Dah lama tak tengok movie kat cinema. Bukan satu keperluan yang harus dilakukan secara mingguan atau bulanan. Mungkin sekali sekala. Tengoklah apa movie yang menarik. Hanya orang kaya-kaya je mampu pi tengok movie setiap minggu. Hheheheh… Betul lah kalau pi satu family tengok movie, memang berhabislah RM100 lebih kan. Cuba kira kalau setiap minggu untuk setiap bulan pada setiap tahun? Nasib baiklah Ashraff dan Afriena ni bukan jenis yang suka mintak-mintak itu ini.
Sebenarnya plan nak tengok movie tu memang takde pun. Selepas balik kenduri, masa duduk meratap duka lara dalam kereta menghadap jem yang tah apa-apa, I pun cek status member-member kat FB, Sambil cek status mulut dok mengomel.. apa lah semua ni dok update status tengok Avengers ni? Sekali Kheirul cakap.. Jom kita tengok wayang malam ni nak? hhhh apa lagi… yang kat belakang terus angkat kepala nak nak nak. Balik rumah suruh siapkan hoework, buat revision while I buat online beli tiket wayang. Senang je.. beli online tiket popcorn semua. Pukul 6.30 dah keluar rumah sbb takut jem. Sampai Mines ngam ngam maghrib. Solat dulu lepas tu melepak sekejap sambil tunggu Afriena siapkan homework khat dia. Dia kalau buat khat memang slow. Buat satu pi tanya semua orang… ok tak lawa tak??? Show pukul 8.30, Pukul 8.20 baru bertenggek kat depan tu. Pi amik tiket, amik popcorn pastu seludup chips hahahahah
Kembang kempis hidung anak-anak dapat tengok movie. rasanya dah lama kot tak tengok wayang. 2-3 tahun kot. Dah dapat seat masing-masing makan popcorn tengok movie. Susunan kena betul. Papa-Rayyan-Mama-Afriena-Ashraff. Memula Ashraff nak duduk sebelah I, pastu I cakap… Ashraff boy, kena jaga Afriena…hehehe.Rayyan tergelak-gelak tengok Mega Ironman belasah Hulk. actually ramai gak orang bawak anak tengok wayang. Mostly bebudak excited lah… cuma kalau budak yang kecik tu..ada sikit mengganggu lah. Berlari sana-sini, mak bapak buat dek jer… hish geram je Rayyan tengok… dia kan takleh tengok orang lari sana-sini.. sbb dia macam nak join jugak. Tapi lagi 30 min ke 40 min nak habis Rayyan tido. Kena lah ngangkut dia balik lepas movie sbb tak bawak stroller.Apa-apa pun memang best. Next movie yang dorang tunggu alah Star Wars..jeng jeng jeng jeng.