Yearly Archives: 2014

Mrs Mama @Pop Up Heaven, Plaza Damas

Alhamdulillah…perancangan untuk buka booth di Bazaar yang sepatutnya bulan April, tapi datang awal nampaknya. Jadi di sini, kami mengumumkan Mrs Mama akan berada di Bazaar seperti berikut:

Location : #popupheavenbazaar at The Fountain Courtyard, PLAZA DAMAS (In between Dorchester and Mayfair Apartment)

Date: 25 Jan 2014 (Sabtu)

Time : 12pm-9pm

Menu : Lasagna, Sticky Date Pudding,  Cream puff and Banofee Pie

Jadi , kepada sesiapa yang nak merasa lasagna atau dessert yang lain silalah datang. Tawaran harga, adalah dari RM2 – RM15.

lasagna2

Semoga semuanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan semuanya. Percubaan pertama untuk melebarkan sayap. Insya’ Allah. Cuba dulu baru tahu. Saya ni takde pengalaman bukak booth , jadi rasa jugak berdebar ni. Sebab tak tahu macam mana suasana dia macam mana. Dah saya ni pemalu. Jemput hadir semua ye.

Si Dara dan Si Bujang

Dah tahun 2014, masing-maing anak dah meningkat nak masuk alam remaja. Tak lama lagi lah… Macam Ashraff dah nampak sedikit kematangan. Dah boleh suruh dah. Kalau suruh cuci pinggan, lap meja atau cuci toilet, dah boleh buat. Senang lah kalau suruh. Ashraff nanti nak mandi tolong cuci toilet ye… ok mama. Senang lah anak besar. Ajar few steps dah ok dah.  Kalau masak pulak, setakat suruh kacau sauce ke, buat french bread atau masak telur boleh lah..tapi kalau yang melibatkan minyak panas atau sup, no , no no. Nak masak kalu, cuma boleh boleh masak pakai pan yang tak payah pakai minyak.

masak

Afriena plak???she always thought she is a baby. Every morning, kejut bangun nak pergi sekolah senang, tapi lepas mandi pakai baju sekolah, mana dia letak punggung, situlah dia tidur.before solat, after sola, tengah duduk, tengah makan, tengah pakai kasut, tengah doa…tidur je dia. tidurlah awal macam mana pun,dia mesti sentiasa akan mengantuk. ANW, Last week masa kemas bilik dia, saya jumpa kertas terselit kat buku-buku dia…

afrienalove

Ni mesti dia buat time-time boring kan. Tulisan Afriena memang buruk sikit, kalau nak banding ngan Ashraff sangat jauh beza. Tapi Afriena suka berkarya. Kalau dia dok dalam bilik sengsorang ada je benda dia buat. Dia buat orang pakai kertaslah, dia kaler lah, dia gunting kertas buat objek apa benda tah. Dan Afriena rajin melayan Rayyan. Melayan adik dia main. Mainlah dua beradik tu masak-masaklah, apa lah lagi.

playdoh

Hari tu, dia ajak buat playdoh siap kasi resepi tapi I tak paham kenapa playdoh ni lembik. Little help please. First day ok, second day jadi lembik plak

Gulai Serati @Kelate Corner

Sapa pernah makan itik serati? Ok Ok Soalan pertama yang perlu di tanya, Sapa kenal itik serati?Kalau sapa tak kenal, meh sini saya cerita. Itik serati ni spesis itik jugak, tapi badan dia lebar. Pastu kalau dia jalan memang terkedek-kedek. Kalau kat Kelantan, mesti ada orang bela dia. Ye lah nanti dah cukup haul, boleh sembelih dan makan. Dulu masa kecik-kecik dulu kat kampung ramai orang bela itik serati. Lepas tu kan itik serati ni suka berak merata. Hish dah berapa kali saya kejar itik tu masa kecik dulu.

Walaupun dari kecik suka lah sangat kejar, suka buli serati tu, saya tak berapa ingat saya pernah makan serati ke tak? Rasa macam pernah makan tapi tak ingat dah rasa dia . Jadi bila dah tua macam ni bila dapat rasa makan memang rasa woww sedapnya. Jumaat lepas kan cuti tapi Ashraff dan Afriena sekolah, jadi lepas hantar dorang pergi sekolah, kami bertiga pergi sarapan. Sesutu yang jarang dapat buat ni. Nak kena tunggu Rayyan sekolah, baru boleh merasa dating berdua or perhaps a honeymoon trip. Kan bang? Kami singgah di Kelate Corner. Kelate Corner ni kat Merab, lokasi dah berubah . Dulu kat tempat buat U-turn, sekarang dah pindah  sebelah Ramal Seafood, bertentangan dengan Sekolah Abu Bakar Baginda. Alaaaa mesti boleh cari punya lah. Kalau dari SILK, nak ke Bangi mesti lalu Sek Abu Bakar Baginda. Sebelah Sekolah tu Kedai Kak Mah Nasi Dagang Gate 1, situ pun sedap makan. Kalau terus plak, seberang jalan Kelate Corner. Nanti nampaklah kereta berderet..haa situlah tempat dia.

Jumaat lepas, mulut Saya ada ulser, tapikan mesti mau makan,Perut sudah lapar. Jadi Saya order Nasi Kerabu dengan Gulai Serati. Kheirul plak order Nasi belauk gulai serati.Nasi Kerabu sedap dengan budu yang banyak dan sambal yang pedas. Kena plak dengan Teh O.Rayyan tak makan dia tido dalam stroller. Jadi kita bungkuskan dia, Pulut Sekaya, Kuih Lopes dan Akok. Haa Dia makan 2 keping each kecuali akok, dia makan semua.

Apa rasa gulai serati?

Subhanallah…sedap sangat. Rasa macam makan lauk ayam yang berperisa kambing. Cukup dengan rasa lemak disertai dengan kekenyalan daging serati. Memang kalau orang ajak makan lagi, laju je saya mau pergi. Rasa macam nak ternak serati plak. hahahaha

serati

Punya banyak minyak, tapi saya tapis minyak tu… hehehe nanti habis segala kalori yang dibakar ..hahaha.