Monthly Archives: July 2016

UPSR makin hampir

UPSR makin hampir… tapi bila tengok Ashraff dia relax je. TAkde pun menunjukkan tanda-tanda takut nak UPSR. haih…. LAgi sebulan nak UPSR, kelas tusyen start bulan depan , kami akan stopkan…suruh dia study kat rumah. Kasi study tenang sikit, KAt kelas tusyen, dia kata ramai and bising…plak dah… Maybe dia biasa belajar dala  kelas yang tak ramai budak. So dia dah cakap gitu, kenalah mama nya kasi extra effort.

LEpas sekolah…chill kejap, swimming ke apa, ke… makan, solat maghrib then start buat revision sampai pukul 10. Pastu solat then tidur. MAcam tulah hari-hari sampai sebulan. HArap-harap adalah sinar harapan dan kejayaan.

Sekarang pun I dah start buat survey untuk sekolah Tingkatan 1. Form 1 dah tak lama lagi. TEngah survey sekolah lah..sebab kiterang memang plan nak dia sambung tahfiz. Rugi lah kalau masuk sekolah biasa. Surah hafazan Ashraff pun dah banyak. Banyak jugak sekolah -sekolah tahfiz kat Malaysia  ni, Ada English medium, ada yang macam biasa, ada yang ajar bahasa cina, tapi dalam mencari sekolah menengah tahfiz, kena jugak tengok prestasi sekolah, fasiliti sekolah, kedudukan sekolah… Semoga urusan mencari sekolah Ashraff di permudahkan.

Tahun depan Ashraff Form1, Afriena plak amik UPSR and Rayyan darjah 1. 3 sekolah yang berlainan. MEmang tragislah kalau time nak amik result ni.  TAhun ni selain UPSR, Ashraff kena amik UPSRA, Afriena plak UPKK dan Rayyan masih lagi menghabiskan sisa zaman budak kecik yang belum bersekolah.

Insya Allah…

Juadah sepanjang berbuka di masjid

Asslamualaikum….

Kami nak ucapkan terima kasih pada yang menyumbang untuk majlis berbuka di masjid sepanjang berpuasa. Sebabnya kiterang banyak berbuka dimasjid. Setiap hari memang akan berbuka di Masjid UNITEN kecuali time I uzur dan bila kena berbuka ngan inlaws. Selain kat UNITEN, pernah berbuka kat Masjid Kota Damansara dan Masjid Bangsar. Berbuka ala akadr..lauk biasa-biasa je.

Berbuka kat masjid ni senang… tak payah nak rushing makan, pastu kena start keter pi masjid berebut parking. Kalau berbuka kat masjid, masa yang ada  utk berbuka , untuk ke terawikh semua boleh dilakuakn ngan tenang. Parking pun tak berebut. Tak kelam kambut masak. Selalu kalau berbuka kat masjid, lauk dia sejenis, satu sayur, pastu buah.

Alhamdulillah…anak-anak tak pernah komplen pasal makan. Dorang makan apa yang ada. Tak merungut lauk sama setiap hari. Tapi mama dia tak sampai hari, so bawak lah telur mata dengan kicap ke, ikan goreng ke, kadang beli murtabak..tak pun buat sambili bilis kacang. Yang tu fav Afriena. Lepas berbuka solat maghrib pun sempat dengan imam.. Lepas maghrib, waktu senggang tu, Ashraff, Rayyan dan Afriena akan amik quran pastu keliling mama. Mama nya ajar mengaji while papanya mengaji sendiri. kiran satu hari dorang mengaji 2-3 sesi lah. Pagi , petang malam..itu bulan puasa kalau hari biasa 2 sesi je kat sekolah. Lepas mengaji, kiterang buat tasmik hafazan. Sessi mengaji ngam ngam habis masa azan isyak..masa tu orang start ramai dan anak-anak kecil pun dah start buat marathon dalam masjid.

heheheh biasalah bebudak, kalau tak bising tak normal lah…cuma parents tu kena lah tegur anak-anak, taklehlah mengharapkan jemaah lain untuk faham. Ni bukan nak kutuk ni tapi sekadar teguran. Ada anak-anak yang berlari -lari atas sejadah langkah kepala masa sujud, parents diam je, ada yang I tengok anak-anak main slide kat tangga, parents tak tau kat ner…seriau je tengok…Takut jatuh nangis tak berlagu.  Tapi ada gak esp young parents yang bawak toys, bawak colouring book nak kasi anak-anak dok diam. Memang dorang duduk diam. cute je…tak kacau orang lain. Siap dapat kawan-kawan join mewarna. Selalu my anak-anak… masa menunggu  nak terawikh dorang siapkan homework. Ashraff selalu dah siapkan kat rumah, Afriena slow sikit bab menulis so selalu dia bawak. Rayyan more to show off ada homework. Tapi dia pi masjid dia solat gak tapi kadang tertido…

Cuma hari-hari last puasa je tak pi masjid..ada lah dua tiga kali solat terawih kat rumah sbb ada jemputan berbuka kat luar and ada satu hari tu semua request nak mama masak ketam…memang lambatlah nak ke masjid kan…

IMG_0244 IMG_0238 IMG_0232 IMG_0289 IMG_0288 IMG_0286 IMG_0260 IMG_0258 IMG_0256 IMG_0255 IMG_0254 IMG_0233

inilah hidangan berbuka di masjid. simple tapi menyelerakan. Alhamdulillah. TQ pada yang menyumbang semoga Allah permudahkan rezeki anda

Raya 2016

Best Raya tahun ni…semua balik dan semua raya kat kampung. Ahli keluarga bertambah sudah

Raya pertama – makan-makan, bergambar, makan dan rewang rumah arwah atuk sebab mak sedara tiri nak kahwin esok nya

319ef2d3-3ed3-470c-9159-d07df9d8372d

Satu family…we missing no.2 sebab tak sampai lagi dari MIL house, then no.3 pi beraya mana tah and no 6 sebab dia tolong snap gambar

13590432_10154193867931328_7224901839590760475_n

menantu no.1, no 5,no.7, no.10,no.8, no.9 depan sekali no 6.. then cucu no.1 and cucu no 5

Menantu lelaki dan anak-anak lelaki. Adik no. 3 takde dalam gambar sebab mana tah dia merayap. Pergi rumah tunang dia lah tu. NI dah tengah hari dah ..tengok dah tukar tshirt dah tu

Ashraff and Rayyan tu saja menyibuk. Tengok Ashraff tu dah nak sama tinggi dengan pakcik dia. Pakcik dia , dorang panggil Apek sebab muka cina.13592782_10154193868901328_3597795619091527129_n

Gambar family…We ‘re getting old, kids ‘re growing up.. n my pipi is getting chubbier13599922_10154193868496328_4999729726815311403_n

Us …on first raya…perut dah kenyang

13612306_10154193868661328_8321608694099288000_n

budak kurus yang makan banyak…macam gigi lagi besar than his badan13631402_10154193867896328_2465969162325138857_n

Satu family with parents…

Raya kedua

Oleh kerana, raya pertama just duduk rumah, orang datang beraya lepas tu pergi rewang kupas bawang kat rumah belakang, so raya kedua lah kiterang pergi beraya.

13567502_10154193867716328_218783913157987223_n

NI rumah besan no .2.. dekat je kat Temangan and rumah dia kat dalam-dalam… My sis , masak nasi lemak lepas tu ada ketupat, tapai dan macam-macam lagi..13590262_10154193867686328_8003177435095855563_n

kita wefie lepas tu pi masuk bilik rumah orang…hehehe saja sebab rumah ni unik…rasa macam rumah kat jepun siap ada bilik bawah tanah
13615393_10154193867631328_8669536905933962207_n

Rumah kedua…besan no 7 kat Bukit Bakar ni kalau cakap kat bebudak ni ada air terjun sure dorang suruh bawak  baju mandi..kang tak beraya plak… … tah apa yang my abah bercerita. Yang penting dia happy …kat sini kami dijamu dengan bihun goreng yang dimasak khas oleh besan lelaki my parents. Dia pandai masak u oll… Pastu ada kek coklat…13615465_10154193867596328_275855429526389238_n

My SIL…she’s chinese muslim… Kalau ngan I , rajin lah dia cakap cina.. lepas gian gitu.. then my sis no.2. Cikgu kaunseling nih..jangan main

13590431_10154193867576328_5062387268626985481_n

Last rumah… Besan no.5.. kat Tanah Merah… fuh punyalah mengharung jem mengalahkan jem kat KL. Penat you all…dah tak pasal kena makan banyak kat sana. Nak balik satu hal plak.

You all mesti perasa I pakai baju sama… I lupa bawak balik baju raya lagi satu… Nasib baik masa rewang tu ada jubah…pakai jubah je. Kiterang lepak sejam je kot setiap rumah. Yelah time raya ni lah nak eratkan silaturrahim… Alhamdulillah besan-besan may parents semua peramah dan baik-baik..rasa macam satu family je. Kiterang cuma tak melawat besan no.1 which is my MIL…MIL beraya kat KL, kalau tak sure lagi best. Pastu besan no 6 plak, Dorang kan chinese and dok perak..so takdelah pi beraya

Lepas habis beraya, kiterang balik lah ke rumah… fuh 2 jam dok dalam jem, nasib baik sempat solat Asar. Stress wooo jem… Lepas baru pi kenduri belakang rumah. Ingatkan dapat lah rasa kenduri air tangan kami yang kupas bawang, tumbuk kelapa goreng huhuhu… lauk sudah habis. Takde rezeki. Adalah hikmah nye tu…

So balik rumah, anak menantu perempuan plak masak…selalu anak-anak laki yang dok ketang ketung masak  untuk berbuka dan juadah pagi raya, kali kiterang kasi can lah ye… ketung ketang masak lauk sardin, goreng telur, goreng sayur siap… lauk nilah yang kami cari. See hikmah dia, Tapi bebudak  (anak-anak dan anak sedara) tau mintak makan apa..dorang nak makan maggi.. Ni konpem muak makan ketupat, pulut rendang lah ni

Best raya…