik hujung sekali… berkongsi dengan budak sekolah lain. Bagus buat macam ni, dapat jumpa kawan baru. Budak sekolah SK Sungai Ramal..sekali ada sorang kawan sekolah dia yang join kem. Dok selang 2 bilik. apa lagi melekat lah dorang berdua plus kawan baru. Dengar citer siap kenduri makan biskut dalam bilik sebelum tido. Ok lepas check bilik… first tempat dia pi check…adalah toilet. Dia cakap boleh lah toilet dia. bilik mandi ada lapan. Biasalah…jenis cerewet, toilet kotor mesti komplen. Tapi masa ahad tu balik terus masuk toilet rumah… Dia cakap 2 hari tak berak toilet kotor… hahahaha adehhh.. macam mana nak masuk hostel next year… kena cari sekolah yang toilet bersih lah agaknya

Last day kem, parents kena join motivasi bersa Hj Hushim. Bagus motivator ni. Banyak info yang dikongsi. antaranya, jangan bandingkan anak, jangan marah anak, kalau tak cermelang dalam akademik , asah bakat dia dalam kemahiran. sentiasa peluk anak, luangkan masa, kalau anak malas belajar belajar bersama, kalau malas baca buku baca buku untuk dia.

13882152_1766331970309691_307559457064556732_n

Tuan Haji tengah bagi motivasi

Insya Allah, dengan kem ni harap Ashraff dapatlah membuka mata untuk berjaya…dan tahun depan Afriena dah cakap siang-siang, Afriena nak pergi kem ni jugak

13895227_1766336370309251_4101808152916231964_n

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.