Eat Out!

Dalam seminggu mesti ada makan kat luar. HAruslah mama pun bosan nak masak hari-hari… normally jumaat malam selalunya makan kat luar sebab petang tu I ada kelas taekwondo. Penat woo ngajar sengsorang . Students ada dalam 35-40, paling sikit 30. Ai ni dah lah suara tak kuat kan, jadi kena lah lari sana-sini betulkan movemoent, tunjuk cara kicking. KAlau Kheirul datang legalah sikit boleh lepak hahahaha. Yang seronok mengajar bebudak ni, walaupun dorang tak duduk diam, tapi kalau kena gaya dorang ikut , boleh buat dengan baik. BAyangkan, I betulkan movement sebelah kanan sebelah kiri dah melompat.  hehehehe…

ANW, selalu jumaat malam , Kheirul bawak makan kat luar kalau I tak masak lah. Selalu hari jumaat pagi sebelum kerja dia dah pesan, tak payah masak. Selalu malas gak nak keluar balik sbb penat. habis kelas pukul 6.45, ngam-ngam 7.30 sampai rumah. Mandi, solat keluar balik. Jumaat lepas kiterang keluar makan kat Johnny Steamboat. Senang. Sebab anak 3, tiga tempat berbeza jadi pilihan. Jadi kena guna kuasa veto. Haaa senang. makan gak kan

IMG_0423

Makin besar , makin nakal Rayyan ni. IMG_0426

Dia lapar sebenarnya tapi kena tunggu makanan lain sampai. Makan steamboat.IMG_0427

dah besar dah anak bujang. Tahun depan form 1. Dah boleh suruh tolong -tolong masa mengajar Taekwondo.
IMG_0429

Yang ni masa ahad lepas. Kat food truck Bangi. Depan PKNS BangiIMG_0430

Ni lah suasana dia… So so lah. I still prefer hawkers style. Hawkers lebih peramah and betul-betul jiwa peniaga. Foodtruck kurang friendly. Makanan dia pun kurang sedaplah. Hawkers /Street food lagi sedap and unforgettable gitu . Yang kat food truck, harga makanan murah but small portion, kurang sedap, kurang friendly. Tapi kalau dorang improve service and kualiti makanan, insya allah ada  peluang cerah untuk kesana lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.