Ni kira pertama kali lah ada event special untuk sekolah-sekolah agama. Dan kira pertama kali lah anak-anak didik kami masuk tournament wakil sekolah. SOme of you mungkin tak tau kan, Kheirul n I ada mengajar taekwondo kat sekolah tahfiz. Every Friday. Kelas start pukul 5 – 7. Sejam pertama I conduct lah. Buat warm up, stretching yang menyeksakan..well I love stretching. Buat split tu tu kira fav lah. hahahah masa ni lah nak kenakan bebudak. Actually I ada gak mengajar kat tadika. Suka bebudak tu. Kadang kalau tak jumpa seminggu time kelas je, ada yang datang peluk cakap sayang cikgu. heheheh see.. ada yang datang suruh ikat rambut, suruh dengar cerita.. ok lah . kids I love kids
Anw, yang kat sekolah tahfiz ni, 2 minggu nak tournament baru kita decide nak hantar wakil. Sebab tak confident plak rasanya nak hantar dorang. Tapi dorang bersungguh ni. Dalam kelas tu ada dalam 33-35, tapi kiterang pililh 6 orang je. Pemilihan bergantung kepada disiplin (ni penting sebab nak wakil sekolah) lepas tu baru bakat terpendam. Dalam 6 orang tu , 4 orang darjah 5, 1 darjah 6 n satu lagi darjah 4. Ashraff n Afriena antaranyalah sbb dorang paling senior dalam taekwondo sekolah.
Sehari sebelum tournament tu lah sempat training pattern dan sparring. Semua excited. Sebelum ni Kheirul dah ajar techniques sparring, tapi friday tu Kheirul busy, so kena handle sorang lah. OK lah ajar dorang… ajar tips pastu kasi semangan sikit pastu pesan jangan takut. tu je. Macam mak -mak ajar anak.
On the day it self, masa hari kejadian… alhamdulillah Sekolah tahfiz fuqaha berjaya bawak balik 4 pingat. 2 perak, 2 gangsa. Ok lah . Sebenarnya tak target pun pingat sebab first time kan. Ni pun pergi sebab nak bagi dorang dapat pengalaman baru. Mau tak happy. Afriena pun menang pingat untuk sparring. Gangsa je. Patutnya ada can menang emas atau perak tapi dia tak larat, nampak pucat sbb hari panas .. so dia mintak stop. Takpe. next time cuba lagi. Ashraff tak menang . frust dia. Nak buat macam mana, awak badan berat, so saiz tak sama lah bila lawan ngan orang tinggi berat sama. boleh cuba lagi.
ok lah layan gambar-gambar