Sabtu pepagi, anak-anak dah sangat excited. Excited sebab nak pergi piknik n BBQ. Actually kengkawan Kheirul organised family day, dorang buat piknik, BBQ and sleepover kat Air Terjun Kemensah. Budak ni dengar waterfall, stream , river excited lah. Yang paling excited Rayyan lah, dari rumah lagi pakai swimming suit. Adehh boleh lagu tu?
Since semua dah disediakan oleh tukang masak terkenal Mr Malloy and family, makan kita bawak badan je lah. Ada jugak yang bawak potato salad, tit bits , cake n kiterang bawak jelly je. Sampai je, jenjalan dalam kawasan sbb chalet tak siap lagi. Kat sini noleh booking satu kawasan. Kira privacy lah sikit. Keperluan asa cukup lah. Tak payah nak risau…sbb surau yang besar ada, toilet ada tempat BBQ pun ada. Kiterang tak bermalam sebab masing masing ada hal esoknya. Ahad biasalah… me n kids ada kelas taekwondo.Rugi kalau ponteng sbb time ni lah peluh jantan, peluh pondan, peluh betina semua keluar.
Bebudak suka lah sangat. Dorang tak nak balik. Ye lah dah jumpa kengkawan . Dah kenal lah memasing sbb dah selalu jumpa. Bila dah habis mandi dorang lepak main tepi sungai lagi. Bagus plak tengok bebudak berkawan, Makan sesama, Main sesama, mandi sungai sama and solat pun sama. Well done kids!
Masa ni Ashraff tak turun lagi baru dok tukar baju. Dia terjun je, terus berenang ala ala nak show off. Semua budak wahh dia boleh berenang lah… Memang ada sedikit nak menunjuk-nunjuk. Bukan tu je, Dia ajak mama dia lumba. Eh eh sapa yang ajar berenang nih? So far race ngan dia I lah memang cuma dah nampak kelajuan dia untuk berenang tu. Afriena belum apa apa lagi dah nangis sbb takut nak masuk dalam air. dalam katanya. Rayyan rileks je… siap selam selam lagi padahal kaki tak sampai. Habis mandi manda, before maghrib, makan plak. Ada BBQ ayam n kambing. Mau tak nak makan kan…. Kena plak dgn nasi goreng, potato salad pastu cake plak. Mmmmm berapa lah kalori masuk dalam badan ni. Lepas tu solat , lepas tu sambung makan n lepak. Bebudak plak main-main kat tepi sungai, lepas tu dorang bakar ayam. Ni I tak sempat tengok habil pembakaran ayam dorang, masak ke tak ke jadi arang. Suka tengok dorang merasa simple life ala ala kampung. Afriena cakap tak nak balik nak duduk sini je. Ye lah rumah kayu gitu, boleh jalan merayap malam-malam, masak bbq , mandi sungai, budak mana tak suka kan?
We will repeat again… Insya’ Allah. Kena rancang elok-elok supaya boleh sleepover.
Salam, kt sini kan kalau area chalet yg tepi air terjun tu berapa ya?
saya tak pasti