Kat rumah ni, juadah berbuka puasa mesti tukar tukar. Kalau hari ni makan nasi esok kena makan sandwich, tak pun pasta, atau masak western . Janji bukan nasi hari-hari sebab bebudak ni kalau makan nasi rasa kesian je sbb dorang tak berapa lalu. Cuba kalau berbuka makan pastake, sandwich ke, burger ke? laju je dorang tau. Begitulah anak-anak saya yang tak suka makan nasi. Jumaat lepas , I masak roasted chicken. MAsakan paling senang lah… senang sebab tak payah cuci kuali, lap dapur semua kan. FYI, I tak suka masak goreng-goreng sbb nanti terpercik walaupun dah tutup.. Lagi suka masak boiling, kukus atau bakar. Resepi masak roasted chicken ni senang je…
Bahan-bahan
- 4 ketul whole leg of chicken
- parutan kulit lemon dari 1 biji lemon
- jus lemon dari 1/2 biji lemon
- 8 ulas bawang putih – dicelur sekejap
- 2 sudu kecil Rosemary
- garam dan lada hitam secukup rasa
- 3 sudu mentega
Cara-cara
- campurkan kulit lemon dgn mentega, rosemary , garam dan lada hitam – gaul rata seperti paste
- sapu pada ayam
- bakar bersama bawang putih celur untuk 45 minit pada suhu 180 atau sehingga masak
- sedia untuk dihidangkan bersama sos kegemaran.
Kali ni saya buat sos cendawan mc cormick tapi tumis lagi dengan bawang. So dia karamel sikit sikit. Makan dengan mashed potato dan sayur yang dikukus dan bawang putih panggang. Sedap bawang putih panggan tu rasa macam butter je.
Haaaa letak butter macam ni lah
Dah siap masak. Jus Ayam tu jangan buang sebab nanti boleh jirus atas ayam masa nak makan
Inilah juadah berbuka puasa kiterang. Senang kan. Makan macam ni pun dah kenyang.