Monthly Archives: May 2014

Citer taekwondo dan chicken pox

Tak tau nak citer apa ek? Minggu ni minggu exam bebudak. Tapi Afriena je pi sekolah sebab Ashraff kena chicken pox. The last member in the house. Kena chicken pastu mulut dok mengomel…gatal lah, takleh tido lah…haih . Dalam 3 orang ni Rayyan paling bagus sbb dia tak banyak komplen. Dia pergi depan cermin tengok muka dia, lepas tu cakap ada chicken pox. Yang lain semua tangan gatal nak garu. Rayyan siap cakap…jangan garu nanti darah.

Since Ashraff kena chicken pox, no school lah, exam pun next week baru amik. Kelas taekwondo pun skip lah cuma I and Afriena je pergi kelas. Saya punya kelas pukul 10.30 and Afriena 9, tapi I join je kelas junior sampailah pukul 12.30. Memang best kalau pergi taekwondo. Baju basah peluh memang tak ingat. Kalau habis kelas tu, balik rumah pastu pergi ngendeng ngan Kheirul mesti dia bising…busuk lah mama. hahahaha Papa macam tulah bau peluh everytime  papa balik dari training pastu ngendeng-ngendeng mama tau.

Afriena yang tudung pink tu.  Next month dia plak grading

Afriena yang tudung pink tu. Next month dia plak grading

Oh ya…saya sudah amik test grading 3 minggu lepas. Seminggu selepas chicken pox. Baru sembuh kiranya.Ahad tulah grading hari tu jgak pergi training untuk preparation grading . Biasalah baru lepas chicken pox kena berpeluh, menggeletislah gatal badan. Gigih sungguh lah I rasa sebab amik grading sambil babysit 3 orang anak, sebab suami plak kena pergi handle grading kat tempat lain. Bakpo lah buat hari samo? Susah tau nak concentrate. Nasib baik Rayyan tak ngamuk ke apa. Dia cuma tak pakai baju je lah sebab panas. Habis grading pun terus balik takde melepak macam orang lain. Pastu kena pow Mc D dengan dorang.

Makan-makan di Suki-Ya Restaurant

Setelah seminggu I kena chicken pox, mulalah rasa bosan. Maka ajak suami keluar. Kitarang pergi Paradigm Mall. Saja jalan-jalan tengok kedai, tengok orang, tengok restoran. Jalan-jalan, sekali nampak Restoran Jepun. Buffet plak tu. Eat all you can. Apa lagi, beratur lah tunggu masuk. Macam tau tau je suami saya ni kan, Isteri nak makan Japanese food.

image

Masuk amik  buffet pastu order ala carte…ikan belut atau nama jepun dia unagi kabaraki. Rasa dia sedap lah.

ikan belut. Yang kaler pink tu halia jeruk. I suka.

ikan belut. Yang kaler pink tu halia jeruk. I suka.

Pastu order jugak #ikanapaentah tapi nama jepun dia  shisamo karaage. Nama orang putih dia willow fish.

image

nak makan perah lemon cicah tartar sauce

 

Tak besar mana ikan tu tapi setiap ekor ikan tu penuh dengan telur. Dia goreng garing celup tepung pastu makan dengan tartar sauce.

nampak tak telur ikan tu?

nampak tak telur ikan tu?

Pastu yang lain buffet lah. Rayyan tak kena bayar tapi rasanya, Sfriena lah tak payah bayar. Susah sangat nak makan. Baik Rayyan berpinggan dia makan.

image

Nampak tak Rayyan dia senriasa excited kalau nak makan

image

buffet spread

Memang I sukalah . Punyalah banyak mushroom. Sayur banyak. Bebudak suka makan tofu yang ada cheese tu. Apa nama dia tak tau tapi sedaplah. Ulang alik Ashraff amik tofu tu. Sekali amik 10.

 

image

free flow wagyu beef

Yang ni free flow. Tak cukup mintak. Celup air panas sekejap pastu cicah sauce makan. Cara sebenar makan, kalau sukiya broth, celup sekejap, pastu cicah telur mentah yang dah di kacau rata. I tengok orang makan cam sedap  je tapi I ni adalah orang pelik. Kalau telur tak masak sikit pun, I tak makan. Tapi kalau pergi lagi sekali nak try lah jugak. Kheirul pun tak berani nak try padahal dia ok je kalau telur mentah. Ada daging kambing jugak. Yang tu kena try sbb sedap.

image

daging ayam. Daging ayam kena masak lama sikit.

image

ini bukan cara betul masak dia

Makan ni memang kenyang lah. Kenyang dengan sayur dalam perut. Sayur kegemaran ialah mushroom dan bayam. Afriena makan jagung je. Nasib baik the boys makan banyak.  Cara masak dia, kena masukkan sayur dulu, masa menggelegak tu baru masukkan daging. Celup sekejap je pastu masuk mulut. Cicah plak ngan sauce dia yang macam sambal belaca (suka hati panggil sambal belacan) sangat sedap. Tengok benda ni terus rasa nak makan lagi. Abang boleh tak makan benda ni lagi???? Selain buffet boleh jugak order ala carte. Kat meja buffet ada sushi jugak. Makan 2 ketul dah kenyang. Lepas makan, ada ice cream.  Chocolate ice cream and yang paling best green tea ice cream. free flow gitu. Bayangkan muka anak-anak saya. Punyalah suka.

image

NI Kheirul punya pinggan sushi. Halia jeruk sangat sedap. Saya sangat suka. KAlau buat ginger soda syiokk ni.

 

Oh ya harga Bufffet

Adult RM29.80

Kids 50% off

Makan lah puas-puas selama 2 jam. Pastu makanan semua mesti habis kalau tak dia akan charge tambahan sebab membazir.

 

Hawk Eye

hawkaye

Mana pergi mesti bawak. Teropong ni cousin dia kasi. Abang kakim katanya.  FYI RAyyan is the youngest cucu in husband side.  Sukalah dia dengan teropong. Makan , mandi , keluar rumah pun bawak. PErgi kedai pun bawak sebab nak teropong kedai kat mana. Adehh….

BTW, ni bukan pengan tok bomoh ok. Tak cool lah. Kolot tu semua. Ini Hawk Eye. Tetiba tengait cite-cite Ashraff yang terbaru. Nak jadi Pilot. Afriena masih mengekalkan Doktor dalam carta