Yearly Archives: 2014

Maggi Kari Ketam @ Bucida Court

Alkisah cerita selepas melawat kawasan 1U, Kami pergi makan kat  Bucida Court. Inilah Kheirul yang cakap, Dia bilang, kawan dia bilang, makan situ sedap. Makan Maggi Kari Ketam. Maka kami peminta ketam pergilah makan kat situ. Dekat je dari 1U. Nama gerai yang jual Segala jenis masakan ketam ni ialah Miss Pah Hot Pot’s. Kami sampai masa tu dah pukul 6. Ada lebih kurang 10 gerai kat situ. Tapi Miss Pah je yang nampak mula ambil order. Yang lain, bila nak order semua tak de dalam menu lagi, belum masak lagi, belum bukak lagi. Aiyo…too bad lah peniaga, It’s weekend, bukalah awal sikit, Nanti senang nak order. Budak-budak ni kan suka makan western, tapi semua yang dorang nak takde, terpaksa order mee hot plate kat Miss Pah. Nasib baik dorang makan. Next time kalau nak datang sini, we will come a bit later after Maghrib.

IMG_0764

Ini lah rupa menu yang saya order. Saya request ketam bunga, sebab kalau ketam nipah masak dalam kari, saya tak berapa nak “in”, Ketam nipah.. saya cuma suka kalau buat chili crab, black pepper, or any dry dish. Tapi nxt time kalau datang, mesti mau order 2 ekor ketam. Talak cukup la seekor. Rasa dia???? Kuah kari dia pekat lemak berkrim…Kena plak dengan jus dari ketam kan. Jus ketam bunga rasa dia lagi tajam penuh perasa memang sesuai untuk kuah kari. Memang makan pun senyap je sedap. Ketam plak di masak dengan sempurna. Tak overcook tak pulak undercook. Memang sedaplah…

IMG_0765

Yang ni ketam nipah. Buat masak sweet sour. Ni Kheirul punya. Dia makan dengan nasi. Saya kalau ketam macam ni suka makan kat rumah. Kalau makan kat kedai, mesti orang tengok tak nak buat besan. Bersememeh nanti. Rasa dia, Ketam tu je pun sedap. Rasa yang fresh, mana tak fresh…pilih masa dok merangkak dalam kotak lagi. Kena dengan sos masam manis… hehehe dapat lah jugak merasa kaki dia satu tu sebab Kheirul kedekut taknak share.

IMG_0769

Tengok licin mangkuk saya. Punya sedap. Miss Pah mesti happy tengok pelanggan makan licin. Sampai kulit ketam pun takde.

IMG_0772

Haaa nilah kedai Miss Pah Hot Pot’s. Sapa yang datang sini, jangan risau ada surau kat depan parking tu, ada toilet yang bersih kat belakang. Masa pergi toilet tu bersih dan mendapat kelulusan dari Rayyan, Ashraff dan Afriena. Sebab kalau toilet kotor berlendir , hampeh dorang tak nak masuk.

Macam mana nak pergi sana?

Ini ada peta lokasi Bucida Court

peta

 

Alamat Bucida Court

Lot 2816 Jalan Damansara, Sungai Penchala, KL

GPS Coordinate

3.159550, 101.615959

Sekian….

 

 

Sawanila Down Satu Hari

Alhamdulillah….dapat jugak update blog ni. 1 hari setengah jugak dia down duw to hard disk crashed kat exabytes. Rindu blog kita tau. Patutlah hit hari Selasa sikit. 400 jer. Pastu posting pasal jalan-jalan pun hilang. {osting pasal apa lagi hilang tah. Semalam satu hari down, boring jugak.

Kejap-kejap cek dah up ke belum.Semalam hit cuma 13 je…huhuhu 13 ??? itu hit bulan pertama blogging tu. So sekarang sudah tak tau nak cerita apa kan. Kena flashback ni. Oh ya… weekend lepas kami pergi Subang Parade. Pergi Survey tempat. Ingat nak meniaga kat Bazaar.Nampak berkenan, dan sudah apply namun belum ada jawapan dari organiser. Nanti bila dah confirm, saya akan announce kat sini ye. Jadi sesiapa nak merana lasagna Mrs Mama, boleh lah ke Bazaar. Selain Lasagna ada lagi menu lain.

image

Subang Parade:Nasib baik budak hensem ni tido. Dan paling best ada tukang tolak. Mama n papa boleh jalan manja-manja gitu

image

Subang Parade:New Afriena, pergi Tae kwon do pun pakai tudung. Alhamdulillah

image1U: tengok je tak beli, Kheirul tanya Nissan Serena, I said I don’t like it,macam bawak bas. Tak cool, Tak sporty

Ahad plak kami pergi 1U, Hajat utama cari kasut Kheirul. Dia bab shopping memang, berjanggut semua orang ikut. Jadi anak-anak dan bibi kena bersabar. Dapat upah Roti Boy semua diam.

image

1U: Budak kedekut, makan roti boy takmo orang tolong. Tak boleh sentuh dia. 

 

Lepas cari kasut Mr Papa, pergi plak mencari socks Afriena. Dia sekarang dalam roses menutup aurat. Jadi dia nak pakai socks jugak . Alhamdulillah. Azam tahun baru dia menutup aurat. Syukran ya Allah, sebab anak sekecil 9 tahun terbuka hati untuk berhijab. Kita sebagai ibubapa cuma perlu bimbing dan terangkan kebaikan dia. Kecik lah senang. Semoga dia istiqomah hingga akhir hayat lah.

Lepas u pergi makan Maggi ketam. Yang tu nanti saya update la ye… Nak buat breakfast plak. Nak breakfast apa pun tak tau.

Roasted Chicken bila malas masak

Alhamdulillah… dah start sekolah budak berdua hari ni. Nasib baik senang kejut bangun tidur. Semalam pukul 10 , saya dah suruh tidur. Saja petang tu bawak jalan kasi penat. Cuma yang lambat tidur, Rayyan la.  Bila cakap kat dia, Rayyan pergi tidur, esok nak pergi school, dia jawab..

Tak nak scoooll (read:school), tak best.

Hah macam tu lah jawapan dia.  Ada je jawapan dia. Pastu bila saya suruh pergi pee before bedtime, dia cakap tak nak pi.

Pastu Saya cakap..

Ok tak nak shee shee takpe, nanti kalau shee shee on my bed, mama cut bird.

Tak nak cut bird,terus cabut seluar pi toilet. Tau takut.

Ashraff n Afriena nampak smart plak dengan uniform baru. Baju kelabu dan seluar hitam. Dapat beli 3 pasang je. Sebab sekolah kena tempah dulu. Ok lah tu. Cukup la tu sebab , hari Riadah, boleh pakai baju sukan je. Dan Ashraff hari Jumaat plak, pakai jubah putih.

Ok…saya nak kongsi kisah masakan orang malas. Kalau hari cuti je mesti malas nak masak nasi, lagipun budak-budak ni cakap nasi boring. Amboi….. Jadi saya buat roasted chicken, mashed potato dan steam vegie. Masak yang simple dan tak payah lap mintak kat dapur. hehehe. Tak payah cuci kuali yang penting.

image

Simple lunch. Tapi sedap. And this is the best way to get my kids to eat all the vegie. Memang dorang makan sayur macam tu. Resepi dia ada kat sini. Sila click.: Resepi Ayam Bakar

image

Pastukan….look at him. Orang dah pergi sekolah dia belum bangun. Acaner nak ke sekolah macam ni. Takut nanti time nak pergi toilet dia nak balik rumah. Semalam sakit, perut pun ajak balik rumah, tapi sebab dah tak tahan sangat, dia ajak pergi toilet. Nasib baik toilet bersih. Kalau kotor mesti dia tahan tak nak masuk. Memang cerewet, lantai kotor,tak nak pijak. Baju kotor tak boleh pakai. Adehhhh. Nampak kain hitam putih. Itu kain pario saya, tapi dia nak buat selimut.