Yearly Archives: 2014

Hensem Tak?

Hensem tak saya? Finally, saya pakai jugak kasut baru sebab mama saya sembunyikan sandal buruk saya yang ketat tu. Tak tau kat mana mama saya letak.Saya sangat sedih, dan saya menangis. Mama saya cakap kalau tak nak pakai kasut, saya tak boleh ikut jalan-jalan. Perut saya lapar, jadi saya kena ikut jugak.  

rayyan1

Jadi saya terpaksa pakai kasut jugak. takkan saya nak pakai selipar jepun? tak hensemlah, abang saya pakai kasut hensem.

rayyan2

ada gaya tak? masa saya pakai kasut baru, saya rasa nak terbang je.saya rasa saya hensem masa tu.

rayyan3

malu lah mama…ada awek tengok

rayyan4

bye semua

Tudung Online

zalora_1

Sekarang ni ramai dah kawan-kawan yang saya kenal, beralih arah untuk berhijab. Alhamdulillah. Sesuatu yang sangat baik. Bukan kawan-kawan je, tapi artis-artis pun ikut sama.  Bila dah ramai berhijab, maka makin tinggi permintaan tudung. Dulu, masa baru mula berhijab, fesyen tudung tak banyak lagi. Masa tu nak beli tudung, saya pergi je ke Jalan TAR, tak pun tunggu balik kampong. Fesyen dia pun mendatar je. Masa tu tudung bawal tengah hot. Tapi sekarang macam-macam tudung dah ada. Tak terkejar dah nak ikut trend. Kepada yang mampu kejar, takpelah janji ikut syariat. Betul tak?

Sekarang ni , banyak sangat orang jual tudung. Lebih-lebih pasaran tudung online. Banyak fesyen terkini yang dijual dek kerana permintaan yang cukup tinggi dalam kalangan wanita yang berhijab atau kini turut dikenali sebagai hijabista.

 Wanita beragama Islam kini turut memainkan peranan penting dalam fesyen Muslimah dunia. Mereka semakin aktif dalam menguasai pentas fesyen dengan stail pakaian dan dress Muslimah moden. Penglibatan tokoh-tokoh besar dalam mengembangkan fesyen gaya Muslimah membuahkan hasil apabila semakin dikenali di peringkat dunia.

zalora_2

Dulu masa nak beli tudung , kena turun Jalan TAR, PKNS lah kini tidak lagi, buat je  online shopping . Banyak tudung lawa-lawa, harga pun menarik. Kalau ke kedai, kadang rasa tak selesa, nak beli barang kalau Sales person dok mengikut belakang kita, lepas tu kalau ada yang bawak anak lagi rimas tau. Macam saya, saya suka beli tudung online je. Sambil-sambil lepak kat sofa, on TV, amik ipad, surf internet, masuk online shop yang berkenan, pilih style, pilih warna, bayar, tunggu 2 hari dah sampai. Tak payah dah keluar ke kedai.

Tudung yang jual online ni, best tau sebab banyak yang dijual adalah daripada koleksi eksklusif pereka-pereka fesyen terkenal tanah air. Tak caya cuba tengok kat Website Zalora Malaysia.Cantik, macam-macam gaya dan warna.

zalora_3

Mereka menyediakan koleksi tudung wanita online yang cukup meluas dengan rekaan moden yang pastinya memukau para wanita. Selain daripada itu jika anda  mahu dapatkan tawaran MYSale yang terbaik anda boleh lihat di website Zalora Malaysia. Mereka menyediakan fesyen tudung dengan rekaan terkini daripada jenama dan pereka fesyen terkenal. Apa yang menariknya anda boleh beli tudung wanita online dengan harga yang sangat berpatutan bersama diskaun menarik!

Lama tak pergi Pasar

Memang lama tak pergi pasar. Semenjak barang kat pasar mahal takde beza beli kat pasar tadi or pasar malam. Tapi Sabtu lepas merasa lah pergi pasar. Mula-mula tu ke Pasar Tani je konon nak cari ikan dan sayur, tapi sebab dah sampai pukul 10 kat Pasar Tani, Ikan pun dah lembik. Tu yang ke Pasar Borong tu. Pagi tu sebenarnya, pukul 7 dah start masak untuk order lasagna. Ada order hari tu. kena masak dulu. Lepas masak simpan dan warmer, sbb nak hantar.

image

Keluar rumah pi cuci kereta dulu sebab ada appointment pukul 9.30, jadi gunalah yang sepatutnya. Pukul 10 lebih sampai pasar tani, merasalah makan mi sup, while husband makan nasi tomato and bebudak makan kuih. Ok lah not bad, tapi tak beli apa pun kat pasar sebab barang nampak dah layu.

image

tengah cuci kereta. Ashraff layan Rayyan. sesuatu yang jarang berlaku

Terus ke pasar. Ingat nak masuk sekali, tapi Rayyan tak nak dia kata dirty. Siap mintak stroller.Kalau tak kasi stroller dia nak carry. Banyaklah cantik, maka suami je pergi beli ikan. 15 minit dah siap, so my turn plak beli sayur, buah dan bawang. Mungkin cuaca panasa kot, sayur banyak nampak layu dan ada yang nak kering dah.Sebenarnya, saya tak suka sangat beli sayur kat pasar, lagi suka beli kat pasar malam sbb nampak lagi segar dan menarik.  Tapi ahad ada hal so beli je kat pasar. Ambik few sayur, pastu beli bawang dan beli buah fav bebudak. Buah pisang dan tembikai.

image

Ajar Ashraff cara pilih bawang yang elok. Shiny and rosy look!

Lepas beli teruslah balik rumah … panas kat luar.