Yearly Archives: 2015

Nasi Kukus Ayam Goreng Rempah

assalamualaikum awak semua

Apa khabar semua? Susahnya nak update blog time-time cuti cam gini. Komputer ni jadi benda rebutan antara Rayyan n everybody. Komputer satu . Biasalah lah. Gadjet lain taknak, notebook pun tak nak pakai.

Ok lah… Nak share pasal makan nasi kukus ayam rempah. Kat area rumah ni ada jual. Sedap tp malam je lah. Sebungkus rm8 ayam besar , kuah gulai sedap tapi kena sabar lah sikit beratur panjang nak beli. Tapi yg nak citer ni yang makan kat sri serdang depan pasaraya BIG. Haaa yang ni pun sedap. Ni time tgh hari je. Dia ada jual nasi kerabu jugak. Tp since we had nasi kukus ayam rempah let me share it here. Sedap dan murah. 2 orang makan cuma rm10 je. Boleh try lagi ni. Simple menu for lunch

Bila nak bayar tu jangan terperanjat kalau tokey tu cakap RM16 ke RM20 ke, dia gurau selalu.. Orang kelate memang mesro sokmo.

image

Simple jekan… I share ngan Rayyan. Dia makan half, I makan half. Boleh repeat lagi ni makan nasi ni. Bungkus pun sedap

image

Pekena plak ngan ABC simple, pastu makan bawah pokok

brppp Alhamdulillah

Jalan-jalan ke KL Tower

image

kalau baring baru realll nampak kot

Hari Ahad hari tu…macam sunyi rumah. Ashraff n Afriena takde kat rumah, dorang camping hari. Tanpa di duga my cousin WA, cakap nak pergi KL Tower. Haaaa petang tu  pergi survey tempat dulu. Maklm lah tak pernah pergi sana untuk jenjalan kan. Rasanya macam  1 ke 2 kali pi makan kat atas tu. tu pun 10 tahun dulu. Tu kira macam naik teksi, sampai depan tu terus naik. Takde nak pusing-pusing amik gambar ke apa. Zaman  tu takde phone canggih bagai.

So lepas habis survey balik rumah lepak-lepak lepas maghrib baru kelar pi amik dorang kat hotel. dorang ni ni dari Singapore. datang shopping untuk kedai sempena nak raya ni.  Banyak tu shopping tu. Tergelak dorang bila I cakap kiterang tak pernah pi sana…hahahaha percayalah!!!!

image

Suami sepupu cakap… cepatlah… menggigil kaki tahan nak amik gambar…hahahaha

Rayyan rasa  pelik jap. Dia cakap panjang nye, sambil bukak tangan dia… Bukan panjang lah, tigginya…

image

gambar pengantin dengan anak lelaki yang sangat comel an banyak pot pet.. dia suruh cepat sbb dia lapar nak makan

Dia balas balik ala kenapa tinggi???? Gitulah gaya perbahasan dengan Rayyan

Setengah jam je kat situ amik-amik gambar pastu pi makan. Baru ku tau kat situ ada mini zoo…hehehehe. Tapi mahal macam nak masuk Zoo Negara. Sepatutlah kan pihak KL Tower set harga macam ni, untuk warganegara dengan My Kad, harga 30-50 peratus diskaun, manakala pelancong harga penuh. Sepatutnya untuk semua  tempatlah termasuk jugak dengan pengangkutan awam. Kalau kat setengah negara warganegara dapat 50% murah atau free…  ke dah ada kat potongan harga untuk warganegara.. Sebab Kheirul naik LRT dia kata takde :(

Correct me if I’m  wrong.

Rempah 4 sekawan

Hi you all…

You all kenal tak rempah 4 sekawan? Rupanya adalah yang tak kenal … haa tu lah mak suruh tolong masak kau tak nak kan!!! Sabtu lepas kiterang pi buat grocery Shop kat Subang (no longer buat online Shopp ngan T35c0 sbb selalu dapat benda yang tak puas hati. telur pecah, sabun pecah, salah barang… penat dah nak komplen. Patutnya maintain lah quality service.. ni order pukul 12, pukul 6 baru sampai. Telur yang pecah pun dah macam scramble egg. Bayangkan telur 30 biji… ada 9 biji dah jai scramble egg, lepas banyak yang retak. So buat masa ni better pi AEON BIG dulu… at least ada gak alasan untuk cuci mata.

Nak jadi cerita, hari tu , masa kat Spice Corner, ada satu group teenagers tengah mencari spice. Dorang ada least lah apa barang nak beli. I kalau kat spice corner memang lama sikit sebab suka kat kawasn tu. Spice and herbs are amazing for my thought! hahaha gitu… suka dok situ tengok n baca.  Actually satu family lah suka dok situ pastu ada yang tanya ni apa , tu apa padahal ada je tulis kat situ kan. Tapi yang kelakar group ni, dok bising cari rempah 4 sekawan.. satu satu dia baca tapi tak jumpa mana satu. Pastu ada member yang cakap kau google kejap lah macam mana rupa dia, pastu ada lagi call rumah tanya… Tapi ada sorang yang cerdik… tanyanye akak tu… Nak tergelak aku budak bujang ni tak kenal rempah 4 sekawan.

I baru amik benda tu, sebab kat rumah dah habis. Ni benda mesti ada . Nak masak sup, kari, ayam masak merah, masak kicap, semua lah I guna.

tiba-tiba

“kak… tumpang tanya, rempah 4 sekawan macam mana?”

I pun senyum..sebenarnya nak tergelak..

” Rempah 4 sekawan yang ni lah” sambil tunjuk paket yang I ambil tu… Dia kena ada kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.

Ohhhh yang ni… terima kasih kak

bagus bebudak ni…muda-muda dah pandai masak

Pastu Kheirul datang…

Kheirul: dorang nak apa?

Yatie : Dorang tanya rempah 4 sekawan tu apa

Kheirul: ohhh… tak tau ke?

Yatie : Takkkk…siap nak google bagai

Kheirul: iye???hahahaha…rrr rempah 4 sekawan tu apa????

Inilah rupa dia

buah pelaga, kayu manis, bunga laang dan bunga cengkih

buah pelaga, kayu manis, bunga laang dan bunga cengkih 

Gambar ni saya ambil dari blog http://i-dzhulqarnain.blogspot.com/2015/03/mari-buat-rempah-sendiri.html 

menarik plak kat blog tu ada pengkongsian untuk buat rempah -rempah seperti kari ikan, kari daging, kurma dan banyak lagi…