Yearly Archives: 2014

Madinah Yang Sejuk

Assalamualaikum….. Sebab, kiterang terkandas di imegeresen selama 3jam dan lagi 2 jam uruskan itu ini, maka lambatlah kami sampai di Madinah. Ingatkan dapatlah solat subuh di Madinah, tapi kiterang lambat sampai. solat subuh kat tengah jalan je. Berhenti kat RnR dan solat kat situ. A sweet reminder, kalau rasa nak terkencing, tahan lah dulu ye, kencing hotel je, sebab toilet kat hentian dia….memang loya kalau tengok. Nasib baik Rayyan tak kencing dalam seluar. semua tahan. Mulalah I nak buat syarahan kenapa toulet kotor. Hahahaha….. Actually , orang terlampau ramai, maybe tak sempat nak bersihkan . .

Alhamdulillah pukul 8 kiterang sampai Madinah. Suasana yang best, sibuk dengan orang, hiruk pikuk bunyi hon,dan sangat sejuk. Masa kiterang pergi dah hujung musim sejuk.Sejuk dan kering. Dari depan hotel, boleh nampak bumbung payung masjid. Subhanallah… Perasaan masa jejak bumi Madinah, rasa dia lain sangat. Perasaan yang sangat lain tak boleh nak bayangkan. Perasaan yang lagi hebat dari pergi Disneyland. Budak – budak pun suka. Hotel ke masjid cuma 5 minit itupun kalau jalan slow, kalau laju 3 minit dah sampai. Oh nama hotel tu Fayroz Season Hotel.

View dari hotel. Kalau lari 2 minit dah sampai kot.

Sampai je….. kena tunggu nak check in, so sementara, pi makan pagi dulu. Ada nasi lemak . Dah settle semua , baru dapat bilik . Dah dapat bilik, baru lah mandi sebab Ashraff n Kheirul nak pi solat Jumaat. I tak follow lagi sebab nak kena settlekan Rayyan dulu. Dah settle Rayyan, asar baru dapat ke sana. Memang sesak dengan orang.Kalaulah masjid kat sini macam ni suasana dia…kan best. Lepas solat asar, macam biasa ada solat jenazah. First time buat solat jenazah, macam kekok je, tapi sebab dah baca n belajar boleh lah buat. Kat sini solat jenazah ada setiap waktu. Sampaikan Afriena n Ashraff dah ingat macam mana nak buat. Lepas solat fardu , sempatlah untuk berdoa sbb kat sini, tok imam tak baca doa. Abis solat jenazah, terus balik.

Rayyan dalam masjid. Dah berapa banyak orang cium dia

Keluar masjid jer…boleh dengar. Khomsa rial, asyara rial…. Tau apa? Orang menjual. Menarik tapi jaga-jaga dengan harta benda, sebab ramai orang. Memang happening lah tempat menjual tu. Boleh tengok orang lambung lambung, baling barang jualan, ada jual mainan…. Yang best yang menjual ni blh cakap melayu and boleh cam orang Malaysia. Mungkin sebab orang malaysia suka pakai telekung sembahyang kot sbb pernah sekali I pakai serba hitam, takde plak panggil, siti nurhaliza , sharifah aini…hahahaha. Tu panggilan untuk Malaysia… kadang Siti Rahmah.

lepas subuh…sangat sejuk kena pakai jaket lah

see muka happy je kan

Duduk sana 4 hari, memang tak cukup macam tak nak balik je nak duduk situ. Selama 4 hari duduk situ, sempat pergi ziarah . Nanti kita citer kat next post. Lepas tu sempat jugak Kheirul bawak Ashraff pergi ke tempat budak hafaz Quran. Sesiapa pun boleh masuk belajar situ. Untuk kids la. Tapi macam kiterang tak sempat lah, kalau tak dapat timba ilmu kat situ. Itupun student siam yang citer.

Masjid Nabawi hanya terdapat dua kubah, satu kubah hijau bersaiz besar teletak diatas (menandakan) Makam Nabi SAW. Dan satu lagi kubah berwarna perak terletak di bahagian atas mihrab (tempat sujud imam) sekarang.

Selama 4 hari situ, sempat jugak solat di Raudhah, dpt rasa solat di tempat yang berbeza, solat kat luar, solat kat dalam, solat bawah payung, Afriena suka lah sangat.

I’m gonna miss the view. Ni masa Zuhur. Panas terik tapi sejuk

Haaa lagi satu nak masuk masjid Nabawi takleh bawak phone, nanti mak guard cek, tp alhamdulillah…. I selalu lepas. I letak dalm poket seluar. Memang kiterang satu family ni, sempat pusing satu masjid lah…sebab bukan selalu datangkan. Kalau hari bawak stroller, kiterang solat kat luar je. Ha yang tu time solat maghrib n isyak. Best tau…. Sejuk, boleh nak langit yang sangat clear yang tak macam kat sini selalu jerebu.Ohhh sangat rindukan suasana masjid dan air zam zam yang sedap.

masuk masjid cari air zam zam…. refreshing. Rasa dia sangat sedap

ok lah got to go…. Esok kite citer lagi. Errrr… Harap you all tak salah anggap bila I citer pasal umrah ye. ni bukan nak menunjuk ke apa, ni sekadar berkongsi pengalaman. Semoga kita semua akan dijemputNya untuk kesana (lagi).Kita kena pasang niat, berangan dan berusaha , berdoa dan tawakkal. Insya’ Allah… Teringat plak masa hari last kat Madinah, ada sorang perempuan tua yang solat sebelah I. Dia peluk I and kiss pipi…. agaknya dia teringat anak dia kot.

KL-Dubai-Jeddah

Alhamdulillah…finally ada jugak masa nak update blog. Almost dua minggu tak update blog. Sebenar koterang satu family baru habis jetlag. Baru balik dari umrah sebenarnya. Macam tak percaya je kami sekeluarga sampai sana. Alhamdulillah dijemput juga akhirnya. Sebenarnya rancangan nak kesana, cuma di buat bulan 11. Kiterang booked dengan satu agent yang sangat famous. So bila dah booked bayar  d/payment, pastu pergi kursus. Sepatutnya our travel date adalah 29 march. So sebulan lebih sebelum nak pergi rasanya lepas raya cina, I sesaja called agent …saja tanya pasal documents, travelling details, and finally flights and hotel. The agent cakap, dokumen kena pergi kat wisma putra kena buat pengesahan, ok nantilah kita kita panjang pasal yang tu. So 20 march kiterang pun bertolak lah.Dengan hati yang berdebar. Yelah maklumlah nak pergi ke tempat yang sangat istimewa. nasib baik Mak Mertua ikut dapatlah mintak tunjuk ajar.KL ke Dubai cuma 7 jam … Oklah. Bebudak pun sangat behave dalam flight. oh ya, kiterang naik Emirates. From the entainment, food semua sangat best.Kita orang boarding lagi pun nama dah siap kena announce. sebabnya masa check in lama sangat.

Tengah check In. Yang tengah kecik tulah mutawwif kiterang

Transit kat dubai

Sampai Dubai, transit cuma dua jam. takpe time balik transit 7 jam, bolehlah nak pusing pusing airport.Lepas 2 jam transit, terus sambung flight lagi 3 jam ke Jeddah. Wah suka bebudak lah… Makan best dalam flight, dapat toys, dapat gift, layan citer kartun. Sampai Jeddah, lepas imegresen kejap je. Tapi masa kat Jeddah, ujian dah bermula. Kaunter lelaki dan perempuan dah tak macam dulu. Dulu kena ikut muhrim, sekarang asing. Yang perempuan tak sampai 15 minit dah lepas.

Kids Meal. Ok not bad. Ada pasta ..then nasi goreng. titbits, pastu toys sorang sat, colouring set….

Baru sampai Jeddah. Nampak Afriena?

 

Yang kaunter orang tua plak, pun sama. Dorang cop je. Tapi yang stress, kaunter lelaki amik masa 3 jam nak lepas. Percaya tak, suami dan anak anak laki saya berdiri 3 jam hanya untuk tunggu orang cop passport. Jemaah lain pun sama.Kesian Ashraff kena berdiri lama, and nasib baik Rayyan tido dalam stroller. Sepatutnya the 2 kids with lagi senang. Tapi tak tau kenapa Kheirul yang amik dorang. So lepas 3 jam, dorang dah lepas,mitu pun I mintak dengan polis nak masuk dalam area imegeren nak tengok dorang bila nak lepas. Memang lama, sorang untuk cop passport amik masa 20 minit sorang. Satu cop, pastu officer pergi lepak, minum air. Lepak bersembang. I knew… Dorang ni kalau tak kasi fulus memang macam ni perangai. Mutawwif tak kasi fulus lah ni.Ashraff masa tu nak kencing dah, I almost nak pergi je kat officer suruh release my two boys, tapi hati suruh sabar sebab mungkin ini ujian Allah nak suruh kita sabar dan lagipun ni tempat orang kang tak pasal, masuk dalam kang pasal buat huru hara.Lepas dah selesai semua, dorang solat, baru lah pergi ke bas. The bus driver tunggu kiterang for 4 hours. Nama drebar tu Nawawi, indonesian dah boleh cakap arab. Tapi arab dia bunyi indon lah… Hehehe… Ok ..another 7 jam perjalanan untuk ke Madinah. Not bad lah… Tido je dalam bas, bila dia stop solat subuh pastu sambung . Alah macam balik kelantan je. Pukul 8 sampai Madinah. syukur sangat. Hotel 5 minit ke masjid. Dari depan hotel boleh nampak jalan ke asjid. best sangat, dalm suhu kat madinah sangatlah sejuk.

Ok kita sambung lagi next episod. Citer pasal Madinah plak

Pasar malam plak

Hari Ahad …kira hari lapar kot. Hari tu jerebu kuat. Kelas taekwondo pun tak pergi sebab jerebu kuat, takut nak kasi Afriena expose kat luar. Tapi petang tu nampak clear. Boleh nampak langit dan awan. So keluar pergi pasar malam kat Taman Tun. Tak beli banyak pun. Beli sayur sikit, pastu beli roti boom and laksa. Kids plak beli snack makan sambil lepak.

pasar malam3

dah lain sikit susun atur meja kat pasar malam ni. I suka pasar malam sini walaupun ada yang kata tak best.Kat sini banyak makanan best. Yang paling I suka laksa utara yang jual atas motor. Sedap.

pasar malam2

Duduk dalam stroller kena ada style tau. Makan apam beras. RM1 -4 biji. Dia suka la kuih tu. Afriena tak habis-habis ngan kopok lekor  and Ashraff plak Ayam Uncle Bob tu.