Monthly Archives: May 2016

Durian… Pulut Durian..Hantu Pulut

Hehehehe… 2 Sabtu berturut-turut makan durian. Sabtu 2 minggu lepas, beli durian lepas tu pi makan rumah my brother, sebab kat rumah dia ada SIL and my sis n anak-anak dia… beli 5 biji, campur ngan dia punya dah 3 biji kot. Dorang dah masak bubur durian sesiap… makan bubur durian ngan pulut kat situ, makan durian, lepas tu makan nasi… Bayangkan….

image

Sabtu leas, lepas balik dari kenduri, pi cari lagi durian. Beli kat sebelah Petronas UPM. Beli dua biji. Alhamdulillah mungkin rezzeki kami, sebiji durian tu isi berlapis-lais, sebiji durian ada 16 ulas  isi tebal, biji kecik… yang durian kedua ada 9 ulas je, tapi isi still tebal. Puas hati beli. Siap sampai rumah, tanak pulut, masak santan putih, hiris gula melaka sesiap. Lepas Asar, makan pulut durian. Memang mavelous… lepas makan pulut durian, pergi swimming, habis swimming makan lagi…. dasyat betul. Semua suka pulut durian. Ashraff je tak makan durian, kecuali bubur durian dengan pulut dia makan plak. So yang kat rumah tu dia makan pulut ngan santan je.

image

nampak durian tu satu ulas, rupa-rupanya 2 ulas..

Pelik Ashraff n Afriena ni

Ashraff tak makan durian tapi suka Patin tempoyak

Afriena suka makan durian tapi tak makan Patin tempoyak

Rayyan semua suka dan patin tempoyak tu fav dia.

 

so sapa hantu pulut? Afriena lah… dia kalau pulut memang dia melekat  kat meja makan sampai dia rasa kenyang giler

KidZ & Tech Program @ KidZania During this School Hols!

Kanak-kanak hari ini menggunakan teknologi dengan pelbagai cara berbeza untuk berinteraksi dengan rakan sebaya dan mempelajari kemahiran-kemahiran baharu. Kita mampu menarik minat kanak-kanak ini dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan menerusi Program KidZ & Tech,” kata Susanah Abdul Rani, Gabenor KidZania Kuala Lumpur. “Dengan kepakaran rakan-rakan kongsi kami seperti Microsoft Malaysia, Sasbadi Holdings, Panasonic, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Universiti Multimedia, Program KidZ & Tech ini adalah cara kami untuk menonjolkan aplikasi-aplikasi teknologi yang praktikal agar kanak-kanak dapat menghargai potensi sebenar teknologi, dan bukan hanya sekadar sumber hiburan.”

Secara asasnya, aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan minat di kalangan kanak-kanak di samping memberi peluang untuk mempelajari tentang dunia di sekeliling mereka dan mempelajari bagaimana sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (science, technology, engineering and mathematics – STEM) akan terus menghasilkan pembaharuan di dunia ini.

Keempat-empat aktiviti utama yang dijalankan oleh rakan-rakan kongsi program ini melibatkan sains dan teknologi menerusi cara berbeza:

  • Pengekodan: “Hour of Code” memperkenalkan asas-asas pengekodan dan pemprogaman komputer, menerusi permainan komputer terkenal Minecraft;
  • Robotics: Terokai asas-asas kejuruteraan robotik dan pemprograman menerusi WeDo daripada LEGO® Education;
  • Realiti Berperantara: “Dinosaurs Come to Life” memberikan gambaran tentang bagaimana teknologi realiti berperantara boleh merangsang pemikiran di masa hadapan;
  • Holografi: Melangkah ke dunia unjuran holografi dan belajar menghasilkan piramid tayangan 3D – sebuat alat mudah yang membolehkan anda menonton hologram 3D dan video-video di telefon pintar atau tablet.

Di Microsoft, misi kami adalah untuk memperkasakan setiap orang dan organisasi untuk mencapai lebih lagi. Ini termasuklah melengkapi kanak-kanak dan warga belia dengan kemahiran pemikiran pengkomputeran dan penyelesaian masalah untuk berjaya dalam dunia masa kini yang berteraskan mobiliti dan sistem awan. Selari dengan misi kami, kerjasama dengan KidZania merupakan langkah yang tepat, dan kami kekal komited untuk memastikan kanak-kanak dari setiap lapisan masyarakat mempunyai akses kepada STEM seterusnya memberi dorongan kepada mereka untuk menjadi generasi pemimpin seterusnya,” kata Jasmine Begum, Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Perundangan, Microsoft Malaysia dan Pasaran Baharu. “Menerusi Minecraft dan Code.org, kami ingin menjadikan aktiviti ini  lebih santai, dengan usaha sama dan menyeronokkan – selari dengan matlamat KidZania untuk Program Kidz & Tech.”

Pendidikan STEM sangat penting di abad ke-21 dan ia menyediakan kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran pada masa akan datang,” jelas Law Yi Chian, Pengarah Eksekutif/Ketua Bahagian Pemasaran dan Komunikasi, Sasbadi Holdings Berhad. “Pendekatan secara langsung dalam mempelajari konsep STEM merupakan kaedah yang berkesan kerana kanak-kanak boleh mendapat pemahaman yang lebih baik apabila mereka mengalaminya sendiri. Aktiviti robotik dan pemprograman dalam Program KidZ & Tech adalah kunci utama dalam membentuk generasi pencipta yang seterusnya.”

KidZ & Tech Launch (1)_

Bengkel-bengkel yang telah dijadualkan ini disokong oleh aktiviti-aktiviti dalam talian di www.kidzania.com.my/kidz-and-tech. Menerusi laman tersebut, kanak-kanak boleh mengetahui lebih lanjut tentang individu-individu terkenal dalam teknologi seperti seperti Bill Gates dan John Lasseter dalam bahagian khas “Hall of Tech”; mereka juga boleh menguji pengetahuan mereka dalam teknologi dalam Peraduan Facebook Tech Geek of the Week yang menawarkan hadiah mingguan iaitu Gogel Realiti Maya dan Hadiah Utama iaitu sebuah pen 3D Doodler; dan sebagai tambahan, para penggemar teknologi cilik boleh menjawab beberapa soalan mudah untuk mengetahui siapakah personaliti teknologi mereka!

KidZania Congrezz member Chloe Soh Ke Er (right), 8, from SRJK Yuk Chai and Lishyen Shischir Indran, 12, from Tenby International School demonstrating about Robotics

Tambahan lagi, sebahagian daripada 100 pengalaman lakon peranan di KidZania Kuala Lumpur akan diadaptasikan agar melibatkan aspek berkaitan teknologi. Contohnya, kanak-kanak akan mengadakan perbicaraan tentang kes-kes yang membabitkan penggodaman sistem awam di Mahkamah; mempelajari bagaimana untuk menulis artikel tentang Kanak-Kanak & Teknologi untuk KidZania Post; mendapatkan wallpaper telefon KidZ & Tech ekslusif dengan menggunakan hashtag #kidZtech2016; dan mendengar program secara langsung oleh Zupervisor DJ di KidZania yang akan membincangkan tentang Kanak-Kanak & Teknologi dan memainkan lagu-lagu yang bertemakan teknologi; berseronok di City Parade, Tarian Robotik di City Clock, dan aktiviti Lukisan Muka yang berkaitan dengan teknologi dalam kehidupan moden hari ini. Mereka juga berpeluang untuk mengalami sendiri sesi mewarna Realiti Berperantara dan menyaksikan karya mereka menjadi 3D!

Jangan lepaskan peluang yang mengujakan ini di Program KidZ & Tech KidZania Kuala Lumpur (28 Mei hingga 12 Jun) – untuk masa terhad, diskaun istimewa bagi tiket biasa turut disediakan, oleh itu layari  www.kidzania.com.my untuk maklumat lanjut!

 

Makan Asam Pedas Melaka

Masa pi Melaka hari tu… kiterang makan asam pedas kat Dataran Pahlawan. Ala area Downtown Melaka, Newton Foodcourt. Kalau dari Mahkota Parade to, haaa kat belakng tu je. Dah rasa macam orang Melaka dah, kalau mencari tempat makan kan? Sebenarnya, tak tau nak makan apa, since duduk town area, driving is no no, so jalan kaki cari makan lah . Sekali nampak Newton Foodcourt. Masuk jalan dalam tu… boleh kata banyak gerai jual asam pedas. Kiterang tgk mana yang menarik hati je lah, Last last makan kat gerai asam pedas JR… ye kot tu nama dia. Tak ingat.

Bebudak makan masakan panas gerai hujung, kiterang je makan asam pedas. Lapar ni, lunch cuma makan kuih nyonya yang beli kat Baba Charlie. hahaha tu je.  So I ambil asam pedas ikan pari, Kheirul plak, ikan parang. Lapar sangat, malaslah nak amik ikan parang…menguji kesabaran je. Rasa sikit je,

IMG_0488

Ni lah rupa set asam pedas. Ada telur masin dan ulam. Kheirul amik kupang. Kupang tu sedap tapi sebab over cook, jadi tak sedap lah… BIla overcook, kupang jadi kecut dan keras. Kalau asam pedas tu, kalau tanya Kheirul, dia kata bini dia masak lagi sedap… hahahhaha

Forme not bad lah… takdelah wow factor tu biasa je, sebab normally my asam pedas mesti ada daun kesum, sebab rasa daun kesum tu sedap, pastu ada bendi… Tapi asam pedas ni ok dah… cuma terlebih masin..mungkin sbb banyak belacan. Asam pedas ni, overpowered by belacan. Kena kurang kan belacan sikit…

Habis lah kena lahabau sat lagi, komen asam pedas orang Melaka…Maafkan saya.. mungkin citarasa saya lain … citarasa orang lain plak lain… Tapi hari tu makan asam pedas kat gerai tepi jalan masa konvoi tu, sedap plak.. apa nama tempat tu pun dah tak ingat heheheheIMG_0491

Tengok muka Ashraff dah macam kucing tengok ikan… My kids memang ..kalau asam pedas , sekarang main hirup je kuah.. Dah pandai makan asam pedas.  Memang licin lah kuali tu, Ashraff hirup kuah asam pedas…Kira sedap lah untuk dia… :)

Harga dia pun boleh lah tahan, kalau town area… boleh lah… bergelas kiterang order air, pedas giler …