Monthly Archives: October 2015

Nasi +kicap+telur= sedap

imageTah kenapa semua orang jadi mcm Rayyan. Makan nasi dgn kicap dan telur. semua orang kecuali Afriena. Dia kan pelik.

ni sebab tengok orang share dlm fb resepi nasi ngan telur mata dan kicap. Dua kslu berturut mkn benda ssma tu pun Kheirul request nak makan lagi. Sabtu malam dan Ahad tengah hari. Malam tu request lg. I dah tak sampai hati nak masak mcm tu. Tp semua makan prnuh selera. Sbb I tak suka rasa telur kuning lembik lembik… So I goreng bawang dan cili tabur atas telur dan jirus kicap. Sedap… Telur kuning tu kasi rayyan .. I amik yang putih. Yang kuning cair meleleh atas nasi sedap jugak tapi kena berulan cili lah. Ketagih woo menu sempoi ni. Ashraff n papa dia 2 biji sorang.

you all suka tak makan macam ni?

Kenduri Kahwin Fadli

Balik Raya hari tu, sebenarnya sekali ngan ada urusan kenduri kahwin. Asala dengar kenduri je, penat dengar. Belum lagi pasal kena buat kerja. Alhamdulillah urusan kenduri berjalan lancar dengar bantuan anak-beranak, saudara-mara, sepupu-sepapat, ipar duai dan jiran tetanggga. Terima Kasih semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung. Dia punya busy pasal kenduri, balik kampung hajat di hati nak ziarah kubur Allahyarham atuk, tapi tak sempat lah. Event kenduri tahlil pun tak pergi tolong. Walaupun belakang rumah. Sebab kenduri masak sendiri paham-paham je lah. A day before raya lagi dah busy sebabnya, I bertugas siang ikan 15kg. Bayangkan bau dia. I gagahkan diri untuk siang ikan walaupun selalunya kat rumah I jarang siang ikan sebab suami yang buat semuanya, tapi hari tu my husband was not feeling well. sakit perut katanya. So berkat tunjuk ajar dia… sejam ke sejam lebih ke dua jam? kot siap siang sekali ngan cuci ikan dan bersihkan dapur sbb takut lalat datang melawat.. Tak mo kasi orang lain siang sbb takut sepah. I memang perangai gitu. Buat kerja tak boleh sepah-sepah, lepas buat kerja lantai kena make sure bersih, mesti siap mop. Punyalah cerewet. Nasib baik ahli keluarga faham. Siap siang ikan masak untuk makan malam. Raya pertama pulak, separuh hari raya ngan MIL, siap berjalan 3 buah rumah, lepas tu balik my rumah plak sambung kerja. Siang bawang, buat itu ini, cili…buat sendiri semua , make sure everything is ready sebab esok bila orang nak masak smua dah ada. Tu belum lagi kena masak untuk makan tengah hari lagi. Ye kakak yang sulong jugak kena masak. Pastu dorang lah cuci pinggan. Hari tu balik kampung rasa paling penat kot sebab ulang alik dari Melor dan Temangan.

Actually my brother, Fadli kahwin 2 hari sebelum raya, takdelah busy mana masa hari nikah dia just siapkan barang hantaran cuma masa majlis menyambut menantu je, yang busy terlebih. So my mom cakaplah … nanti next kenduri sapa yang nak kahwin kita tempah je. Tak payah masak sendiri. Ye bosss…… Memang kena buat gitu lah. Penat lah.Penat terlampau. I sampai balik KL terus demam.

Ikutilah gambar kahwin. Itu je gambar yang ada diambil ngan tepon. Yang lain kena tunggu ke tunggu photographer punyalah. Selamat pengantin baru Fadli dan Fairuz

image

akad nikah… dia kata berdebar walaupun dah ada pengalaman. hahahaha

 

fadli2

ni bertunang …

 

image

bersanding

image

ni suap pulut ke apa tah

image

ni je sibling yang balik… yang lain balik masa hari raya untuk majlis menyambut menantu

image

yang tudung merah tu nenek tiri kiterang

image

hantaran pihak lelaki

 

 

 

image

hataran pihak perempuan

image

dessert table and ada guestbook. Yang GB yang best ni. anak-anak sedara pengantin habis dok tulis. Siap lukis gambar orang lidi lagi. Pening ngan dorang tapi sure akan jadi kenangan terindah.

 

 

 

Nasi Bambu Sg Klah

Sebenarnya, sebelum ke SOngkla kami berlima pergi ke SUngai Klah. Oleh kerana kiterang nak balik Kelate, rasa malas nak lalu grik atau simpang pulai, maka dengan rasa semangat kiterang pilih ke SOngkla lepas tu lalu Pattani dan Narathiwatt lepas tu masuk ke Golok dan Rantau Panjang then balik ke Mache’. Hahahaha punya banyak pusing dah… Lalu Narathiwatt dan Pattani, memang banyak check point. Tapi everything went smoothly. Alhamdulillah. Tak semestinya perlu naik kapal terobang untuk lihat negara orang, drive pun boleh infact…sangat menyeronokkan. Kalau lalu Pattani, sepanjang jalan pntai dia sangat menarik. Tapi kiterang tak singgah sebab nak sampai rumah before Asar sebab esok ada akad nikahdan bersanding  my brother. Mesti kena rest cukup cukup.

IMG_0421

Merasa lah jugak makan nasi bamboo. Kelab kereta yang organised. Ni menarik ni. Asal makan mesti pergi. heheheh sampai sana pukul 11 lebih. terus amik seat makan. Kena makan dulu sebab nak ke Siam plak kan.

IMG_0418

Yang spesel makan kat sini adalah Nasi dia , dia kukus dalam buluh.  macam lemang. Bila sampai nasi kat meja..mmmm wangi bau dia. memang meikat selera.  Tang lauk plak, ada ayam bakar. Sedap ayam tu, pekena dengan sos pencicah dia. Boleh tahan makan.. Ada jugak Patin Tempoyak. Tapi tak kaw.. mungkin yang makan ni orang pahang dan pecinta patin tempoyak pahang atau mungkin patin dia bukan dari Sungai Pahang?

IMG_0419

Tapi not bad lah…cuma selalu kalau makan tempoyak Patin Pahang, mesti licin kuah kena hirup tapi yang ni tak licin. Tak hirup pun kuah. Ke sebab Rayyan tak nak duduk situ lama…. Dia tak nak duduk atas kerusi makan nak beriba… Cuba bayangkan budak 5 tahun makan nak beriba? Alasan sebab ada lalt dan panas. Stress gak makan macam tu. Susah sorang City Boy ni. Takut lalat, takut semut, tak suka panas,  leceh betul…  Dah tu tepi ladang kelapa sawit???ish geram… berapi je kepala masa tu. Rayyan memang tak suka makan tempat panas-panas, sebab kulit dia sensitif…kejap je naik gatal gatal… Tu yang kekadang bukan kekadang sebenarnya selalu lah jugak tak berbaju..Kadang eluar rumah pergi mana-mana baju dia dia campak kat dalam kereta tak nak pakai baju. Tidur malam pun macam tu jugak. Tapi  time cuci baju, baju dia jugak yang paling banyak

IMG_0417

Oh ya kat sini nak makan kena layan diri. Sebenarnya ada banyak lauk lagi. Tapi Kheirul amik lauk yang dia berkenan je. I memang tak gerak pi manalah duduk kat meja je. TEmpat makan ni dekat ngan Hotspring. Should try not bad jugak makan sini.

Sekian