Masa cuti tahun baru hari tu, semua orang balik kampung, bercuti lah..sob sob sedih nya huhuhu..tapi kiterang disini. aik kereta ronda KL, jalan punya lengang. Hari jumaat tau. Lengan tapi penuh ngan warga asing. Dah rasa macam dok bangla pun ada dok vietnam pun ada. Pusing-pusing ronda-ronda sampailah ke Ampang. Lepas solat maghrib, cari tempat makan. Tengok banyak tak menarik sekali lalu depan pestauran Has Raz…mmm nampak sedap , tenang je.
Hahaha masuk dalam tu..wah ada western. Suka lah bebudak ni. Rayyan n Afriena order Hotdog cheese, Me n Ashraff order sizzling lamb chop and Kheirul order sizzling chicken chop. Tak sampai 20 minit makanan dah sampai. terkejut gak eh cepat nye. Meh tengok gambar
Ni budak berdua tu punya. sorang satu lah. Habis makan hotdog Rayyan usha I punya lamb chop.Dia kata nak rasa je, bukan nak makan. Tapi dia punya rasa setengah pinggan dia makan. Bayangkan kalau suap dia ala ala nak rasa, satu suap untuk dia, satu suap untuk mama, lepas tetiba Afrienaa nak try sikit, pastu tetiba afriena mik fries.. you all bayangkan kasih sayang tu kat mama asyik nak pow makanan mama je dorang. Rayyan kata sedap. Ashraff diam je, I tau sedap. Dia kalau sedap dia makan diam, sbb dia tak nak orang tau apa yang dia makan sedap so that takde orang mintak. Papanya plak tengok my lamb chop macam kucing tengok ikan. Dia rasa sikit, lepas dia kata..kesian mama ..mesti tak cukup. order lagi satulah..ehem ehem..padahal dia pun terliur sbb chicken chop dia dah abis makan.
Ni la rupa lamb chop dia. walau nampak messy…tapi sedap. gravvy dia sedap sesuai dengan harga RM18. No complain alhamdulillah sedap dan kalau boleh jilat pan tu, agaknya Ashraff jilat kot. Dia kata sedap. Seriously kalau dia kata sedap…dah makan 1 pinggan lebih-lebihsebab kita orang tambah order untuk share berempat..lepas tu dia pi sudukan kuah sampai licin memang sedaplah. Memang akan repeat lagi kalau nak makan western yang murah.
Ni chicken chop kheirul. Sedap. I rasa sikit je… dia pun sama makan senyap je. Ni semua taknak kasi orang rasa lah kan hahahah…ayam dia juicy, lembut, gravy sedap.
Ni lah rupa kedai dia. Suasana tenang, orang ramai tapi manageable. Memang orang tak tunggu lama untuk dapat makan. Lepas tu pekerja kat sini semua peramah, sangat islamic oriented, masuk je kasi salam, senyum dan yang lebih penting, I could see lot of loves kat sini. Kasih sayang anak-ibu dan adik beradik. I guess this is family business. Subhanallah…
You all patut try makan sini. Ada burgers, lamb chop, steaks chicken chops and banyak lagi.
Here is the MAP