Projek lah sangat… sebenarnya biasa biasa je… Sebenarnya dah lama nak beli basikal tapi dok pi mai pi mai dok pikir kat mana nak simpan basikal. Maklumlah duduk apartment … nak simpan kat depan takut orng curi…tapi so far takde lagi… kot lah kan…
Takpe nanti nak try cakap ngan jiran… nak park basikal 3 biji kat depan rumah… pastu letak CCTV. So sebab kiterang buat dek je tak beli pun basikal.. budak bertiga tu, menabung. Menabung punya menabung, rimas plak dok tgk dorang dok kira je duit tu nak tunggu cukup beli basikal. Last last ,,, I amik duit tu pi masuk tabung haji terus daftar haji….
Tak puas hati lah dorang… jadinya Ahad lepas, lepas training Taekwondo dengan bau masam masam manis peluh bagai dengan seluar Taekwondo, kiterang pi kedai basikal kat Seri Kembangan. Dah berapa kali lalu situ… aghhh beli je lah…
macam macam jenis dan warna.. tapi takdelah beli yang kaler pink gitu utk Afriena…
ni ada lagi… kat sini ada basikal dari harga serendah RM250 hingga ke entah berapa puluh ribu kot… Yang tu kat dalam dan sebelah lah….
So tgk basikal… last last pilih dua basikal. Satu untuk Ashraff dan satu untuk Afriena. Beli yang besar untuk Ashraff dan medium untuk Afriena.. tiba-tiba, Rayyan tanya… Basikal Rayyan mana? Pastu Kheirul pun tanya dia balik.. Rayyan nak basikal jugak ke? Bila soalan dijawab dengan soalan memang nangis lah dia…hahahha… Suka sangatlah papanya menyakat si kecik tu. Last last kena beli 3 basikal… Mama baru nak pow rollerblade… dah takde bajet dah.
At first Rayyan nak basikal macam ni… kecik sangat lah Rayyan…
So amik yang ni… nanti boleh buang tayar kecik bila dah pandai … emmmm dia dah bawak basikal lepas tangan dah pun
Ni Ashraff punya… yang Afriena punya.. gambar terdelete… takpe ada video
Petang tu… mama n papa tak dapat rest pun dah lah Jumaat training TKD, Sabtu petang Swimming, malam TKD, pagi Ahad TKD…. fuhhh rasa penat… Cakap nak tidur 15 minit.. ngam ngam 15 minit dorang kejutkan… nak pi Taman Tasik Titiwangsa
Petang tu….
Belajar bawak basikal
man tah dorang… ramai orang lepas tu…
Kejap je dia….terus seronok while Abang n Kakak terkial -kial belajar
Besoknya..sambung balik tau..
Pagi lagi pukul 9.30 turun bawah… breakfast pun tak…Beli makan kat bawah…adehhh
Dorang suka lah macam ni…makan kat bawah…lepas tu main basikal… then baru naik. Macam hari ni lepas main basikal…err termasuk mama dia lah main basikal then pi swimming plak…
KEjap je dorang boleh kayuh… 3 session… petang Isnin tu dah boleh dah sikit-sikit… Selasa pagi dah boleh bawak dah walaupun macam mabuk kiri kanan…
tengok je lah video ni
Kot kot ada yang tengah cari basikal…ha boleh lah ke kedai ni