Yearly Archives: 2014

Pasar Tani Machang di pagi yang sejuk

Bestnya balik kampung. Walaupun sekejap tapi penuh dgn pengisian. Pengisian apa? pengisian perutlah. Ada tomyam, ada kerabu pucuk paku, ada nasi dagang, ada nasi kerabu ada nasi Mandy, adaSiput Sedur, Ada maggi Ketam… Macam mana tak penuh perut?

Tapi yang paling best balik kampung selain jumpa parents adalah kerana suhu kat kampung yang sangat sejuk. Pagi-pagi tak payah nak berangan nak mandi. Pijak lantai pun dah tak sanggup. Bukak tingkap pagi-pagi adalah tidak dibenarkan sebab sejuk sangat kat luar. Suhu kat sana ada dalam 18-19 darjah celcius. Mau tak sejuk. Nak mandi tengah hari pun terpekik-pekik dalam bilik air. Malam kipas pun tak payah bukak.  Jangan mengekuh dan saya bukan mengekuh, saja nak berkongsi kenikmatan. Bestlah sejuk macam ni, feeling kat kampung dah macam kat Cameron Highland. Kami sekeluarga sampai kampung saya pukul dah nak pukul 3 pagi. masa tu suhu 19 darjah celcius je. Wow. berasap mulut heheheh.

suhu

Dah sampai pagi, tidur kejap lepas tu breakfast nasi bungkus. Dah breakfast, baru keluar dating kejap. Dah lama tak keluar berdua,merasa lah berdating sbb Rayyan taknak ikut. Bila ajak dia keluar dia cakap takna ikut, mama go…bye bye. Nasib baik tak cakap bye bye see you tomorrow sebab dia suka cakap camtu sekarang.

Pergi pasar tani kat Machang yang memang sangat dah lamatak pergi ada lebih 10 tahun mungkin sejak sekolah dulu kot. Wow macam-macam ada. Banyak berubah. Sejak muda lagi, hati memang suka dengan Pasar tani, semua benda ada. Cari sayur, carilauk cari amcam-macam beli kuih, Masa kat Pasar Tani pun ramai pengunjung masih mengenakan baju sejuk sebab memang sejuk lah.Pergi Pasar Tani tak lama ada dalam sejam lebih je sbb nak kena cepat balik nak masak lunch and bebudak pun nak breakfast.

image

Singgit 4

image

Mata dah rambang kalau masuk sini. Tak keruan hati nak amik gambar pun lupa

image

Yang ni kena try… sedap

image

Geram nak membeli tapi mana mau letak

 

Cuma beli lauk untuk masak hari tu je. Tapi ada lauk yang menarik iaitu, siput sedut. Ni siput sungat, besar dan panjang sikit.Lupa nak amik gambar tapi memang sedaplah sebab isi dia kenyal. Mak saya buat masak lemak. Memula dia nak letak daun kaduk, takjumpa plak, Yang dia jumpa dia tak konpem tu daun kaduk ke tak, kang mabuk plak katanya…dan saya [ulak masak tomyam campur, lepas tu ada ayam goreng , sambal tempoyak, ulam….

Singgah D’ Klasik

Dah  5 hari tak update blog. Busy.Saja nak kongsi tempat makan kegemaran. Kedai makan siam ni bagus sebab ada tomyam n masakan panas beserta western food. Dekat ngan rumah dan bebudak pun suka makan sini.

photo 1

Sorry gambar gelap, sbb kedai dia lampu romantik. Kami selalu order kailan ikan masin. Memang sedap dan rangup

photo 2

Yang ni memang kena order. Tomyam dia cukup rasa masam pedas n sikit manis. Tak kedekut barang lahphoto 3

Sotong goreng tepung kesukaan rayyan. Rangup. Rayyan suka lah tapi saya lagi suka sotong goreng tepung kat tepi pantai

photo 4

Ikan steam. Kali ni dia stim dengan bawang putih jeruk dan buah plum jeruk. Sedap. Memang habis sekor.

Selalu kalau datang sini, Ashraff suka order chicken chop. Memang chicken chop je lah. Sebab dia kata sedap. Rayyan n Afriena plak…mushroom soup. Kedai ni memang ramai orang datang makan sebab murah dan portion dia besar sikit.

Kat mana kedai dia? Lokasi dia kat Sri Serdang, kalau dari UPM masuk ke Seri Serdang dekat lah. Kalau dari Seri Kebangan..lalu depan balai polis trafik, jalan terus amik roundabout first junction, terus lagi nampak Beryl’s factory sebelah kiri terus, lepas trafik light..jalan terus sebelum trafik kedua nampaklah dia sebelah kanan.

Sekian

 

 

Menu Sarapan yang senang

Apa menu sarapan yang senang nak buat? Ada orang yang senang adalah yang beli. Betul tu. Kat sini kalau yang common, asal beli breakfast mesti nasi lemak, roti canai, mee goreng.  Muak kan. Tapikan I kena mengaku yang I dah lama tak makan nasi lemak. Sangat rindu nak makan nasi lemak. Nak jugak masak nanti tapi kena lah ada sambal yang best. Sambal Sotong ke, sambal udang ke, lepas tu jangan lupa ikan bilis goreng dan telur rebus. Kalau kecik-kecik dulu ada lagi tambahan, ikan selar kuning goreng garing dan kangkung goreng. Memang best lah.

Tapi kalau hari biasa macam ni, orang pergi sekolah semua, tinggal berdua kami makan toast je. Senang nak buat dan sedap. My all time fav is , Butter n Sugar toast, sampai garing then cicah teh o kurang manis yang suam.

Alhamdulillah, lega perut yang kelaparan pepagi kalau makan macam ni. Then pukul 12 karang baru cari lunch plak.

image